Bab 47

3.1K 205 20
                                    

Brukk!!

Sekali lagi jejaka yang dikenali sebagai Danish itu tergolek hampir mengenai pintu masuk tandas lelaki. Akibat tendangan rambang daripada Raykal. Jejaka itu hanya menayang senyuman sinisnya sambil memandang rendah ke arah Danish.

Dia tidak bersuara, namun tubuhnya berkerja meluapkan rasa amarahnya.

Revan dan Arjuna yang sudah selesai menghajar anak buah Danish hanya memandang selamba. Sudah terbiasa menyaksikan kekejaman Raykal. Bahkan lebih kejam dari itu.

Sakin kejamnya sehingga didaftarkan di sekolah juvana namun ayah yang berpengaruh membuat dia terlepas dari semua itu.

"Last warning. Hentikan apa saja plan kau untuk dekat dengan Azreen Nadhim dari Antomn Grund Highscool. Walaupun kau berniat nak sentuh sedikit hujung jari dia, hentikan sebelum aku yang buat kau berhenti buat selamanya. Aku taknak buang masa untuk hancurkan semua musuh² aku. Kau faham maksud aku?" suara garau dan dalam itu memberi amaran keras. Matanya tajam menatap muka Danish yang sudah lebam dan berdarah.

"Hahahahah! Tak semudah itu. Aku jumpa dia dahulu. Bukan kau!" Danish membalas dengan tawa yang masih tersisa. Tiada yang boleh menghentikannya.

Bodoh, aku dah jumpa dia 12 tahun yang dulu.

Tanpa banyak bicara Ray menendang muka Danish. Membuat jejaka itu mengeluarkan darah pekat dari mulutnya.

Perbuatan Ray terhenti apabila memandang satu figura yang baru saja keluar daripada tandas wanita.

"Aryana Nastasya. Kau tak nak tegur kawan lama kau ni ke?" Ray berjalan perlahan ke arah Sya yang sudah terhenti dari langkahnya.

"Excuse me. Aku tak kenal orang yang tak penting ni." Sya dengan berani berbalik badan, memandang muka kacak namun bersifat lebih syaitan darinya itu.

Walaupun masa lalu kini menerjah kotak memorinya seperti guruh, Sya tetap menatap lancang ke arah Ray. Dia tidak menghiraukan bunyi hujan lebat dan titikan darah yang bergema ditelinganya. Lagi² bunyi tapak kaki dan wajah sinis orang itu.

Ingat Sya! Semua itu sudah berlalu dan kau tak boleh dihantui olehnya.

"Ohoo. Semakin laser mulut kau ni. Dah sembuh ya? Aku tengok Ad macam masih belum ja." ucapan Ray dibalas hembusan nafas kasar milik Sya. Gadis itu menjeling tajam Ray.

"Aku rasa yang masih terkait dengan masa lalu itu kau. Bukan kami, bahkan Nad. Sorry to say lah boy, nama kau dah tak diperlukan dalam sejarah hidup kitorang."  kata² Sya membuat Ray menggepal tangannya. Sya yang dulu lemah dipandangannya kini menjadi seorang yang pandai melawan bahkan memberontak. Dia menghampiri Sya untuk melayang tumbukannya. Nasib ada orang lain yang menahan tumbukan tersebut.

"Dah belasah pelajar sekolah lain, sekarang nak kacau pelajar sekolah kami pulak? Apa masalah kau ha?" Ian menolak kasar tangan Ray lalu menarik Sya dekat dengannya.

"Hey newbie! It's not your bussiness dude!" marah Revan. Dia ingin menghampiri Ian namun di tahan oleh Arjuna.

"Ini memang hal aku! Program ni anjuran sekolah kami! Dan aku pihak berwajib sekiranya ada hal² macam ni! Datang tempat orang jangan cari onar. Nama korang akan naik lepasni. Just tunggu denda yang diberi."  Ian memberi amaran lalu menarik Sya untuk pergi dari situ.

"Rayyan Muayyad huh? I don't give a fuck about the punishment. Just bagitahu kawan kau ketua pengawas tu, aku kirim salam." setelah mendengar ucapan Ray, Ian menarik Sya pergi dari kawasan itu.










"Manalah Ad ni?"

"Manalah Kimi ni?"

Serentak Sya dan Ian mengeluh, mereka memandang satu sama lain. Lalu pandangan mereka teralih pada genggaman erat keduanya.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now