Bab 36

3.6K 250 38
                                    

Nad memarking motor Grand Prix miliknya di kawasan parking CEO syarikat tersebut. Bangunan AN Holdings terpacak teguh dihadapannya. Setelah memarking motornya dengan elok disebelah kereta BMW abangnya. Dia ingin melangkah masuk namun ditahan seseorang.

"Eh budak! Tak boleh parking kat sini. Tak tengok kah ni tempat CEO? Kat sana tempat parking orang awam." seorang security guard menahan Nad lalu menunjukkan satu tempat parking yang agak padat.

"Huh? Aku rasa tak salah aku parking kat sini." balas Nad lalu memandang datar ke arah pakcik tersebut.

"Tak salah apanya? Ni tempat CEO budak!" nada suara yang agak tinggi itu mendapat tumpuan manusia² yang lalu dikawasan itu. Memandangkan suasana hati Nad tengah baik, dia hanya menjeling tajam pakcik tersebut. Tangan menyeluk poket seluarnya.

"Aku tak nak cari gaduh dengan orang tengahari ni. Ka-" kata² Nad terhenti apabila seseorang tiba² menegur mereka.

"Kenapa ni? Ada masalah apa?" tanya seorang lelaki yang segak memakai kot biru tuanya. Nad memandang selamba abangnya, Zaff.

"Ni Encik Naim. Budak ni parking motor dia kat tempat CEO." beritahu pakcik tersebut. Zaff hanya mengangguk dan tersenyum kecil. Di sini tempat kerja, dia lain dari yang lain.

"Apa yang salahnya? Dia pemegang saham. Pemilik sebenar tempat ni. Nad kau boleh naik, aku rasa ada separuh fail yang perlu kau tandatangan. So tak perlulah aku bawa ke rumah kan." ucap Zaff lalu memandang Nad yang mengangguk. Gadis itu menepuk perlahan bahu abangnya lalu meninggalkan Zaff dan pakcik guard yang terdiam.

Salah orang untuk di tegur.

"Maaf Encik, saya tak tahu pula dia pemilik syarikat sebenar." ucap pakcik tersebut, takut sangat kehilangan kerjanya.

"Tak pa. Mood dia tengah bagus tu. Saya ni CEO ja. Umur dia belum cukup untuk ambil alih syarikat ni. Dah lah saya nak jumpa klien. Lain kali jangan buat lagi." pakcik guard itu mengangguk laju apabila mendengar kata² Zaff. Zaff pun berlalu pergi apabila melihat setiausahanya sudah menunggu di kereta.

Sekali lagi pandangan merendahkan jatuh pada Nad. Pekerja mahupun tetamu yang tidak tahu dirinya memandang Nad atas bawah. Nad memandang dirinya, berjaket denim beserta tshirt hitam dipadankan dengan seluar jeans hitamnya. Dia bukan juga pakai selipar jepun, kasut sneakernya ditenung. Buruk betul ke penampilan aku ni.

Nad hanya melewati kaunter pertanyaan kerana dia juga tahu dia perlu ke mana. Namun seseorang menepuk bahunya. Menghentikan langkahnya untuk memasuki lift khas. Dia memandang dingin ke arah seseorang yang mengacaukan perjalanannya.

"Kamu cari siapa? Kat sini bukan tempat main² tau dik." ucap seorang wanita memandang angkuh ke arah Nad. Nad dengan selamba memeluk tubuhnya.

"Aku datang sini tak main² juga." balas Nad. Jujur, moodnya betul² berubah. 'Aku ni nampak macam budak sekolah ke? Eh aku memang budak sekolah.'

"Kalau tiada urusan, jangan kat sini. Semua orang kat sini sibuk, kau jangan nak menyemak kat sini. Kalau nak main lift jangan guna lift CEO." lantang wanita itu berbicara. Semakin dingin pandangan Nad. Dia mengambil telefonnya di poket seluar, lalu mendail nombor seseorang. Matanya tepat memandang tajam wanita yang berani menghalaunya.

"Turun, tingkat bawah." datar Nad mengarah, lalu menutup panggilan tersebut.

"Rena, aku rasa panggil security guard lah kalau budak ni degil. Muka tak kesah dia tayang kat kita. Entah² anak cleaner mana ni merayau." ucap seorang wanita dewasa di sebelah wanita yang bernama Rena. Mereka berdua berpeluk tubuh memandang rendah ke arah Nad.

"Apahal kecoh² ni? Kalau Managing Director nampak macam mana?" tegur seorang wanita. Pakaian yang rapi dan wajah yang serius memandangkan dia sangat tegas. Dia menoleh ke pintu masuk mencari seseorang. Kedua wanita muda itu menunduk, takut dengan pekerja senior mereka yang terkenal dengan garangnya.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now