Bab 90

1K 161 36
                                    

Hi nyahh! Akhirnya kitorang dah habis trial espiyem!

Here we go!


Buk!

"Kau fikir aku tak tahu ke apa yang kau buat? Kau cuba menjauh dari dia! Aku percayakan kau untuk jaga kawan aku! Tapi apa yang kau buat pada dia Eroz Herman!" suara yang biasanya kedengaran datar itu mulai meninggi. Dadanya naik turun kerana amarah.

Jika ini berkaitan sahabatnya, dia tak akan diam.

Eroz kembali duduk setelah ditumbuk oleh Nad.

Merelakan apa yang dilakukan oleh Nad, kerana dia tahu.

He deserve it.

"Tenang Nad, aku tahu kau marah. Tapi kita kena dengar dari dia dulu." walaupun tangan gadis itu sudah gatal ingin menampar Eroz, tetapi Sya cuba menahan.

Nad kembali duduk. Cuba bertenang. Jujur dia tidak boleh melihat Ad menangis pada malam itu. Ya dia melihat semuanya. Ad menangis sambil memandang foto Eroz bersamanya.

"Aku minta maaf. Aku tak bermaksud menjauh dari Ad. Aku ada sebab buat semua ni. Aku tahu benda ni sakitkan hati Ad tapi aku lebih tak sanggup tengok dia sakit kemudian hari." ucap Eroz perlahan.

"Apa sebab kau?" tanya Nad pula.

"Aku tak nak beritahu korang." Eroz berkeras.

"Jawablah!" suara kuat Sya beserta tepukan di meja membuat Eroz menjawab pertanyaan mereka dan hal itu menyentakkan keduanya.

"Aku sakit Sya!" ucapan Eroz seperti kilat yang menyambar hati mereka. Bagaimana kalau Ad mendengarnya?

"Sa-sakit? Kau-" Eroz memotong kata² Sya.

"Aku kena kanser otak dan tak boleh diselamatkan. Waktu aku tak lama. Aku tak nak Ad kecewa dengar semua ni. Aku harap semua ni jelas untuk beritahu korang kenapa aku menjauh dari dia." suara Eroz semakin serak. Bibirnya agak pucat.

Nad juga Sya terdiam.

"Aku tumbuk kau.." ucap Nad. Ada rasa bersalah di hatinya.

Eroz ketawa kecil.

"Atleast aku dah merasa tumbukan kau sebelum aku pergi, aku belum pernah kena belasah dengan kau macam Thariq, Maleq, Fariq dan Taufik kena." ucap Eroz sambil tersenyum.

"Eroz.. Tak ada cara lain ke?" tanya Sya perlahan.

"Mungkin aku boleh beritahu dia, tapi aku jujur tak sanggup tengok senyuman dia memudar ketika bersama aku nanti. Lagipun korang nak pergi Jepun, aku tak nak Ad terganggu dengan semua ni." jejaka itu menunduk. Menutupi kesedihan dengan senyuman miliknya.

Mereka berdua mengangguk perlahan, cuba memahami maksud Eroz.

"Tolong jaga Ad untuk aku, jangan buat dia sedih. Ini permintaan terakhir aku buat korang." ucap Eroz lalu memandang kedua gadis yang sudah dianggap sahabat itu.

Sya mengangguk laju sambil menahan sebaknya.

Nad hanya terdiam lalu merenung.

"Aku pergi dulu." Eroz berdiri ingin pergi dari tempat itu, sedikit banyak dia merasa lega.

"Kau nak pergi mana?" tanya Sya.

"Aku nak jumpa seseorang." balas Eroz lalu pergi.

Sya juga Nad memandang sesama sendiri.

Perlahan keluhan berat keluar dari mulut masing².






















"Kalau aku dah sampai sana, aku video call kau okey?" ucap Ad sambil mengusap bahu lembut Eroz perlahan.

[OG] The Black Rose'Onde as histórias ganham vida. Descobre agora