Bab 37

3.6K 234 33
                                    

"Kau boleh diam tak?!" bentak seorang lelaki sambil memandang tajam gadis muda berpakaian terbuka yang terisak di kerusi penumpangnya.

"Encik. Hiks! Tolong lepaskan. Hiks! saya." rayu gadis itu dalam tangisannya.

"Lepaskan? Aku beli kau mahal dari tauke tu tau tak! Hish! Ni semua sebab pakcik tua tak guna tu lah! Kalau tak sempat aku rasa budak tu! Sial!!" lelaki itu marah² tak tentu pasal sambil memukul steering keretanya. Nampaknya dia separuh mabuk kerana bau arak memenuhi ruang kereta itu.

"Hoii! Macam ni ke layanan kau! Menangis? Kau nak aku report dekat boss kau?! Hish kenapa aku tak sewa yang berpengalaman ja? Menyusahkan betul!" sambung lelaki itu dengan bentakannya.

Namun perbuatannya ingin menampar gadis itu terhenti akibat ketukan dari tingkap hitam keretanya...

Tok! Tok! Tok!

"Apehal?" katanya dengan nada perlahan apabila seorang gadis yang menjadi pandangannya. Gadis berambut pendek dengan wajah tanpa ekspresinya.

"Boleh keluar sekejap?" tanya gadis itu tanpa nada.

"Kenapa? Aku ada hal ni. Atau kau nak ganti dia.." ucap lelaki itu meleret seraya memandang gadis itu atas bawah. Gadis tersebut memberi pandangan selamba kepadanya seperti tidak terkesan dengan kata²nya.

Dengan pantas lelaki yang bergelar dokter itu melangkah keluar daripada kereta. Matanya tepat memandang gadis berbaju Hoodie hitam beserta seluar trek hitam. Nampak macam bukan orang pergi club ja.

"Nama apa adik manis? Cari abang kau ke kat club ni? Atau pelacur baru?" ucap lelaki bernama Arsyad itu sambil memandang seorang gadis yang tak lain tak bukan ialah Nad.

"Just remember my name, Reen." tanpa basa basi Nad menendang perut lelaki itu hingga Arsyad terjelupuk jatuh ke tanah.

Orang² yang berada di belakang club hanya memandang tidak kesah lalu membuat hal masing². Seperti sudah biasa melihat orang bergaduh di sana.

"Apa masalah kau ha?! Uhuk!" terbatuk² lelaki itu apabila di rasakan senak pada perutnya. Dia bangkit sambil berpegang pada pintu keretanya.

"Kau yang cari masalah." balas Nad selamba.

"Aku tak kenal kau lah!" jeritnya kuat. Membuat kegiatan orang² di sana terganggu. Mereka berlalu pergi membuat kawasan itu agak sunyi.

"Shuut! Diam boleh tak?" perlahan Nad mengusap telinganya apabila lelaki itu menjerit seperti maknyah.

"Maybe kau tak kenal dia, tapi aku pasti kau kenal aku." Ad berjalan di sebelah Nad sambil berpeluk tubuh. Membuat dokter itu menayangkan ekspresi terkejutnya.

"Kau?! Adriana?" terkejut bukan kepalang dia apabila gadis itu mengetahuinya berada di tempat kotor tersebut. Boleh hancur reputasinya sebagai dokter.

Lelaki itu tersungkur jatuh tepat di hadapan Ad dan Nad akibat tendangan Sya yang berada di belakangnya.

"So ini lah mamat muka filter yang try nak raba kau Ad?" tanya Sya. Memandang lelaki yang di anggap berbeza jauh dari kekacakan Maleq.

"Aku malas nak berlama kat tempat kotor penuh maksiat ni. So aku warning kau, jangan cuba sentuh Ad." Nad memandang tajam Arsyad sambil menggenggam kolar baju lelaki itu membuatnya hampir tercekik. Namun tiba² saja lelaki itu menumbuk Nad tidak terlalu kuat. Membuat gadis itu tertoleh ke kiri.

"Korang siapa nak warning aku?! Kau fikir aku takut lah dengan ancaman budak sekolah macam korang ha?!" penuh emosi lelaki itu menolak Nad sekuat hati membuat gadis itu hanya melepaskan genggamannya.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now