NASIB SUMAYYAH

By ReenAlias

69.2K 4.7K 1.6K

SUMAYYAH QAISARA Nama yang sangat indah untuk didengari.Namun keperitan hidupnya tidak mampu untuk digambarka... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
PROMOTE
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
PROMOTE TIME
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
PROMOTE TIME
BAB 25
Mempertandingkan Karya
PROMOTE TIME
BAB 26
BAB 27
ATTENTION
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
CIVILWATT
UPDATE
BAB 39
BAB 40
BAB 41
PROMOTE๐Ÿ’•
PROMOTEโค
PROMOTEโฃ
SORRY
BAB 42
BAB 43
BAB 44

BAB 14

1K 91 30
By ReenAlias

POM !POM !

Kedengaran bunyi das tembakan dilepaskan.Aku yang masih tertanya-tanya tentang suara tadi mula terkejut.Aku masih dalam keadaan berbaring.Tidak tahu apa yang harus aku lakukan.

Sejujurnya,aku agak hairan dengan kata-kata yang aku dengar sebentar tadi.Aku agak tertanya-tanya mengapa jejaka itu berkata sedemikian rupa?Apa yang dia maksudkan?

Namun aku ketepikan dulu persoalan itu.Yang berlegar-legar di mindaku sekarang ialah ayah.Bunyi tembakan yang kedengaran tadi sedikit sebanyak menggusarkan aku.

Tidak menunggu lama.Aku pantas turun daripada katil dan mendekati pintu.Tombol itu dipandang sebelum tanganku diangkat untuk memulasnya.Harapan aku semoga pintu ini tidak berkunci.Tolonglah.

Tidak kusangka harapan aku itu tercapai.Pintu yang selama ini sentiasa terkunci dapat aku buka pada hari ini.Aku agak hairan mengapa jejaka tadi tidak mengunci pintu ini.Namun aku menganggap bahawa dia terlupa kerana dalam keadaan cemas.Dan lebih bernasib baik sebab aku boleh keluar dari sini.

Suasana yang asing itu agak menyukarkan aku untuk menentukan hala tuju.Namun aku teruskan perjalanan berpandukan bunyi bising yang kedengaran.Bunyi seperti orang menengking antara satu sama lain.Disusuli juga dengan bunyi tembakan yang saling menyambung.

Bunyi yang samar-samar itu semakin jelas kedengaran apabila aku menghampiri di kawasan belakang rumah.Kedengaran suara yang aku kenal menjerit.

Kau nak apa Omar?Kau jangan cari pasal dengan aku,jerit ayah.

Aku cari pasal dengan kau?Kau dah bunuh anak aku lah.Aku datang sini nak tuntut bela nasib dia.Kau pon kena mati macam dia,jerit pula Omar.Orang yang dia maksudkan Abang Danial kan?

Kau yang seksa anak aku dulu.Kau yang campur adukan orang lain dalam masalah ni.Engkau yang salah.Jangan kau nak salahkan aku pulak.Sebenci-benci aku dekat kau aku tak cukup bodoh nak sabitkan orang tak berdosa,laung ayah pula.

Aku minta maaf sebab dah bunuh anak kau.Aku tahu aku salah.Dan tolong.Aku tak nak kotorkan tangan aku lagi dengan membunuh kau,sambung ayah lagi.

Arghh.Kau ingat aku nak maafkan kau macam tu ke sia*.Anak aku dah mati.Kau ingat kalau aku maafkan kau dia hidup balik ke bodoh?kau dengan maaf kau boleh pegi mampos,kata Omar sekeras-kerasnya.

Bawa bertaubat Omar.Kita sama-sama dah jauh dari jalan Allah.Aku minta maaf sangat.Aku tahu salah aku.Aku
bodoh masa tu.Kita berbaik dan mulakan hidup baru Omar.Keluarlah dari jalan pendosa ni.Aku takut nak masuk neraka.Kau pon sama kan.Kita masih ada peluang untuk bertaubat,jangan sia-siakan,kata ayah namun sedikit kepada rayuan.

Kau jangan nak nasihat kan aku lah.Aku tak peduli dekat Tuhan.Aku tak pedulilah dengan neraka tu.Aku tak heran pon.Selagi aku tak tengok kau dengan anak kau mampos hidup aku tak tenang.Jadi selamat ke neraka.Tunggu aku nanti,kata Omar lalu menghalakan pistol kepada ayah yang berdiri di hadapannya.

Kesemua orang suruhan Omar dan ayah sudah terbaring tidak sedarkan diri.Aku juga tidak pasti sama ada mereka masih bernyawa atau tidak.Dan aku juga tidak pasti keadaan jejaka itu.Yang aku pedulikan ialah ayah.Dia hanya diam tak bergerak apabila pistol itu betul-betul diacukan ke arahnya.Dan dia tiada sebarang senjata di tangannya.

Aku tetap tak nak kotorkan tangan aku.Aku tak akan bunuh kau.Aku dah berjanji dengan anak aku untuk tidak membunuh lagi.Cukuplah sekali dia berbangga terhadap aku.Aku rela kalau kau nak bunuh aku.Aku tak sempat bertaubat tapi aku harap Tuhan dapat terima aku,katanya dan mendepakan kedua-dua tangannya seperti merelakan dirinya dibunuh.

TIDAK

Aku harus halang dia.Aku tidak boleh biarkan ayah mati.Aku masih belum beritahu ayah bahawa aku sudah memaafkannya.Aku belum beritahu ayah bahawa aku berbangga dengannya.Aku belum berasa untuk menjadi keluarga bersamanya.Dan aku belum bawanya ke jalan Allah.

Ayah!jeritku.Ayah dan Omar saling berpandangan ke arahku.Mereka kekal begitu sebelum si Omar tersenyum sinis dan melontarkan suara.

Bagus.Bapak dengan anak sama-sama ada dekat sini.Senang aku nak bunuh dua-dua sekali,lantas pistol yang dihalakan itu ditarik picunya.

Tak ayah!Jangan tinggalkan Maya.Aku hanya memejamkan mata.Aku tahu yang aku tidak sempat untuk menghalang kerana posisi aku dan ayah agak jauh.

POM ! POM ! POM

Aku menekup kedua-dua belah telingaku.Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa ayah ditembak dengan tiga das tembakan.Aku pasti ayah sudah tidak bernyawa sekiranya ketiga-tiga tembakan itu mengenai tubuhnya.

Perlahan-lahan mata yang tertutup itu aku buka.Aku mahu lihat ayah walaupon dia sudah tidak bernyawa.Aku harus hadapi ketakutanku.Aku tahu aku akan mati juga.Jadi biarlah aku melihat dahulu ayah sebelum aku memejamkan mata.

Allah.Terkeluar kalimah suci itu daripada mulutku.
Pemandanganku disapa oleh sekujur tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri.Kepalanya hancur berkecai.

Namun apabila aku mengalihkan pandangan.Rasa lega mula menjalar dalam diriku.Seorang lelaki.Darah daging aku masih tegak berdiri.Dan dia yang terbaring itu ialah Omar.

Aku disapa oleh senyuman ayah.Dan aku membalas senyumannya.Aku bersyukur.Aku bersyukur sangat Allah masih memberi peluang untuk aku bersama ayah.Aku masih ada insan yang aku sayangi.Dia tidak mengambil semua insan yang ku sayang dari hidupku.Dia masih menghadirkan ayah dalam hiduku.Terima kasih Ya Allah.

Aku mahu pergi kepada dia.Aku mahu peluk dia.Aku mahu cium dia.Aku mahu menyampaikan kemaafanku.Dan aku harus lakukan itu.

Aku berlari kepada ayah.Ayah tampak gembira dan masih kekal tersenyum.

Baru sahaja aku ingin tiba kepadanya.Aku disapa dengan bunyi yang mengejutkan.Bunyi das tembakan.Aku yang berlari itu terhenti.

Ayah yang sedari tadi terseyum juga mula berubah raut wajahnya.Senyuman yang dihasilkan itu terpadam dan digantikan dengan kerutan beserta air mata yang bergenang.

Perlahan-lahan tubuh yang berdiri tadi terbaring jatuh.Dan saat insan yang aku sayang itu jatuh.Aku digantikan dengan pandangan seorang jejaka yang berdiri tegak bersama pistol yang diacukan tepat di posisi ayah.Tidak lupa senyuman bengis dan sinis yang terpapar di wajahnya.








Continue Reading

You'll Also Like

117K 6.2K 20
Apa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidup Melati kacau bilau apabila seseorang y...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

20.5K 2K 29
#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
25.3K 993 40
Kisah tentang seorang gadis yang bernama Erynna tinggal bersama 3 orang lelaki yang merupakan penyelamatnya @ abang angkatnya dalam sebuah rumah bang...
1.5M 64.5K 75
(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! โš ๏ธ T...