Bab 31

3.8K 244 46
                                    

"Sya, Ad, mana seorang kawan korang lagi?" pertanyaan itu tidak habis² ditanya pada mereka berdua. Ad sudah mencebik dan Sya pulak menjeling menyampah. Bukan tak suka orang tanya pasal Nad tapi asal dorang nak menyibukkan diri pula. Tadi Pheonix sekarang cikgu baru yang mereka kenal semalam.

"Yang mana satu?" tanya Ad pura² tak tahu.

"Yang duduk tengah korang. Cikgu lupa nama dia. Erm..." kata cikgu itu mengingat kembali nama Nad.

"Yang hampir tumbuk cikgu tu? Nama Nad pun susah nak ingat ke." kata Ad memerli cikgu itu. Ad kalau tak sehari ejek atau perli orang memamg tak sah. Macam ada yang kurang gitu dalam hidup dia.

"Ada hal." kata Sya malas.

"Dia ada inform apa² ke? Atau ada hantar surat sakit?" tanya cikgu itu lagi. Kerana tiada yang melaporkan yang Nad tidak hadir hari itu.

"Dia ada ka-" kata² Kimi terhenti apabila Ad dengan cepat menghunus gunting dari bawah mejanya ke arah jejaka itu dengan mata yang membulat penuh amaran.

"Engko beritahu cikgu, tak pasal aku jadi kuchisake onna kat sini. Bukan kau je, korang berdua pun! Aku koyak mulut celupar korang kalau korang report kat siapa² terutama sekali pengetua kesayangan korang tu!" kata Ad perlahan namun penuh amaran. Gunting didekatkan pada Kimi dan dua rakannya membuat jejaka² itu mengundurkan badan mereka sambil mengangguk faham. Mata Ad masih memandang tajam tiga wajah berlabel kacak itu walaupun gunting miliknya sudah diletak diatas meja.

"Dari mana dia dapat gunting siot." kata Ian perlahan sambil memandang Kimi dan Zieme yang menggeleng tidak tahu.

"Lepas ni kau cek bawa meja dia. Mana tau ada senapang ke, monster ke dalam tu?" balas Zieme sambil mengurut dada terkejut apabila Ad tiba² mengeluarkan gunting dari bawah mejanya.

"Kenapa Ad, apa yang korang bisikkan?" tanya Cikgu Izmie memandang hairan Ad yang memandang tajam kearah Pheonix.

"Tak da apa². Ian nak pinjam gunting sebab nak potong janggut Kimi tu ha. Dah panjang katanya." kata Ad selamba. Mereka ingin membantah tapi kerana diberi pandangan tajam dari Ad mereka hanya mengangguk sambil tersengih.

"Nanti dia datang dia bagi tahu lah tu." kata Sya lalu dia berdiri diikuti Ad. Pheonix dan yang lain memandang hairan dua gadis itu.

"Takkan lah dah nak reha-" belum sempat guru itu menghabiskan ayatnya bunyi lonceng menandakan waktu rehat telah berbunyi. Dia menghela nafas berat lalu melirik kearah jam tangannya. Cepatnya masa berlalu.

"Kami tepat masa. Ciao!" kata Ad lalu berjalan mengikuti Sya yang sudah melangkah pergi. Sempat diberi amaran pada jejaka² yang masih terduduk itu. Tangannya diletak pada leher menandakan 'korang akan mati kalau korang bagitahu!'.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Mana lah budak Muqri ni? Dia ada masalah ke?" kata Ad sambil berpeluk tubuh. Bantal bercetak muka Grumpy Cat milik Nad dipeluk erat sambil bersandar menahan lapar.

"Sabar lah sikit kau fikir bangunan ni satu tingkat jer?" kata Sya sambil menyelongkar kotak² yang berada disitu. Bosan punya pasal sampai dia pergi baca semua surat² yang dikirimkan untuk mereka. Terkadang tergelak juga melihat ayat² berbunga dari surat itu.

Bunyi pintu pagar ditolak mengalihkan perhatian mereka berdua. Ad memandang hairan ke arah Muqri yang yang membawa satu kotak sederhana besar sambil tersengih bersalah. Matanya dari tadi melirik kebelakang.

"Ha datang pun kau. Eh! mana makanan aku?" tanya Ad memandang Muqri yang melangkah ka arah mereka sambil menggaru kepalanya. Kotak berwarna kuning cair itu diletak tepi. Dia ingin membuka bicara namun seseorang tiba² mencelah.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now