Bab 34

3.6K 241 32
                                    

Ting!
Ting!

Ad menoleh ke arah telefon pintarnya yang terletak di atas meja biliknya. Tangan masih menyusun buku² ilmiah mahupun novel pada rak yang baru dipesan dari syarikat perabot Nad sendiri.

"Tengok lah, mana tahu benda tu penting." kata Dafie yang turut berada di situ, membantu adiknya mengemas. Biliknya? Sudah terkemas, biasalah barang lelaki ni sikit ja. Dia memandang Ad yang hanya menggeleng.

"Paling² Eroz hantar stiker tak guna dia." jawab Ad selamba lalu duduk di kerusi. Dia sudah selesai. Hampir malam juga mereka kemas rumah, belum lagi datang barang baharu yang mereka pesan.

Ting!
Ting!
Ting!

Telefon itu berbunyi lagi, mendatangkan hembusan nafas kasar milik Ad. Dafie memandang adiknya kembali.

"Baik kau jawab." kali ini arahan yang diberikan. Ad berjalan malas ke arah meja belajarnya. Lalu mencapai telefon yang bergetar akibat notification. Badan direhatkan pada birai katil seraya membuka kekunci pada telefonnya.

"Apalah Eroz ni, macam tiada orang lain nak ajak borak. Suruh cari awek tak nak. Nak jugak menyempit dalam hidup aku." bebel Ad perlahan. Dafie yang mendengarnya hanya menggeleng memahami perangai dua rakan seperjuangan itu.

Ad membuat muka malas melihat tiga notification daripada 'Eroz Herman Gay' dan dua dari nombor yang tidak dikenali. Ya, jangan salahkan Ad save contact macam tu.

Eroz, menolak 19 orang gadis yang dikenalkan oleh Ad untuk menjadi girlfriendnya. Sehingga seorang Ad berfikiran bahawa Eroz suka lelaki. Mungkin dia boleh kenalkan Bang Joy pada Eroz? Aip! Tapi lelaki tu dah tua. Nanti² lah Ad fikir.

Sekarang matanya tertancap pada satu nombor yang tak dikenali. Setahu Ad, dia tak pernah pula bagi nombor dengan sesiapa. Jari runcingnya menekan nombor tersebut memaparkan laman perbualan.

'Hai. Open this..'
[video]

Tanpa berfikir panjang Ad menekan video tersebut. Tidak takut virus, kerana telefonnya mempunyai pengamanan yang ketat.

"AAARRRGGHHHH!!" telefon tersebut dengan spontan Ad baling ke arah lantai. Jeritannya membuat Dafie yang berada di situ terkejut lalu dengan cepat mendekati adiknya.

Dafie memeluk tubuh Ad yang sudah mengigil. Matanya berkaca menampung air mata yang akan mengalir. Tangan sejuknya digenggam oleh Dafie yang terlihat sangat khawatir.

"Kenapa? Kenapa Ad? Apa jadi ni?" tanya Dafie perlahan sambil mempereratkan pelukannya. Terdengar sedikit isak tangis Ad di balik dadanya. Tubuh Ad benar² bergetar ketakutan. Wajahnya berkerut memandang ke arah telefon yang dibaling oleh Ad.

Dia meleraikan pelukannya perlahan sambil memandang wajah sembab adiknya. Air mata gadis itu masih mengalir dengan bibir yang bergetar. Ekspresi wajah takut sangat terlihat.

Perlahan Dafie bangun tanpa melepaskan pegangan tangannya pada Ad. Sebelah tengannya mencapai telefon pintar yang sudah tergeletak di atas permukaan lantai.

Dia memandang telefon berjenama IPhone 11 milik Ad dengan serius. Tidak menghiraukan retakan kecil pada sudut telefon itu. Matanya menatap serius pesanan daripada nombor yang tidak diketahui sambil mengusap perlahan tangan adiknya. Seketika mata tajam itu agak membulat memandang satu video berdurasi satu minit yang dikirim oleh nombor tersebut.

Video seorang badut sedang memegang pisau lalu tersenyum mengerikan. Ya, badut ketakutan terbesar Ad. Rahang si abang mengeras menahan marah, dia menutup mulutnya rapat agar tiada kata² kesat mahupun kasar yang terkeluar dari mulut itu. Lagi² dihadapan si adik yang keadaannya sedang ketakutan seperti ini.

[OG] The Black Rose'Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon