Bab 69

1.6K 177 5
                                    

"Mereka ke mana ni?" tanya Ad risau.

"Tak tahu lah, tak akan belum jumpa si Nad lagi? Dah dekat sejam kita dalam dewan ni." balas Sya juga. Tubuhnya bersandar dibahu Maleq.

"Main dengan toyol kot si Nad ni." ucap Ad pula.

"Ian dan Kimi, kemari sekejap." panggil Cikgu Izmie membuat mereka semua memandang guru itu serentak.

"Kenapa tu?" tanya Maisarah.

"Eleh kepochi betul kau ni. Ha Muqri, cuba kau selit kat sana. Mana tau ada informasi." ucap Ad selamba.

"Halah korang ni dua kali lima jer.. Tunggu lah mereka berdua datang baru kita tanya." ucap Syahzwan.

Dalam beberapa minit Ian dan Kimi datang dengan riak risaunya.

"Ad dan Sya korang nak ikut tak? Kami nak tengok Nad ni." tanya Kimi.

"Nak tengok buat apa? Suruh lah minah kutub tu datang sini." balas Sya malas walaupun dirinya hairan dengan riak wajah kedua jejaka itu.

"Ikut jer, jangan banyak soal." Ian langsung menarik tangan Sya.

"Weh aku nak ikut juga!" Maleq langsung berdiri mengikuti langkah mereka semua.

"Kitorang tunggu kat sinilah, nak jaga gambar² ni." ucapan Maisarah mendapat anggukan dari kedua temannya.

"Erm aku juga lah.. Manalah tau ada pengumuman nanti." kata Syakir lalu menarik Syahzwan dan Shahreal untuk menunggu dengannya.

"Eh korang dua dengan aku lah, tak akan nak biarkan aku duduk dengan tiga minah gila ni." rungut Syakir.

"Heyy kitorang dengar tau!" marah Husna.
.
.
.
.
.

"Thariq? Mana Nad?" tanya Ad hairan melihat Thariq yang sedang duduk diluar ruang rawat sekolah.

"Di dalam.." balas jejaka itu perlahan sambil menunduk.

Dengan cepat Sya dan Ad masuk ke dalam bilik.

Mata mereka tertancap pada seorang gadis yang mengunyah keropok Lays di atas katil ruang rawat.

"Hei kau ni buat takut aku jer! Aku kira kau dah kena makan jembalang tadi." ucap Ad kesal melihat muka selamba Nad.

"Ehem, tolong perlahankan sedikit suara korang itu." seorang jururawat sekolah elit itu datang membawa beberapa barang membersih luka.

"Kenapa dengan kawan saya sus?" tanya Sya mendekati Nad perlahan.

"Sus apa pula kau ni?" tanya Ad hairan.

"Susej, suster lah bongok!" balas Sya.

"Terlalu banyak tengok sinetron kau ni." bebel Ad.

"Nasib baik pecahan kaca tu tak terlalu dalam. Jadi hanya luka sahaja dan tak perlu dijahit. Memandangkan saya dah cabut semua pecahan kaca itu, sekarang kita bersihkan dulu dan balut ye." jelas jururawat perempuan itu panjang lebar.

Nad hanya mengangguk lalu membiarkan jururawat itu melakukan kerjanya.

Dah diberi makanan, apa nak bising pula.

"Apa jadi Nad? Kau main kat mana sampai serpihan kaca cium belakang badan kau ni?" tanya Sya.

Mukanya berkerut pedih melihat luka² yang masih merah di belakang badan sahabatnya.

"Tak sakit ke Nad?" tanya Ad juga berkerut.

Akak nurse ni tonyoh² kapas tu macam ada dendam jer, muka si Nad ni pula macam akak ni belai dia pula.

"Tak ada soalan lagi bodoh ke?" balas Nad.

"Yelah, asal tak tanya jer luka si Nad ni berdarah ke tak?" loya buruk Sya mulai keluar.

"Tak berdarah pun, keluar nasi ja." balas Ad tidak mahu kalah.

Sibuk mereka bersembang sambil mencuri makanan Nad, akhirnya jururawat itu selesai lalu pergi.

"Asal kau belum mati? Dah kena tikam sekarang kena kaca lagi. Penat malaikat izrail tu tengok kau yang main cicit dengan maut ni. Rasa nak cabut nyawa kau tapi belum masanya pula." bebelan Ad sangatlah tajam namun Nad tetap lah Nad.

Dia hanya mendengar.

"Siapa yang buat kau macam ni? Nasib dah nak habis camping." ucap Sya perlahan mengusap balutan dibelakang badan Nad.

Mereka sudah menggunting belakang baju T-shirt gadis itu untuk memudahkan kerja.

"Perlahan-lahan.." ucap seseorang yang keluar dari balik langsir pembatas ruang rawat.

"Eh Zieme? Kaki kau patah ke?" tanya Sya hairan.

"Kaki dia tercucuk kaca juga." balas Ian.

"Kau Zieme ke?" sinis Sya membalas.

"Dahlah, jangan gaduh." ucap Kimi perlahan pada Ian yang siap sedia membalas.

"Sial! Nad kau okey ke? Aku dengar cerita Thariq tadi." Maleq yang tiba² masuk bersama Eroz dan Thariq menghampiri mereka.

"Cerita apa?" tanya Sya.

"Katanya yang buat mereka berdua macam ni, Ray." jawab Maleq.

"Shit, kat mana manusia setan tu?" Ad sudah berura-ura ingin keluar bersama Sya untuk mencari Raykal.

"Jangan risau, Fariq dah tangani masalah ni." halang Eroz. Lagipun sudah malam dan dia tidak mahu terjadi sesuatu pada Ad.

"Tak apa, biar cikgu yang tangani masalah ini." ucap Kimi cuba menenangkan.

"Heh, kalau pihak sekolah dapat handle, tak mungkin beberapa tahun dulu dia boleh terlepas." gumam Sya sinis.

"Aku minta maaf tak boleh lindung kau. Malah kau lindungi aku." akhirnya Thariq membuka suara. Muka kelihatan serba salah melihat keadaan Nad.

Nad turun dari katil.

"Nevermind. Kau sahabat aku, aku patut lindungi kau. Maleq, minta jaket kau." balas Nad lalu memandang Maleq.

Jejaka itu pantas membuka jaket navy blue miliknya lalu diberi kepada Nad.

"Luka aku tak teruk mana. Jangan bebankan fikiran kau, aku tak suka tengok kau macam tu." ucap Nad lagi sambil memakai jaket besar itu.

Langkahnya menuju pintu keluar lalu dibuka.

"Sorry, aku balik awal dari korang. Maleq nanti aku pulangkan jaket ni kat kau."

"Aku ikut kau!" Sya langsung mengikuti langkah Nad.

"Eh tunggu maknyah!" Ad juga keluar dari ruang itu.

















Vote and comment<3

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now