Bab 52

2.9K 204 23
                                    

"Okey murid²! Disini saya akan sebutkan nama kumpulan yang korang telah bincang dan beri kepada saya! Kalau ada apa² perubahan sila maklumkan secepat mungkin!" Ucap seorang guru lelaki dari  Exora Highscool.

"Kumpulan 1! Hellevator!" semua murid memberi tepukan, ada yang tersenyum apabila mengetahui tajuk lagu itu.

"Hahaha aku yakin ni pilihan Sya! Kan aku dah kata dia rindu kampung halaman tu." ejek Ad sambil tersenyum manis yang dibuat² pada Sya.

"Yahh nenek! Kau sehari tak mengejek tak boleh ke?! Kang aku siksa kau kat kampung halaman aku baru tahu!" Sya yang ingin menghampiri Ad ditahan oleh Syakir dan Ian.

"Okey sudah²! Kumpulan ²! Lit!" ucap guru pembimbing itu mendapat tepuk tangan dari yang lain.

"Kumpulan 3! Badguy!"

"Wuuuu! Cool! Cool!" Sya dan Ad memandang Nad serentak. Gadis itu memandang kembali rakannya lalu mengenyitkan mata.

"Yahh! Nad!" jerit Sya dan Ad serentak.

"Okey okey sudah! Cepat saya habiskan, cepat korang rehat dan bersihkan diri!" nampaknya guru bimbingan itu kelihatan stress.
.
.
.
.
.
.

"Hufft! Penatnya!" Ucap Ad dan Sya serentak sambil merebahkan badan di atas khemah.

"Apanya tak penat? Korang asyik bergaduh ja dengan minah Diva Flowers tu." ucap Nad sambil memasang sesuatu di sudut atas khemah mereka.

"Kau pasang apa Nad?" tanya Ad hairan.

"Ouhh langkah berjaga². Dari yang aku perhatikan, ramai murid yang tak suka kita." balas Nad sambil sibuk memasang alat tersebut.

"Sya kain yang aku suruh kau bawa mana?" Nad berpaling memandang Sya. Sya pula dengan cepat menghulur kain hitam pada Nad.

"Okey done! Jangan beritahu siapa² okey?" Nad memandang dua sahabatnya.

"Ya aku perasan ada yang tak kena, so jangan risau lah!" Ad menepuk bahu Nad.

"Dah jom mandi! Aku dah tak tahan bau busuk si Ad ni! Cepat cepat!" ucap Sya mendapat pandangan tajam dari gadis berkaca mata itu.

Mereka bertiga bergegas ke tandas.


"Siott! Ramainya orang!" keluh Sya.

"Ad! Ad! Kami ada jagakan awak satu ruang mandi!" ucap seorang gadis sambil memegang tangan Ad dengan mesra.

Nad dan Sya hanya memandang gadis itu atas bawah. Tanpa menghiraukan dua rakan Ad, gadis itu menarik Ad untuk ke bilik mandi tersebut.

"Nih! Penat tau kami jagakan awak!" ucap gadis itu ramah disokong dengan anggukan beberapa gadis yang lain.

"Kau ni dari sekolah mana?" tanya Sya ragu.

"Saya dari Golden Highscool! Saya minat kat Ad! Ha masuk lah." pelawa gadis itu. Ad mengangguk sambil tersenyum tanda terima kasih.

Belum sempat Ad membuka pintu, dia berhenti dan Nad menariknya lalu Sya menolak gadis itu sehingga terdorong masuk ke tandas.

Sesuatu yang dapat dijangka Black Rose' gadis itu terkena siraman air sabun buatannya sendiri. Adegan tersebut mendapat perhatian dari semua murid yang berada disitu.

"Wah hebat lakonan kau ni!" ucap Sya sinis sambil menepuk tangannya.

Ad mencangkuk dihadapan gadis itu lalu tersenyum sinis.

"Kau fikir aku bodoh sangat nak percaya dengan budak Golden Highscool ni?" Ad memandang sinis gadis itu.

"Trik lapuk. Kau nak kenakan kami dengan benda yang selalu kami buat. Poor you." suara datar Nad bergema di tandas sekolah itu.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now