The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 80

1.3K 74 18
By sapphire_blue88

Song suggestion : Baekhyun - Like Rain Like Music

Bab 80

Dari kejauhan, kedengaran suara mengeluh yang berat yang tidak dapat ditangkap oleh kedua-dua orang yang sedang diperhatikannya sekarang. Badannya terus berpusing membelakangi Hyeran yang sedang memeluk Chanyeol dengan erat bagaikan tidak mahu melepaskannya pergi. Tangga yang hanya beberapa sahaja bilangannya membuatkan Baekhyun merasakan yang ianya ada beribu memandangkan dia mengambil masa yang lama untuk menuruninya. Satu perkara menjelma di mindanya, membuatkan Baekhyun berhenti seketika sebelum dia turun melangkah ke atas satu anak tangga lagi.

Berperang dengan mindanya sendiri, itulah yang Baekhyun rasakan saat ini. Dia tidak boleh berhenti membayangkan betapa rapatnya Hyeran dan Chanyeol sekarang dan semua kebahagian di dunia ini yang mereka berdua boleh kecapi. Baekhyun menggenggam tangannya apabila sekali lagi kata-kata D.O tempoh hari mengganggu fikirannya; kata-kata yang menyatakan dia tidak akan dapat memiliki seorang insan yang bernama Yoon Hyeran.

Air mata yang mengalir di pipinya membuatkan Baekhyun ketawa dengan dirinya sendiri. Dia terus menyeka air matanya dan melihat tangannya yang basah dengan air mata sendiri seraya memberi pandangan bagaikan dia tidak pernah mengalirkan air mata sebelum ini dan tidak tahu mengapakah matanya berair. Baekhyun tahu dia kelihatan seperti orang yang bodoh. Ya, dia sangat bodoh.

"Michigetta, jinjja... (Aku rasa macam nak gila...)" Baekhyun menggeleng kepalanya.

Sebenarnya Baekhyun tidak tahu sama ada ia adalah air mata bahagia atau derita. Chanyeol yang menjadi sahabatnya sejak sekian lama sewajarnya membuatkan dia berasa tumpang bahagia kerana Chanyeol sudah menemui perempuan yang dapat membahagiakan dirinya. Atau sebenarnya Baekhyun sedang menderita di dalam hatinya sehingga dia sendiri tidak sedar dia sedang menangis.

biga naerigo eumagi heureumyeon
(Apabila hujan turun dan muzik pun berkumandang)
nan dangsineul saenggakhaeyo
(Saya terfikirkan awak)
dangsini tteonasideon geu bame
(Pada malam itu, di mana awak pergi)
ireohge biga wasseoyo
(Hujan mencurah seperti ini)

Baekhyun yang sedang bersenandung sambil tangannya menari di atas piano tidak menyedari seseorang sedang menyelinap masuk ke dalam bilik muzik yang telah dia gunakan. Baekhyun yang tidak menyangka akan ada orang lain berada di dalam bilik itu terus menghayati lagunya dengan memainkan piano itu sehingga ia kedengaran hampir sempurna. Sementara itu, Chanyeol yang sedang mendengar nyanyian Baekhyun itu, mengagumi bakat yang ada pada sahabat baiknya itu.

biga naerigo eumagi heureumyeon
(Apabila hujan turun dan muzik pun berkumandang)
nan dangsineul saenggakhaeyo
(Saya terfikirkan awak)
dangsini tteonasideon geu bame
(Pada malam itu, di mana awak pergi)
ireohge biga wasseoyo
(Hujan mencurah seperti ini)

nan oneuldo i bireul majeumyeo
(Hari ini saya berdiri lagi di bawah hujan)
harureul geunyang bonaeyo
(Dan membiarkan hari berganti hari)
o areumdaun eumak gateun
(Oh, bagaikan muzik yang indah)
uriui sarangui iyagideureun
(Kisah cinta kita berdua)
heureuneun bicheoreom
(Seperti hujan yang turun)
neomu apeugi ttaemunijyo
(Kesakitan ini muncul kembali)

Tatkala itu, Baekhyun tidak dapat melupakan tentang Hyeran walaupun hanya sesaat. Dia cuba mengusir Hyeran pergi dari fikirannya tetapi dia tidak boleh. Dia mengaku, fikirannya yang melayang mengingatkan Hyeran ialah apa yang membuatkan dia boleh menghayati lagu itu dengan lebih lagi. Lagu itu memang memerlukan penghayatan untuk disampaikan dengan lebih baik. Setiap bait lagu tersebut dia teliti. Setiap makna yang tersirat dapat dia rungkaikan dan segala kesedihan yang tercipta oleh melodi lagu tersebut dapat dia fahami. Dia mengerti mungkin kerana lagu itu sangat sesuai dengan apa yang sedang dialaminya sekarang.

o geureohge apeun biga wasseoyo
(Begitulah sedihnya hujan turun)

Kunci terakhir ditekan oleh Baekhyun yang menandakan penamat bagi lagunya ketika itu. Tangan Baekhyun jatuh berhayun di sisinya sebelum Baekhyun menyandarkan dahinya pada piano tersebut. Seketika kemudian, dia terdengar bunyi orang menepuk tangan yang membuatkannya terus menoleh kepalanya.

Wajah Chanyeol yang dihiasi oleh senyuman dipandangnya. Biasanya Baekhyun akan membalas senyuman itu tetapi kali ini tidak. Kesedihan yang sedang dirasakan di hatinya membuatkan Baekhyun tidak dapat langsung untuk menggerakkan bibirnya supaya tersenyum.

"Kau ni hayati betul lagu itu." Ujar Chanyeol dan dalam erti kata lain dia sedang memuji namun Baekhyun hanya berlagak seperti dia tidak mendengarnya. "Kau akan persembahkannya ke nanti?" Chanyeol menyoal apabila Baekhyun tidak memberi respon kepadanya selain daripada mengeluh kecil. Chanyeol tidak tahu apa yang Baekhyun keluhkan.

"Taklah." Baekhyun menggeleng kepalanya. "Tak ada apa-apa event untuk aku persembahkannya pun. Aku cuma berlatih lagu ini sebab aku rasa ianya sesuai..." Kata-kata Baekhyun terhenti namun pantas dia menyambung, "... dengan vokal aku! Tetapi aku harap aku akan dapat persembahkannya suatu hari nanti namun disebabkan lagu ini lagu lama..." Baekhyun mengeluh kecil di hujung kata-katanya.

"Kau mesti boleh." Chanyeol memberikan kata-kata semangat. "Aku dengar kau sampaikan lagu tu dengan sangat baik. Kau terlalu menghayati lagu tu sampai kau tersalah not sikit tadi." Chanyeol tersengih sambil tangannya menunjukkan isyarat sedikit dengan tangannya.

"Walau apapun kau dah buat dengan baik. Lagipun, itukan lagu kegemaran Luhan Hyung. Mesti dia gembira bila tahu kau pun ada citarasa yang sama dengan lagu ini." Chanyeol menambah lagi sambil dia berjalan dengan perlahan menuju ke tempat duduk Baekhyun.

Kening Baekhyun sedikit terangkat apabila Chanyeol mahu berkongsi tempat duduk dengannya. Dia yang tidak kisah untuk berkongsi terus berganjak sedikit agar mereka berdua dapat sama ruang di kerusi itu. Jari-jemari Chanyeol menekan kunci piano di hadapannya dan ia bertukar menjadi irama yang sangat mempesonakan.

"Dah lama kita tak duet bersama, Baekhyunnie." Kata Chanyeol sedang dia berfikir kali terakhir mereka bermain piano bersama. Kalau tak silap ianya saat mereka sedang menjadi trainee dan menunggu masa untuk tarikh debut. Sekali-sekala Chanyeol akan menemani Baekhyun bermain piano sebelum mereka pulan ke dorm. Di sinilah tempatnya di mana Chanyeol akan mengganggu Baekhyun yang sedang fokus bermain piano dengan menekan kunci yang akan merosakkan lagu Baekhyun.

"Ya." Baekhyun tersenyum saat dia juga memikirkan kenangan yang sama yang sedang Chanyeol imbas di mindanya. "Kau nak main satu lagu ke? Sebelum kita balik ke dorm?" Cadang Baekhyun.

Bagaikan budak kecil yang teruja, Chanyeol menganggukkan kepalanya berulang kali sambil tersenyum hingga ke pipi. "Okay, kau pilih lagu!"

"Kaulah pilih lagu."

"Aku pulak? Okey!"

"Woi, lagu apa yang kau mainkan ni?"

"Tadi kau yang suruh aku pilih lagu."

"Kau mainlah lagu yang aku tahu, kalau macam tu baik kau jelah yang main seorang diri."

"Kau ni membebel kat telinga aku je kerjanya! Sabarlah, aku tengah fikir lagu lain ni!"

*~*~*~*~*~*~*

"Hari ini persembahan terakhir awak ke?" Suho sebagai seorang senior yang baik, menyoal sambil tersenyum kepada ahli kumpulan LUV.

"Ya, kami semua akan berusaha untuk melakukan yang terbaik." Balas Ranae selaku ketua di antara mereka berlima. Seperti kebiasaannya, Ranae sahaja yang akan membalas soalan ketika ditanya macamlah dia seorang sahaja ahli kumpulan LUV. Ranae menjadi terlalu bangga dengan jawatan Leader yang disandangnya itu kadang-kala dan ia membuatkan Hyeran menyampah dengannya. Semua tugas kalau boleh nak diserahkan kepadanya, kalau macam tu, lebih baik Ranae menjadi artis solo.

Kali ini sudah masuk kali ke berapa LUV berjumpa dengan EXO pun Hyeran tidak dapat bilang dengan jari. Memanglah lumrah untuk berjumpa dan bertegur sapa sesama artis tetapi Hyeran tidak faham mengapa EXO mahu lagi berbual dengan LUV di tengah-tengah jalan sedangkan kedua-dua kumpulan itu datang daripada agensi yang sama. Mungkin EXO terlalu baik sebagai Sunbae yang selalu menyapa hoobae mereka tetapi Hyeran tak boleh menahan dirinya daripada meluat apabila melihat Ranae kelihatan sangat teruja ketika berjumpa dengan EXO.

Bukannya Hyeran mahu cemburu Ranae mahu mendekati EXO atau apapun, namun sebagai sesama perempuan, Hyeran dapat melihat kegedikan Ranae yang melimpah-limpah apabila datangnya EXO kepada mereka. Hyeran selalu terngiang-ngiangkan kata-kata Ranae yang menyokong Minhee tentang dia menggoda EXO. Sekarang tengoklah, siapa yang penggoda sebenarnya?

Walaupun dari pandangan sisinya, Hyeran dapat melihat ada seseorang sedang merenungnya tanpa berkelip. Mata Hyeran menjeling melihat Chanyeol yang tersenyum ke arahnya. Walaupun Hyeran tahu Chanyeol perasan akan matanya yang melirik pada Chanyeol tadi, namun Hyeran terus sahaja membuang pandangnya ke tempat lain, berpura-pura tidak nampak. Sejak kebelakangan ini, Chanyeol sangat gembira kerana hubungannya sudah baik kembali dengan Hyeran membuatkan Hyeran juga turut gembira namun kadang kala Hyeran naik menyampah dengan Chanyeol yang selalu mahu mendekatinya.

"Saya harap awak semua akan menang pada hari ini." Ucap Suho dan dalam erti kata lain, semoga berjaya.

Mata Hyeran kembali dihalakan kepada Ranae yang sudah tersenyum dengan malu. "Tak mungkin kami dapat menang sebab Sunbaenim lah yang layak untuk dapatkan piala itu." Balas Ranae.

'Sekejap, bila masa Ranae bertukar menjadi seseorang yang merendah diri ni?" Sebelah kening Hyeran terangkat memandang Ranae ketika itu. Dengan perlahan, Hyeran menggelengkan kepalanya.

"Baiklah, awak semua kena pergi ke pentas, kan? Kami harus kembali ke bilik persalinan sekarang." Pamit Suho sebelum dia dan EXO pergi.

Para kru katakan yang pentas terakhir mereka akan berbeza daripada yang sebelumnya. Mungkin mereka cuba untuk memberikannya satu kelainan tetapi Hyeran tidak merasakan begitu. Apa yang Hyeran dapat sebagai pulangan sama sahaja. Penat yang sama, nafas turun naik yang sama dan kesakitan di anggota badannya yang sama. Hyeran bukanlah seseorang yang atletik, oleh kerana itu dia selalu merasakan kekejangan di ototnya.

Suara Ranae yang memberitahu dia benar-benar sukakan pentas kali itu menyapa telinga Hyeran. Hanya ada mereka berlima sahaja di dalam bilik menunggu itu walaupun sepatutnya mereka berkongsi dengan kumpulan rookies yang lain. Mungkin kumpulan lain sedang berada di atas pentas atau menunggu giliran mereka. Disebabkan itulah, Ranae begitu yakin memberitahu yang mereka akan memenanginya pada hari ini.

Hyeran mendengus apabila mendengar keyakinan melampau Ranae itu. Baru sahaja beberapa minit lepas Ranae menyatakan pada EXO yang dia tidak rasakan kumpulannya akan menang. Hyeran benar-benar tidak faham dengan perempuan itu. Lagipun, banyak lagi kumpulan lain yang lebih layak daripada mereka yang hanya sekumpulan rookies.

Masa yang ditunggu telah tiba. Semua kumpulan diarahkan pergi ke atas pentas sekali lagi untuk mendengar keputusan siapa yang akan menjuarai pada hari itu. Dengan malasnya Hyeran menapakkan kakinya. Kalau boleh dia tidak mahu mendengar keputusan itu kerana mereka bukannya akan menang pun. Hyeran hanya mahu balik ke dormnya dan tidur kerana dia berasa sungguh penat.

Kakinya yang sedang memakai kasut tumit tinggi membuatkan Hyeran menampar dahinya. Patutlah dia berasa tidak selesa. Dia lupa untuk menukarkannya kepada sneakers kesayangannya. Dengan tidak berhati-hati, Hyeran mendaki tangga pentas yang mana membuatkannya tidak stabil dan badannya terdorong ke belakang.

"Joshimhae. (Hati-hati)." Mujur orang yang berkata itu menyambutnya dari belakang. Setelah Hyeran kembali seimbang, dia memandang Chanyeol yang sedang memberi muka 'siaplah kalau jatuh lagi' kepadanya.

"Awak jatuh lagi." Chanyeol berbisik agar hanya telinga Hyeran sahaja yang menangkapnya.

"Gomawo." Bisik Hyeran pula. Mereka berdua yang sedang berada di belakang pentas, menunggu individu dari kumpulan lain yang berpusu-pusu menaiki tangga. Setelah semua orang naik ke atas pentas, barulah Chanyeol mengajak Hyeran naik bersamanya.

Chanyeol yang tidak kelihatan bersama ahli kumpulan EXO yang lain membuatkan orang pasti menganggap Chanyeol sudah pulang terlebih dahulu tetapi hakikatnya, Chanyeol sedang berdiri di barisan belakang sekali bersama Hyeran. Sesiapa yang tajam matanya, pasti dapat nampak kelibatnya.

Pemenang diumumkan akhirnya setelah menunggu dengan penuh sabar. Hyeran memberikan jelingan tajam apabila mendengar huruf EXO diumumkan oleh MC.

"Awak menang lagi." Hyeran memeluk tubuhnya dengan tidak berpuas hati.

"Awak boleh cuba lain kali." Chanyeol kedengaran sangat bangga ketika itu tetapi mengapa Chanyeol tidak tampil ke hadapan bersama ahli kumpulannya yang lain?

"Kasihan betul Ranae. Dia memang mahukan sangat piala tu."

"Tapi dia kata dia tak yakin kumpulan awak akan menang."

"Tak pernah jumpa orang talam dua muka ke sebelum ini?" Hyeran mengangkat sebelah keningnya.

"Ah..." Chanyeol akhirnya mengangguk, mengerti. "Jom!"

Tidak sempat untuk Hyeran berkata apa-apa, Chanyeol sudah menarik tangannya dan membawanya turun dari pentas dengan pantas. Soalan Hyeran yang diajukan kepada Chanyeol berulang kali tidak dijawab oleh Chanyeol. Hyeran hampir-hampir sahaja terjatuh namun nasib baik dia sudah agak mahir dengan memakai high heels. Chanyeol hanya tersenyum. Tempatnya tidak jauh pun, satu-satunya tempat yang Chanyeol yakin tidak akan ada orang lain di situ.

Hyeran meneguk liurnya apabila melihat suasana yang agak gelap dan sangat sunyi di sekelilingnya dengan dia dirapatkan ke dinding oleh Chanyeol.

"Chanyeol, jangan macam-macam. Saya tumbuk muka awak tu nanti biar hidung awak baik-baik mancung jadi penyek." Hyeran berkata dengan tegas, memberikan amarannya.

Tangan Chanyeol terus menutup hidungnya, takut dengan amaran Hyeran itu. "Janganlah penyekkan hidung saya. Macam mana saya nak kerja dengan hidung macam tu? Awak nak saya tak bagi awak makan apa-apa?"

"Apa yang susah sangat? Awak kan boleh buat hidung semula."

"Apa yang awak maksudkan dengan buat hidung semula?"

Hyeran terkejut apabila tangan Chanyeol menepuk dinding dengan kuat di sebelah mukanya. "Err... Hidung awak tu plastik, kan?" Soal Hyeran ingin kepastian.

"Amboi, Sedapnya mulut tu cakap hidung ni plastik! Ini hidung yang aslilah!"

"Haisy, janganlah macam tu. Mengaku jelah pada saya. Takkan nak berahsia?"

"Awak memang nak kena!" Chanyeol mendekatkan mukanya dengan Hyeran membuatkan Hyeran terus menarik nafas terkejut.

Wajah mereka yang sangat dekat itu membuatkan dada Hyeran berkocak hebat. Nafasnya yang terus menjadi tidak teratur bagaikan muzik di telinga Chanyeol. Chanyeol tersenyum dengan nakal. Dia suka menyakat Hyeran sehingga Hyeran terdiam kepadanya.

"Saya suka perempuan pendek." Chanyeol membuat pengakuan secara tiba-tiba.

"Saya tak tanya pun?" Hyeran membuntangkan matanya sambil berkata dengan nafas yang naik turun bagaikan dia baru lepas lari marathon.

"Tapi bila awak pakai kasut tumit tinggi, saya betul-betul suka sebab lebih senang saya nak..."

"Awak nak apa?" Potong Hyeran sambil mengetap bibirnya dengan gementar.

Chanyeol memuncungkan bibirnya sambil mengangkat bahunya dengan selamba. "Saya tak tahulah, Hyeran. Tapi bibir awak dah kata-kata sesuatu yang menyinggung perasaan saya."

"Maafkanlah dia. Maafkanlah ya." Pinta Hyeran sambil matanya masih tak dapat memandang Chanyeol.

"Saya nak hukum bibir awak."

"Tak.."

Belum sempat Hyeran berkata tidak, Chanyeol sudah mencuri ciumannya lagi. Jujur Hyeran katakan, yang dia mahu menampar Chanyeol ketika itu juga namun entah bagaimana dia juga membalasnya.

Tanpa mereka sedari, ada orang yang menyedari kehadiran mereka berdua di bilik itu dan tanpa pengetahuan mereka, beberapa keping gambar mereka berdua telah diambil.

*~*~*~*~*~*~*
Tinggal 20 bab sahaja lagi! 😅😅😅

Continue Reading

You'll Also Like

55.3M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
40.3K 4.1K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
158K 9.7K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
674K 38.9K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...