Bab 63

2K 177 15
                                    

"Okey boleh bergantian tempat." arah guru itu lalu mereka mula melakukannya.

"Masa untuk balas dendam, hahahaha!" ucap Maleq sambil tertawa jahat. Sya memandangnya jengkel.

"Balas dendam apa pula? Kau tak kena kan?" ucap Sya pelik.

"Untuk Thariq lah." ucap Maleq yang menunjuk kearah Thariq yang dari tadi merengek di tepi Nad.

Sadisnya gadis itu langsung tidak menghiraukan gelagat Thariq kerana sibuk bercerita dengan Ad.

"So, siapa yang akan baling bola ni?" tanya Sya.

"Kau, aku, Maleq dan Syakir." ucap Ian lalu dibalas anggukan Sya.

Permainan dimulai.

Semangat Maleq kembali berkobar apabila dapat menjatuhkan satu lawan dengan sekali balingan. Itupun orang tersebut hampir menangis.

Tetapi Maleq tetaplah Maleq, jejaka itu tidak kisah melihat muka memerah gadis tersebut.

"Yahh Squidward! Baling tu betul² lah! Jangan kat aku pula!" marah Sya pada Ian.

"Aku bagi kau bola tu lah bengap! Keturunan Patrick Star macam kau memang semulajadi takda otak eh?!" Ian diseberang sana mula membalas.

Manakala pihak lawan mula bingung dengan keadaan tersebut. Ni nak main ke, nak gaduh ni?

"Yes kena!" Syakir membaling bola tersebut sehingga mengenai dua orang yang sibuk mendengar pergaduhan dua manusia yang tak tahu erti mengalah itu.

"Dah lah!" seorang murid yang berada ditengah cuba menghentikan pergaduhan mulut Ian dan Sya.

"Kau diam lah!" Sya dengan sebelah tangan melempar bola itu tepat mengenai betis pelajar tersebut sehingga dia dinyatakan keluar.

"Kau tu yang diam!"

"Aku cakap dengan dia lah bengap!"

"Kau tu yang bengap tahap infiniti!"

"Fokus lah dua ekor!"

"Kau diam penjaga neraka!"

"Nama dia Maleq!"

"Suka hati aku lah nak panggil dia apa!"

"Diam lah Syakir!!"

"Woi aku tak cakap apa pun! Asal kena pula? Bunoh lah aku kalau macam ni!"

Dengan pergaduhan mereka yang mengambil masa 5 minit itu, tanpa sadar mereka mengeluarkan separuh dari ahli kumpulan tersebut.

"Whattafish, gaduh² pun boleh menang eh?" terkejut Fariq melihatnya.

"Kau tak tahu ke Ian tu atlet semua sukan. Maleq setahu aku, dia ambik acara lontar peluru and lembing. Sya.. Pemain bola tampar. Syakir tu tak tahu pula. Tapi dari skill dia boleh tahan juga." jelas Taufik sambil menekan² perutnya.

Fariq hanya mengangguk faham. Patutlah.

"Baiklah murid²! Pusingan pertama ini dimenangi oleh kumpulan Zieme! Mohon peserta untuk pusingan kedua." ucap seorang guru melalui mikrofon.

Ad yang mendengar itu sudah menari² sotong dihadapan Sya.

"Pasti kita boleh menang yuhuuu~" riang gadis itu berucap sambil mengoncang tangan Nad.

Ingin Nad mengikuti tariannya juga tetapi hanya dipandang sebelah mata seperti crush memandang anda haha.

"By the way, Eroz macam mana?" tanya Sya sambil mencari kelibat Eroz.

"Oh tu dia. Katanya tak ada yang perlu dirisaukan, dia kena nose bleed biasa ja." ucap Ad selamba. Nad dan Sya mengangguk faham.

"Dah jom duduk sana." ajak Nad dan kedua rakannya mengangguk setuju.

Namun langkah mereka terhenti apabila seorang gadis berdiri tepat di hadapannya.

"Wuish mak kau!" latah Ad. Terkejut tiba² seseorang berdiri di hadapan mereka, nasib baik tidak terlanggar.

"Janji?" gadis itu menagih janji sambil senyuman penuh berharap diwajahnya.

Dengan selamba Nad mendepa tangannya lalu gadis tersebut meluru ke arah Nad. Membalas pelukan itu.

"Wowowo.. Dah." Ad menarik gadis tersebut dari pelukan Nad. Kaca matanya tidak dapat menghalang pandangan cemburu Ad.

Beberapa orang lagi datang memeluk Nad. Walaupun sekejap kerana pandangan Sya yang begitu tajam dan Ad yang membesarkan matanya.

Manakala Nad tidak kesah, hanya sebuah pelukan kan?

"Nad.." tegur Sya apabila memandang sesuatu. Nad memberi isyarat untuk diam.

Beberapa jam kemudian, section ketiga telah tamat dan pemenang pasti sudah diketahui oleh mereka semua.

Kumpulan di mana berkumpulnya para pembuat masalah di sekolah.

Siapa lagi kalau bukan kumpulan Black Rose'.

Pada section keempat pula mereka mendapat tempat ketiga kerana pertengkaran Thariq dan Ray tak dapat dielakkan di tengah padang.

Yang menjadi penengahnya terpaksalah seorang Zieme kerana dia bertanggungjawab sebagai ketua disitu.

"Semuanya salah kau!" marah Thariq.

"Kau yang salah!" balas Ray. Revan memegang bahu sasa jejaka itu. Takut dia melakukan hal tidak terjangka. Emosi Ray tidak seratus peratus boleh di kawal apalagi berhadapan dengan musuh ketatnya Thariq.

"Dah lah Thariq jom duduk dulu." Fariq mencoba menenangkan Thariq. Tahu benar perangai sepupunya Ray.

"Dapat nombor tiga pun okeylah." ucap Eroz selamba. Tangannya diletak dibahu Ad berpura² kepenatan.

Tetapi dua jejaka keras kepala itu masih bergaduh. Ray menolak bahu Thariq membuat jejaka itu panas hati.

Belum sempat membalas satu suara menghentikan mereka.

"Hoi anjing! Diamlah tak penat ke ha?" pertanyaan Nad membuat mereka terdiam. Muka dingin gadis itu membuat mereka berdua segan untuk bertekak mulut dihadapannya.

"Kena panggil anjing baru nak diam." bebel Sya. Gadis itu menyiku Nad tiba².

"Apa Sya?" tanya Nad malas.

"Kau tak perasan ke?" Sya membalas dengan pertanyaan.

"Perasan apa?" balas Nad juga. Saling bertanya.

"Perempuan dari Golden Highscool tu yang peluk kau. Dia masukkan sesuatu dalam.. poket kau." jelas Sya. Nad hanya mengangkat bahu.

"Ke arah Barat, dia berjalan nak jumpa cikgu. Kau dapat tangkap tak Nad?" bisik Ad disebelah kiri Nad. Melirik pada seorang gadis.

"Kau dah sedia barang?" tanya Nad pada Ad.

Ad memasukkan sesuatu pada poket kiri Nad. Mereka masih berjalan mengikuti kumpulan mereka menuju ke kantin untuk berehat.

"Banyak nau." ucap Sya lalu melihat Ad.

Ad hanya tersenyum sinis.

"Let's see apa pemfitnah ni boleh buat kat aku." ucap Nad datar namun terselit nada sinisnya.

"Haih hidup ini penuh lakonan kan?" pertanyaan Sya mendatangkan ketawa kecil dari Ad dan senyuman dari Nad.
.
.
.
.
.

"Azreen Nadhim!" suara Cikgu Izmie bergema memanggil nama Nad.










Bersambung..

Vote and comment<3

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now