Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanor. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. "I'm Eleanora Dhia Taqiyyah Binti Elias. Call me Eleanor. I'm ready to serve you all," - Eleanora Dhia. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pada satu masa, Eleanor ditarik masuk dalam kepakaran juruplot taktikal peperangan. Hampir semua figura maskulin tertumpu padanya. Bahagia rasanya ada kehadiran bunga kedua dalam taman serba hijau. Masing-masing berebut untuk menawan hati Eleanora yang berhati batu. Tetapi, hatinya terjentik apabila terlihat seorang jejaka dalam bahagian kepakaran yang sama. Looks arrogant. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanora Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanora membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Daripada tak ada perasaan, terus rasa cinta tersemat dalam hati jejaka itu. Masa berlalu begitu cepat. Perasaan cinta mula subur dalam diri. Akhirnya kalimah cinta terungkap jua buat Eleanora. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: ? ] [100% karya asli] [Author dah buat kajian sebelum susun storyline especially semua scene yang berkaitan TLDM (maklumat sulit dikecualikan)]