The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 17

2.1K 116 3
By sapphire_blue88

"Appa, appa cakap ke mana kita akan pergi tadi?" Soal Hyeran yang hairan ke mana appanya memandu keretanya itu apabila kereta itu memasuki bandaraya Seoul.

Pencakar-pencakar langit yang bercahaya dengan terang pada malam itu jelas kelihatan dari dalam kereta. Sebenarnya, ke manakah destinasi tujuan appa? Hyeran bingung memikirkannya. Kalau dia tidak salah, tadi appa kata dia harus berjumpa dengan kawannya dan dia mahu Hyeran mengikutinya.

"Pergi jumpa kawan appa." Beritahu Appa sama seperti apa yang dia katakan kepada anak perempuannya itu beberapa jam lepas.

Hyundai Sonata yang dipandu oleh appa itu terus sahaja membelok ke kiri iaitu jalan yang dikenali dengan hotel-hotel bertaraf lima bintang yang berderet sepanjang jalan itu.

"Tapi, kalau appa nak berjumpa dengan kawan appa, kenapa appa nak kena bawa Hyeran?” Bermacam-macam soalan yang bermain di fikiran Hyeran untuk ditanyakan kepada appanya sebenarnya. Setakat ini, hanya dua sahaja yang sudah diajukan.

“Kawan appa tu kenal kamu. Apa salahnya appa bawa kamu sekali, kan?” Ada betulnya juga apa kata-kata appa ini namun, Hyeran masih tidak berpuas hati.

“Hyeran kenal ke dengan mereka?”

Appa tertawa kecil. Macam-macam pula yang ditanya oleh anak perempuannya itu. Hyeran tak akan mungkin berhenti bertanya sehinggalah puas hati. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya. Dia mahu merahsiakan perkara itu sehinggalah mereka tiba di destinasi.

“Kenal. Hyeran kenal sangat mereka tu.”

Hyeran mengerut dahi. Siapa sahaja rakan appa yang dia kenal? Perangai appanya sebenarnya persis dengan dirinya. Mereka berdua bukanlah mudah bergaul dan terlalu sosial oleh itu, mereka hanya mempunyai beberapa orang rakan sahaja. Tetapi, siapa rakan appanya yang dia kenal? Ada ke masalahnya?

“Tapi, tak semestinya Hyeran kena ikut.” Hyeran memberi alasan. Sebenarnya, dia mahu menghabiskan masanya di rumah menonton televisyen pada malam itu tetapi, dipaksa mengikuti ayahnya pula. Terlepaslah rancangan kegemarannya malam itu.

“Hyeran kena ada juga sebab, ada sesuatu yang mereka mahu bincang tentang Hyeran.”

 “Huh? Apa dia?”

Appa tersenyum sendiri. Dia tidak mahu menjawab segala soalan Hyeran lagi. Nanti faham-faham sendirilah budak tu.

“Jadi, Hyeran akan pindah ke dorm minggu depan?” Soal Appa cuba mengubah topik perbualan.

Hyeran merengus perlahan apabila appanya cuba mengubah topik. Orang tanya, tak nak jawab pulak! Namun, Hyeran terus sahaja mengangguk. “Ya. Mulai minggu depan Hyeran tak akan dapat berjumpa appa lagi.” Tutur Hyeran. Nada suaranya kedengaran sedih di telinga appanya namun, appa hanya tersenyum simpul.

“Baguslah tu.” Balas Appa ringkas walaupun jauh di dasar hatinya, dia faham akan maksud tersirat kata-kata Hyeran itu. Siapa yang gembira berpisah dengan anak sendiri, tidak? Kalau ada orang itu semestinya dia tidak mempunyai perasaan.

“Appa tak sedih ke?” Soal Hyeran apabila tidak ada tanda-tanda sedih yang muncul dari wajah appanya. Appanya kelihatan begitu tenang memandu, sebaliknya.

Selama ini, Hyeran tak pernah berjauhan dari ayahnya. Kalau pergi ke lawatan sekolah pun, tak sampai seminggu dia sudah pulang ke pangkuan ayahnya semula. Hyeran tidak sanggup berpisah dengan ayahnya. Hanya appalah satu-satunya keluarga yang dia ada setelah ibunya meninggal. Hyeran juga berfikir yang appanya rasakan apa yang dia rasa kini. Tapi, nampaknya tidak.

“Hyeran kan dah besar.” Appa melemparkan senyuman cerianya kepada Hyeran. “Hyeran boleh jaga diri sendiri, kan?”

Perasaan kecewa sudah meresap ke jiwa Hyeran. Ya. Memang betul dia sudah besar dan boleh menjaga diri sendiri tapi, kenapa appa tidak kelihatan sedih mengenainya?

“Kita dah sampai.” Beritahu appa apabila dia memberhentikan keretanya dihadapan hotel yang terkenal di Seoul.

“Appa buat lawak ke?” Hyeran terlopong seketika apabila dia merenung bangunan hotel yang tersergam indah di hadapannya kini.

Biar betul appa mahu membawanya ke sini? Nak jumpa kawan pun nak kena datang ke hotel? Heol. Tak sangka. Seumur hidup Hyeran dia tidak pernah menjejakkan kaki di hotel itu memandangkan hanya orang-orang kaya sahaja yang mengunjungi tempat itu. Hotel itu kelihatan sangat gah berdiri di atas bumi dan cantik sekali seperti hotel yang digunakan untuk penggambaran drama-drama Korea.

Ada seorang lelaki penyambut tetamu membukakan pintu untuk Hyeran apabila Hyeran statik di tempat duduknya memandang bangunan hotel ke luar tingkap. Disebabkan pintu sudah dibuka, Hyeran terus keluar dari perut kereta dan melihat ayahnya memberikan kunci kereta kepada penyambut tamu itu untuk memarkirkan keretanya ke tempat parkir.

“Jom, Hyeran.”

Appa terus mendekati Hyeran sebelum memimpin tangan anak perempuannya itu dan menuju masuk ke dalam hotel. Mereka lalu beriringan ke lif untuk ke tingkat 2.

“Ada apa di tingkat 2, appa?” Soal Hyeran apabila ternampak appanya menekan butang bernombor 2.

“Restoran. Semestinya.” Appa tersenyum simpul menjawabnya.

Pintu lif terbuka dan Hyeran terus dipimpin appanya ke sebuah restoran yang terletak agak  jauh dari lif. Apabila tiba di hadapan restoran itu, mereka disambut oleh seorang wanita dengan senyuman.

“Ya, Tuan. Tuan ada buat tempahan meja?” Soal wanita penyambut tamu itu.

Appa terus berbisik sesuatu ke telinga wanita itu dan wanita itu tersenyum lebar. “Sila ikut saya.” Arah wanita itu lalu masuk ke dalam restoran.

Dari mata Hyeran, restoran itu kelihatan sangat mewah dan semestinya makanan yang dihidangkan itu semuanya bernilai berpuluh won. Perlukah mereka berjumpa di restoran mewah itu hanya untuk berbincang beberapa perkara? Adakah rakan yang appanya mahu berjumpa itu adalah dari golongan kaya? Kalau tidak, takkanlah mereka mampu makanan di restoran sebegini mewahnya?

*****

Dagunya ditongkat sebelum melepaskan sebuah keluhan berat sambil bermain sudu di atas meja. Perutnya sudah berkeroncong ni. Patutnya dari tadi lagi dia sudah memesan makanan. Boleh mati kebulur menunggu appa dan ummanya jadinya!

“Mana Umma ni?” Rungut Chanyeol disertakan dengan dengusan kecil dihujungnya. “Aku dah lapar ni!”

Nasib diri sendirilah apabila terpaksa menunggu Appa dan Ummanya. Sebenarnya, mereka berdua meninggalkan Chanyeol seorang diri di bilik makan itu kerana ingin berbual dengan rakan mereka. Apabila dalam perjalanan ke restoran itu, mereka berdua telah terserempak dengan rakan lama appanya yang sudah lama tidak berjumpa jadi, mereka memutuskan untuk berbual sebentar dan sementara itu, Chanyeol disuruh menunggu di bilik itu.

Jam ditangan dikerling sekilas sebelum menjerit dengan nyaring. Nasib baiklah pintu ditutup dan bilik itu kalis suara jadi, taklah orang berfikir ada orang gila terjerit-jerit sendiri di dalam bilik itu. Sudah hampir setengah jam dia ditinggal disitu dan waktu makan malamnya berjalan. Dia harus makan malam pada waktunya seperti apa  yang dinasihati Suho.

“Aku tak nak mati kebuluran kat sini.” Kata Chanyeol sendiri. Perlukah dia memesan makanan? Tapi, bakal isterinya itu belum datang lagi. Tak ke kurang ajar kalau dia makan dahulu. Tapi, lantaklah! Dia mahu makan juga! Kalau perempuan itu tak suka akan perangainya bagus juga! Tak payahlah dia nak berkahwin dengan perempuan tu!

Chanyeol ingin bangun dari tempat duduknya namun, dia terduduk semula apabila pintu itu tiba-tiba terbuka. Siapa yang membuka pintu? Appa dan Ummanya? Atau… bakal isterinya? Apapun, satu daripada jawapan itu membuatkan Chanyeol berasa gementar.

*****

“Maafkan saya tetapi, tandas dimana?” Soal Appa kepada wanita penyambut tamu apabila mereka hampir sampai dibilik yang mereka tuju.

“Oh. Tuan belok kanan dan belok kanan lagi di simpang seterusnya dan Tuan akan nampak tandas di situ.” Beritahu wanita itu.

“Hyeran, pergilah dahulu. Appa nak ke tandas, okey?” Ucap Appanya ingin mengundur diri.

“Appa!” Dengan pantas Hyeran menarik tangan appanya. Dia menggeleng dengan laju apabila appanya memandangnya. Dia tidak mahu appanya meninggalkannya. Bukankah mereka mahu berjumpa dengan rakan appanya? Takkanlah dia mahu berjumpa dengan mereka seorang diri?

Appa tersenyum sambil mengelus tangan Hyeran yang erat memegangnya. Tangan itu lalu di pegangnya sebelum dilepaskan perlahan.

“Jangan…” Rayu Hyeran sambil menggeleng.

“Tak apalah, Hyeran. Mereka tu kawan appa, bukannya monster. Pergilah ucapkan hello kepada mereka. Appa nak kena pergi ni. Sekejap je. Appa akan datang lagi.” Janji appanya sambil melihat ke dalam anak mata Hyeran. “Sekejap je, okey?”

Akhirnya Hyeran mengangguk dengan lemah. Ayahnya menoleh sebelum meninggalkannya.

“Boleh kita teruskan berjalan, Cik?” Soal wanita itu. Hyeran hanya menjawab dengan anggukan.

“Sebenarnya, kita ada di mana?” Soal Hyeran. Dia fikir, mereka akan makan malam di tempat tadi yang sangat mewah, diterangi dengan cahaya chandelier dan makan dengan pinggan dan kutleri yang berkilat. Tapi, mereka kini sedang berada di lorong di mana di kanan dan kirinya  terdapat banyak pintu. Hyeran pun tidak tahu bilik apa itu.

“Ini bilik peribadi.”

“Bilik peribadi?” Hyeran mengerut dahinya. “Maafkan saya.”

“Kami menyediakan kemudahan ini untuk pelanggan kami yang mahu makan malam dengan peribadi dan tanpa diganggu. Sesuai untuk berjumpa dengan klien atau…”

“Atau?”

“Blind date.” Wanita itu tertawa kecil. “Dan ada banyak lagi kemudahannya jika awak berfikir dengan dalam.”

“Jadi, kita dah sampai.” Beritahu wanita itu sebelum berhenti dihadapan sebuah bilik.

“Silakan masuk, cik”

Hyeran kaku sebentar di tempatnya sebelum dipanggil oleh wanita itu. Dia hanya mengangguk sebelum tangannya dengan perlahan mencapai tombol pintu. Dengan perlahan juga, daun pintu itu dikuak dan…

“Ah!” Hyeran menjerit dengan nyaring apabila lampu tiba-tiba mati dan semuanya menjadi gelap gelita. “Apa yang berlaku?” Soal Hyeran yang ketakutan. Dia betul-betul takut. Dia tidak biasa dengan gelap. Kalau tidur pun dia tidak menutup lampu biliknya. Hyeran sangat takut kerana dia tidak dapat melihat apa-apa di hadapan mahupun di sekelilingnya.

“Maafkan saya, cik. Ada masalah teknikal. Semuanya akan baik seperti biasa selepas beberapa minit.” Beritahu wanita itu sebelum Hyeran dapat mendengar satu suara orang berlari meninggalkannya. Pasti wanita itu telah meninggalkannya sendirian di situ. Sekarang, apa yang patut dia lakukan?

Mujur, tangannya masih berpaut pada tombol pintu jadi bolehlah dia membuka pintu di hadapannya itu walaupun dia tidak dapat melihat. Tangannya meraba-raba dinding dan menolak pintu hingga ternganga luas.

“Siapa di situ?” Soal satu suara yang membuatkan Hyeran terperanjat. Suara itu nampaknya datang dari dalam bilik itu. Tetapi… suara itu rasanya pernah didengarinya di mana-mana. Siapakah orang itu sebenarnya?

Hyeran menyangka itu adalah rakan ayahnya dan ayahnya memeberitahu yang Hyeran kenal mereka. Oleh sebab itu, Hyeran pernah mendengarinya sebelum ini. Mungkin. Jadi, dia terus menunduk hormat lurus ke mana dia mendengar suara itu datang walaupun dia tahu orang itu tidak dapat melihatnya juga.

“A-Annyeonghaseyo.” Ucap Hyeran dengan hormat.

“Awak siapa?” Soal suara itu lagi tapi, peliknya suara itu kedengarannya dimiliki oleh orang muda dan bukannya orang yang agak tua. Rakan ayahnya masih muda lagi ke? Peliknya.

Kerana ingin tahu akan siapakah lelaki itu, Hyeran mengambil telefon bimbitnya. Dia ingin menyuluh cahaya dari telefon bimbitnya ke arah orang itu untuk melihat wajahnya. Tetapi, apabila dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar, telefon bimbit itu terjatuh tanpa Hyeran sempat menangkapnya.

“Alamak!” Jerit Hyeran seraya membongkokkan badannya. Tangannya diraba di atas lantai berkarpet itu untuk mencari telefon bimbitnya.

“Kenapa? Saya ada dengar bunyi terjatuh.”

Hyeran mengeluh apabila telefon bimbitnya tidak dapat ditemui. “Telefon bimbit saya jatuh. Boleh tolong carikan tak? Saya tak nampak.” Pinta Hyeran.

“Macam mana saya nak cari kalau saya pun tak nampak?”

*****

“Macam mana saya nak cari kalau saya pun tak nampak?” Ujar Chanyeol yang masih kaku di tempat duduknya.

Haha kelakar jugak dia ni. Chanyeol menggaru kepalanya. Tapi, betulkah yang sedang bercakap kepadanya kini adalah bakal isterinya? Chanyeol sedang membayangkan wajah gadis itu di kepalanya melalui suaranya disebabkan lampu tiba-tiba mati. Nasib baik. Bolehlah lengangkan sedikit masa kerana Chanyeol betul-betul perlukan banyak masa untuk melatih dirinya agar tidak gementar. Taklah diketawakan nanti kalau gadis itu melihat riak mukanya kini.

Tapi kan… Suara itu macam pernah dengarlah… Di mana? Mereka pernah bertemu ke sebelum ini?

Satu keluhan dari gadis itu akhirnya memecahkan kesenyapan di antara mereka. Aik. Tak jumpa lagi ke telefon bimbit?

“Baiklah. Saya tolong awak.” Kata Chanyeol akhirnya.

Dia bangun dari tempat duduknya lalu memegang meja. Chanyeol sudah hafal kot susun atur bilik itu. Pada hujung meja itu, dia akan jumpa pintu masuk. Dia tahu yang gadis itu berada di situ kerana terdengar suara pintu yang baru dibuka.

Chanyeol berjalan dan…

“Argh!”

Chanyeol statik apabila terdengar suara orang menjerit kesakitan. Rasanya dia terlanggar sesuatu di hadapannya tadi…

“Encik main jalan je pastu langgar saya!” Gadis itu mengaduh kerana sakit.

OOPSIE!

“Maaflah. Encik ni tak nampak sebab gelap.” Balas Chanyeol meminta maaf. “Mari saya tolong awak bangun.”

Tangannya diraba di udara dan akhirnya dapat memegang jari jemari gadis itu. Dia segera menariknya bangun dan…

Dan pada waktu yang sama, lampu pun terbuka dengan terang benderang.

Mata Chanyeol terbeliak melihat wajah gadis itu manakala gadis itu pula menarik nafas terkejut ternampaknya.

Adakah ini semua mimpi? Kalau mimpi, tolong bangunkannya sekarang juga! Tetapi, adakah Hyeran benar-benar bakal isterinya? Tak mungkin, bukan?

“Awak nak buat apa di sini?” Soal Chanyeol mendekatkan mukanya dengan muka Hyeran dan dengan automatik, Hyeran menjauhkan mukanya.

“Saya yang patut tanya soalan itu pada awak! Saya ke yang salah bilik? Sepatutnya saya berjumpa dengan kawan appa saya di bilik ini.”

Okay. Chanyeol faham yang Hyeran bukan bakal isterinya. Fuh! Nasib baik! Tapi, entah kenapa Chanyeol berasa kecewa? Kecewa? Haha perasaannya sedang bermain-main sehingga membuatkan dia keliru sendiri. Kecewa? Tak mungkinlah dia kecewa! Tak akan! Tak mungkin!

Chanyeol tertawa kecil apabila kepalanya macam nak meletup melayan perasaan. “Jadi, awak bukanlah bakal…”

“Chanyeol Appa! Tengok ni!” Jerit Puan Park yang muncul entah dari mana membuatkan Chanyeol dan Hyeran tersentak lalu memandang wanita itu. Beberapa saat kemudian, Encik Park juga muncul. “Mereka dah berkenalan dan tengok tu! Mereka berpegangan tangan!”

Apabila berfikir dua kali, Hyeran baru perasan yang tangan Chanyeol memegang tangannya dengan erat sekali. Dia terus menarik tangannya dengan dengusan sebelum melemparkan pandangannya ke lantai. Oh. Jadi rakan-rakan ayahnya adalah Encik dan Puan Park?

Senyuman Puan Park tidak lekang dari bibirnya. “Senanglah kerja kita nanti.” Ucap Puan Park kepada suaminya. Suaminya hanya mengangguk-angguk.

“Tunggu, Umma! Jadi…” Chanyeol menunjukkan jari telunjuknya ke Hyeran. “Dia ni…”

Puan Park hanya mengangguk dengan pantas.

Oh Tidak!

Ini mimpi kan? Ini pasti mimpi! Jadi, apa yang dia katakan pada hari itu… Argh! Dia tidak sangka kata-katanya akan menjadi realiti.

Akhirnya dia akan menjadi suami kepada Hyeran juga?

“Dialah bakal isteri kamu.

“APA?!” Chanyeol dan Hyeran menjerit serentak.

Continue Reading

You'll Also Like

10.1M 506K 199
In the future, everyone who's bitten by a zombie turns into one... until Diane doesn't. Seven days later, she's facing consequences she never imagine...
160K 9.9K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
11.7M 302K 23
Alexander Vintalli is one of the most ruthless mafias of America. His name is feared all over America. The way people fear him and the way he has his...
347K 22.6K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...