SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]

By Qaynyy

911K 44K 3.2K

๐Ÿ† Ranking 1 Of Lecturer ( 14/11) BEST BOOK OF ROMANCE || LECTURER + STUDENT || ROMANCE STORY 2021 ADELIA SYA... More

Bab 1
Bab 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
SPECIAL ANNOUNCEMENT
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
SPECIAL ANNOUCEMENT
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
SPECIAL ANNOUNCEMENT

BAB 15

12.8K 639 12
By Qaynyy

Saat kakinya melangkah masuk kedalam hall, mata semua tertumpu kepadanya. Ya! Kejadian semalam masih lagi menjadi perbualan pelajar dan pensyarah.

Namanya juga yang naik. Syaura menayang muka selamba dan tidak mengambil tahu manusia yang berbisik-bisik memandangnya.

" Eh ! Engkorang ni tak ada keje?! Apahal nak tengok-tengok?! Jaga kain sendiri.. " jerkah Syamira. Sakit hati dia melihat perempuan-perempuan yang mengumpat mereka.

Macamlah dia tak tahu! Akhir zaman ni, perempuan memang nak jatuhkan sesama jantina. Apo?! Tak matang langsung!

Syaura melempar pandangan sinis apabila para pensyarah masuk kedalam hall.

Perjumpaan pelajar dan lecturer diumumkan secara tiba-tiba. Syaura tahu ini berkenaan dengan kejadian semalam.

Hanya pelajar semester akhir sahaja yang dipanggil.

Kelihatan lima orang pensyarah yang bertugas untuk mengendali perjumpaan ini.

Kelas terpaksa dicancel kerana perjumpaan mengejut ini.

Sir Zayne memandang Syaura. Pipi Syaura ditampal dengan plaster.

Gulp! Nampak mata Syaura menjeling dia tajam.

" Assalamualaikum boys and girls.." Sir Mail memberikan senyuman manis. Suaranya lembut. Sir Mail adalah ketua pensyarah bagi semester akhir. Nasib Sir Mail ni baik.

Para pelajar semua menjawab dan memberikan tumpuan.

" Memandangkan semalam terjadi perkara yang sangat...umphhh..." Sir Mail menggantungkan ayatnya dan cuba mencari ayat yang lembut.

*Author nak korang bayangkan yang Sir Mail ni dia macam ejen karya yang dalam cite Ejen Ali tu..*

" Perkara yang tidak dijangka..jadi, ketua pengarah meminta pensyarah-pensyarah lain untuk mengadakan aktiviti like.."

" yang membantu awak semua lebih bermotivasi.."

Para pelajar mula mengeluh! Aktiviti apa ni? Alahai..

" Jangan risau, aktiviti tu kita buat outdoor.." Sir Mail mendengar keluhan dari para pelajar.

Semua pelajar menjerit gembira. Paling seronok! Classmate Syaura semuanya menepuk tangan. Seronok!

" Saya harap selepas ini semua berbincang dengan lecturer untuk menetapkan tarikh dan tempat.." Sir Mail tersenyum sebaik sahaja memandang Sir Zayne.

Telah ditetapkan bahawa semester akhir mempunyai dua kelas. Kelas pertama dan kelas kedua.

Sir Zayne yang mewakili kelas pertama dan Miss Zana meawakili kelas kedua. Tetapan bagi bahagian kedua kelas telah diagihkan mengikut pencapaian setiap semester.

Dua lagi pensyarah adalah pembantu bagi setiap mentor. Mentor ini dikira sebagai pensyarah untuk kelas.

Kelas kedua telah berpindah ke hall yang lagi satu dan kelas pertama masih tetap dihall tadi.

Sir Zayne menayang senyum apabila melihat semua pelajarnya berborak sakan mengenai program motivasi.

" Saya pun agak terkejut dengan pengumuman dari Sir Mail tadi.." Zayne melangkah mendekati para pelajarnya.

" Jadi memandangkan kita semua akan mengikuti program tu..ada apa-apa nak tanya? " matanya tertumpu pada pelajarnya. Tapi lebih tertumpu pada Syaura yang menongkat dagu.

" Sir saya! " Sara menganggkat tangan terlebih dahulu.

" Silakan Sara.."

" Why kena ada program ni sir? Senior kitaorang dulu, tak ada program outdoor dan program motivasi macam kitaorang.." terang Sara.

Ramai yang mengiyakan soalan Sara. Zatbe tersenyum sebaik sahaja kelas kembali gamat.

" Okay! Before kedatangan saya ke kolej ni, memang saya tahu, kolej ni bosan sikit..." suasana meriah dengan ketawa.

" Jadi saya cuba usulkan cadangan saya untuk kamu semua..lagipun mestilah tension sebab asyik dengan assigment, belajar, study sampai pagi..dengan nak layan bf or gf korang lagi.."

" Jadi tak salah if korang ada masa untuk beriadah dengan student-student or member's korang..." terang Sir Zayne.

Mujur usul cadangannya diterima pihak atasan. Pengarah juga tidak keberatan untuk mengizinkan para pelajar menikmati program seperti ini.

" Jadi sir, tempat program dekat mana? " tanya lagi satu suara.

" Tempat program masih dalam perbincangan..tarikh pun masih lagi, tapi kira dari sekarang, kamu semua ada masa lagi seminggu sebelum ke program motivasi.."

Zayne masih dalam mood menerangkan. Syaura hanya melempar pandangan yang kosong. Hatinya rasa bersalah apabila melihat muka Syaura yang ditampal plaster.

Dalam kelasnya, Syaura hanya mendiamkan diri. Tak banyak mulut. Selalunya Syaura akan melawan, tapi Syaura diam dan cuba menjauhkan diri.

" Sir saya pulak! " Mira angkat tangan.

" Okay Mira.."

" Sir, program ni mesti dibawah program Tuan Nadinekan sir.." Syaura tersedak! Nadine?!

" Aik Syaura..tunang sebut namalah tu.." usik Sara. Mereka semua tergelak. Syaura menahan malu.

" Mana kamu tahu Mira? " soal Zayne.

Mira hanya menayang giginya yang tersusun rapi. Dia terserempak dengan Tuan Nadine yang baru sahaja keluar dari bilik Sir Zayne.

" Saya nampak Tuan Nadine.." Syaura mengetap bibir. Bila masa pulaklah minah ni terserempak. Aku yang 24 jam dengan dia, tak ada pulak terserempak.

" Jadi Tuan Nadine adalah kawan saya semasa zaman belajar saya, almost 5 years kami berkenalan.."

Syaura terdiam. Almost 5 years?

" Saya berkawan rapat dengan Tuan Nadine masa awal-awal semester lagi, kami roomate tapi berlainan kos.." cerita Zayne. Semua pelajar fokus pada cerita Sir Zayne.

" Tamat sahaja pengajian, dia terus sambung degree dan semasa tu saya sambung master.." terang Zayne.

Disebabkan dia pelajar STPM, tahun pengajiannya menjadi pendek. Masuk sahaja UITM dia mengambil degree.

Semasa itu Nadine mengambil diploma. Jangka masa pengajian mereka tidak sama.

Semua pelajar mengangguk faham. Jadinya Sir Zayne dan Tuan Nadine sudah berkawan lama.

Otak Syaura masih menghadam cerita Zayne. Pengenalan dia dengan Nadine bermula dari dia tingkatan 5. Dan semasa itu Nadine menyambung diploma.

Tapi kenapa selama dia dengan Nadine, dia tak tahu pun yang Nadine berkawan dengan Zayne.

Dan Zayne tak pernah tanya pasal hubungannya. Atau Zayne tak tahu? Atau Zayne dah tahu tapi dia mendiamkan sahaja?

" Semua setuju? " Syaura tersentak ! Setuju apa ni?

" Jadi saya nak pesan awal-awal..before kita semua nak join the outdoor program, kita semua boleh selesaikan kerja, i mean assigment..sebab nanti time enjoy the program tak adalah fikir about assigment kamu semua.."

" Jadi nak enjoy boleh, tapi siapkan assigment okay? "

" Baik sir.." semua pelajar mengangguk faham.

" Okay good everybody! So time is out..thank you everyone.." ucap Sir Zayne sebelum melangkah meninggalkan hall.

Tapi sebaik sahaja kakinya berdiri disebelah Syaura, dia memandang Syaura.

" Before tu, Syaura jumpa saya dekat office.." arah Zayne. Semua mata tertancap pada muka Syaura.

Syaura mencebik. Tahu sahaja sebab apa Zayne memanggilnya. Sebanyak 101 missed call. 50 chat sir Zayne langsung dia tak angkat atau tak reply.

" Kau balik dululah Mira, nanti aku balik..ada hal pulak! " bentaknya. Mira hanya mengangguk.

Walaupun serumah, mereka ke kolej dengan menaiki kenderaan sendiri.

Syaura melangkah menuju kepejabat Sir Zayne. Kakinya melepasi office pensyarah yang lain. Saat itu matanya tertumpu pada seseorang lelaki yang membelakanginya.

" Adell? " suara itu. Syaura mengabaikan dan bergerak laju menuju kepejabat Zayne. Dia dengar tapak kasut mengikuti langkahnya.

" Adell! " panggil Nadine lagi. Dia tahu Syaura ingin melarikan diri darinya. Tahu sahaja arah langkah Syaura. Menuju kepejabat Zayne.

Dia menarik lengan Syaura. 360 darjah badan Syaura terpusing.

" Lepaslah! " bentak Syaura. Suaranya seakan ditahan dari didengar oleh orang lain.

" Kenapa Adell nak lari dari Nadine? " Lol! Soalan apa ni?! Syaura mengerutkan keningnya.

" Soalan apa ni? Jangan kejar boleh?! Kau pergilah kat bakal isteri kau tu! Jangan ganggu aku! " geram betul dengan orang yang tak faham bahasa ni.

Ikutkan hati, nak sahaja dia sepak Nadine. Nadine mengeluh. Syaura betul-betul bencikan dirinya.

Matanya tertancap pada jari manis Syaura.  Cincin?

" Cincin apa tu? " Syaura turut memandang. Dia mula menganggkat tangannya, dan melayang-layang dihadapan Nadine.

" Ni? Cincin tunang aku..pahal? " Nadine terdiam.

Melihat sahaja Nadine yang terdiam, Syaura mengukir senyuman. Sinis. Dia meninggalkan Nadine yang masih lagi terkaku.

Hatinya cukup sakit dengan perbuatan Nadine yang dahulu. Bukan dia tidak memaafkan Nadine. Dah lama dia maafkan.

Tapi untuk menerima Nadine semula, cukuplah. Dia tidak mahu seksakan hati dia.

" Masuk! " suara Zayne memberi kebenaran.

Syaura melangkah masuk. Saat itu bebola matanya menangkap figura Zayne yang berdiri memandang cermin sambil berpeluk tubuh.

" Ada apa sir nak jumpa saya? " dia cuba berlagak profesional. Malahan raut wajahnya tidak mengambarkan perasaannya.

" Kenapa awak tak angkat call saya? Chat saya awak tak reply? Awak tahu saya risau? " Zayne melangkah berhadapan dengan Syaura.

" Chat jelah Mira.." bidas Syaura selamba.

" Saya tak nak masukkan orang lain dalam masalah kita Syaura.."

" What? Masalah kita? What's problem? Saya ke atau sir? " matanya mencerlung memandang Zayne.

" Saya bukan nak marah awak semalam, awak buat saya risau, saya tak nak pun awak bergaduh dengan Mia.."

Oh Mia nama perempuan I you tu. Syaura menjulingkan matanya keatas. Dia mulai bosan.

" Okay.." jawab Syaura.

" Okay je? "

" Yelah okay jelah..sir nak suruh saya cakap apa? "

" Cakaplah..okay abang..kan sedapnsikit telinga tu dengar.." usik Zayne.

" Abang?! Tolonglah! Saya bukan isteri sir.." tolak mentah-mentah. Zayne tertawa melihat mimik muka Syaura.

Dia tak terasa pun dengan penolakan Syaura. Suka dia melihat muka Syaura yang menahan geram.

" Tak apa, nanti awak tetap panggil saya abang jugak..cuma lambat atau cepat sahaja.." ujar Zayne.

Syaura menjulingkan mata keatas. Malas dia nak layan perasan Zayne ni.

" Bagusnya Syaura, pakai cincin tunang kita.." kata Zayne. Bibirnya dari tadi tak lekang menayang senyum.

Syaura membiarkan kata Zayne dengan kosong. Hatinya berdebar melihat senyuman dan renungan dari Zayne. Tapi sedaya upaya dia mengawal gelodak perasaannya.

" Dah habis? Saya kena balik.."

" Jap, before awak pergi, nak tanya.."

" Tanyalah..satu soalan je."

" Masih balik lewat? Lepak sampai pukul 2 pagi? " soal Zayne.

Syaura mengigit bibir bawah. Alamak, soalan cepumas!

" Hey, jangan goda saya okay! " Syaura memgerut dahi.

" Bila masa pulak saya goda sir?! "

" Lah awak yang gigit-gigit bibir tu..bukan nama goda ke? "

" Hah?! " eh gigit bibir menggoda ke? Aku goda?

" Sabar okay sayang..nanti awak dapat juga, cuma sekarang ni kita tak halal lagi.." Syaura blur. Lama juga dia menghadam kata-kata dari Zayne.

" Hahahaha, sokaylah sayang..awak boleh balik dah.." Syaura menjeling Zayne yang ketawakan dirinya.

Apahal mamat ni?!

Zayne hanya tersenyum sebaik sahaja Syaura keluar. Terbayang dimatanya wajah Syaura yang selalu menahan geram apabila dengannya.

~ sorry kesayangan Qay, Qay upload lambat~

~ sorry kalau this chapter bosan..~

~ Teruskan vote, comment okay ~

Continue Reading

You'll Also Like

452K 20.6K 45
[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sam...
1.6M 89.6K 65
๐Œ๐ข๐ง๐ž'๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...
166K 10K 60
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
1.8M 93.1K 60
-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling...