Bab 79

1.3K 176 11
                                    

"Okey peperiksaan akan bermula beberapa minit lagi. Sya, Ad mana Nad? Peperiksaan ini agak penting kerana akan direkodkan lalu diberi kepada ibubapa masing²." tanya Cikgu Izmie lalu memandang kedua gadis itu.

"Kejap lagi datang." serentak gadis itu menjawab.

Guru muda itu hanya mengeluh lalu memanggil seorang murid untuk memberi kertas ujian.

"Bagi aku dua." Sya mengambil dua kertas ujian daripada budak lelaki itu.

"Awas kau kalau beritahu cikgu." ancam Sya perlahan. Pelajar itu mengangguk laju lalu berjalan kearah Ad yang berada dibelakang Sya.

"Ingat tu." bisik Ad perlahan.

Dia faham apa yang akan dilakukan oleh Sya.

Dengan selamba Sya menulis nama Nad pada salah satu kertasnya.

Ya, dia akan menjawab soalan Nad. Tidak akan dibiarkan temannya itu mendapat result yang teruk.

Walaupun mereka masih tidak bertegur sapa, dia tetap prihatin terhadap rakannya. Lagipun dia sedar yang ini bukan salah Nad.







"Kau ada tulis nama Nad sebagai pelajar tidak hadir?" tanya Ad serius.

Tangannya menggenggam kolar pelajar lelaki atau lebih tepat ketua kelas mereka.

"Tak.. Tak.. Aku tak tulis pun. Aku tanda dia kat tempat pelajar hadir." balas pelajar itu gugup.

Ad memang boleh diajak bermain namun jika dia mulai serius akan terlihat menyeramkan.

"Bagus, kalau Nad tak hadir lagi. Kau tulis ja dia hadir. Faham tak?" ucap Ad lalu melepaskan kolar baju si ketua kelas.

"Baik baik.." ucap jejaka itu lalu menyelip pergi diantara pelajar lelaki yang berdiri dibelakang Ad.

"Ad." panggil seseorang.

"Kau nak apa?" tanya Ad tidak memandang Sya yang berdiri dihadapannya.

Dia masih sakit hati kerana Sya.

"Aku nak bincang dengan kau." ucap Sya

"Berdua." katanya lagi lalu memandang pelajar-pelajar lelaki yang berdiri dibelakang Ad. Mereka semua adalah temannya Eroz yang juga mengenali Ad.

Jadi wajar jika Ad bergaul dengan mereka.

"Okey.. Btw, korang boleh ke kantin, nanti aku datang." ucapan Ad mendapat anggukan setuju dari mereka lalu para jejaka itu berlalu pergi.

"So?" tanya Ad perlahan.

"Aku hairan kenapa Nad tak hadir beberapa hari ni. Aku takut dia ada masalah jer." kata Sya perlahan.

"Hmm.. Aku pun sama. Selama dia tak hadir ni aku akan suruh ketua kelas tick nama dia sebagai hadir." ucap Ad pula.

"Kertas soalan dia biar aku yang jawabkan." Sya bersandar pada dinding lalu memandang Ad.

Sangat terasa aura dingin diantara mereka, namun demi temannya yang seorang itu sanggup menurunkan ego untuk berbincang.

"Kau jawab sebelum rehat, aku jawab selepas rehat." cadang Ad.

Sya mengangguk setuju.

"Deal?" Ad menghulur tangannya untuk perjanjian.

"Deal." belum sempat Sya menjabat tangan Ad, seseorang memanggil.

"Sya! Hey beb what are you doing here?" Selena terkedek² mendekati Sya.

Matanya menjeling Ad.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now