Bab 64

1.9K 179 23
                                    

Mereka berhenti berjalan.

"Kau orang pergi dulu lah. Ambilkan kami tempat okey!" ucap Sya pada Maleq yang juga berhenti.

Mereka mengangguk setuju.

"Nad, okey ke?" tanya Zieme setelah menyuruh Thariq pergi.

"Okey." balas Nad singkat lalu berjalan dengan selamba, menuju ke arah beberapa orang guru dan dua orang gadis.

"Saya panggil Nad saja." ucap Cikgu Izmie.

"Nama kami pun Nad juga." loya buruk Ad mula keluar.

Cikgu Izmie mengeluh lalu memandang muka gadis yang melapor padanya tersebut. Sejujurnya dia tidak percaya namun mereka memaksa.

"Kamu yakin Nad yang ambil?" tanya Cikgu Izmie lagi.

"Hurmm iya." gadis itu mulai ragu apabila memandang muka Black Rose'.

"Begini, gadis ni beritahu bahawa duit dia hilang, sekitar lima ratus dan sebuah gelang emas putih." beritahu Cikgu Hawa cuba berbasa-basi dengan ketiga gadis itu.

"So?" tanya Ad.

"So korang nak kata Nad yang ambil?" tanya Sya pula.

"Bitch." maki Ad lalu mata tajamnya memandang gadis itu atas bawah membuat keduanya kaku.

"Ad! Jangan cakap macam tu lagi!" amaran Cikgu Izmie diendahkan oleh Ad.

"Nyenyenye.. Saya tak sebut nama dia pun. Maknanya saya tak maki dia. Kalau dia terasa mungkin dia.. Hurmm yang dimaksudkan." balas Ad lalu memeluk tubuhnya.

"Straight to the point." ucap Nad memandang bosan ke arah guru lelaki itu.

"Kata dia, orang terakhir yang dekat dengan dia adalah kamu. Dia sempat peluk kamu kan? Kamu lebih baik jujur agar tak ada masalah yang timbul." ucap Cikgu Hawa lagi.

Balasannya hanya sebuah tawa tiga rakan tersebut. Mentertawakan tuduhan bodoh yang dilakukan orang kepada mereka.

Nad melangkah ke hadapan lalu memandang dingin kedua gadis tersebut.

"Aku tak kesah kau tuduh aku pembuat masalah, tapi aku benci sebencinya orang yang tuduh aku sebagai pencuri. Lima ratus ringgit? Digit sekecil itu aku nak curi?" pandangan Nad menajam. Tangannya menyeluk poket seluar hitamnya.

Terbeliak mata mereka melihat lembaran yang tidak sedikit keluar dari poket seorang Nad.

"Carilah duit kau yang mana kat situ." arah Nad lalu duit berkepuk dilempar mengenai bahu gadis tersebut.

Jikalau tidak diikat mungkin sudah bertaburan duit tersebut di atas lantai.

"Nih ada lagi. Carilah. Kalau tak tepat, aku sumbat duit tu dalam mulut busuk kau." sekali lagi setumpuk wang yang sudah diikat menggunakan kertas dibaling pada gadis itu mengenai mukanya.

Jika diagak pasti melebihi tiga ribu ringgit.

"Ge.. Gel.." tergagap gadis tersebut saat senjatanya memakan diri sendiri.

"Gelang emas putih?" tanya Sya lalu gadis itu mengangkat lengan baju yang menutup pergelangan tangannya.

Memperlihat beberapa perhiasan pada pergelangan tangannya.

"Sorry yang mana ya? Gelang emas putih kau tu? Tapi sorry again Nad tak mungkin ambil barang mur.. upss!" sinis Sya berucap. Senyuman mautnya terlihat.

"Sekarang buktikan.. Nad ada ambil barang kau ke?" tanya Ad tersenyum sinis. Hah dia puas.

Checkmate.

Tidak tahu ingin menjawab apa.

"Kamu bertiga jangan menghina dia." ucap Cikgu Hawa lalu mengusap belakang badan gadis itu yang sudah tertunduk menangis.

"Aip! Kami tak hina, ini kebenaran. Don't play like a victim you motherfucker." mulut leser Ad membuat gadis itu tambah menangis.

"Adriana Adween!" panggil Cikgu Izmie memberi amaran.

"Ya sayangku Cikgu iblis." sahut Ad selamba.

Adegan itu bukan disaksikan oleh mereka sahaja, namun hampir separuh peserta melihat adegan tersebut.

Seketika mereka berjanji tidak mencuba mengenakan Black Rose'.

"Lain kali nak fitnah kami, fikir manis² dulu ye." sindir Sya.

Nad mengambil duitnya lalu dimasukkan ke dalam poket seluar. Beberapa lembar wang yang agak banyak diletak pada tapak tangan gadis itu.

"Ambil ni." Nad mengetatkan genggaman gadis itu pada lembaran wang yang diberi. Menarik gadis dari sekolah Golden Highschool itu mendekat lalu berbisik padanya.

"Poor you, senjata kau belum boleh tanding dengan senjata aku. So, don't try to play this dumb prank again. Lagi² dengan orang macam aku. Kami tak main² kalau nak belasah orang." bisik Nad lalu pandangannya tepat pada muka memerah gadis itu.

Mereka berjalan meninggalkan tempat itu. Melewati Cikgu Izmie.

"Okay korang jangan buat macam tu lagi kat orang. Bincang baik² tau. Dia yang malu nanti." nasihat guru muda itu.

"Nyenyenye.." ejek Sya mengikuti gaya guru itu.

"Dan Ad jangan memaki macam tu lagi. Tak baik tahu." guru itu cuba mengabaikan ejekan Sya. Tahu benar keras kepala ketiga sahabat itu.

"Yoolahh." balas Ad malas.

Mereka pergi menjauh setelah mendengar bebelan berhikmah guru itu.

"Cikgu!" panggil Ad dari kejauhan.

"Ya Ad? Ada apa?" tanya Cikgu Izmie.

"Cikgu Iblis busuk macam Shit!" jerit Ad kuat.

"Adriana Adween!" berura² guru itu mengejar mereka.

"Boooo! Busuk! Nyenyenye.." ejek Sya juga.

"Aryana Nastasya!" jerit guru muda itu lagi.

Serentak mereka berlari ke kantin sekolah apabila Cikgu Izmie sudah membuka langkahnya.

Namun langkahnya terhenti apabila Nad memberhentikan langkahnya tiba² lalu berpaling.

"Bluwekk.. Iblis busuk!" ucap Nad lalu mengeluarkan lidahnya dengan kaku berniat mengejek guru itu.

"Yahh! Azreen Nadhim! Kurang ajar kamu!" Nad sudah berlari mengikuti langkah seribu Sya dan Ad menuju ke kantin.

Jadi jangan tanya kenapa Cikgu Izmie ingin resign tiba².

Mohon tabah guru muda nan handsome tersebut.















Memandangkan kami selow updatee, kami bagi triple updatee hehe..

Vote and comment<3

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now