Bab 62

2.8K 209 94
                                    

Thariq memandang tajam bahu Nad. Bahu kiri itu dipandang. Budak tak guna tu pegang sebelah situ kan?

"Apahal pandang aku?" tanya Nad datar. Mukanya dingin memandang Thariq.

Tanpa kata Thariq menghidu bahu Nad. Gadis itu langsung memandang hairan Thariq.

"Gila ke?" tanya Nad datar.

"Aku hidu bau busuk dia kat bahu kau. Ini tak boleh dibiarkan!" jawab Thariq.

"Nanti minta minyak wangi Fariq, sudah selesai." balas Nad pula.

"Ahh tak boleh jugak! Readers ship kau dengan dia! Aku tak suka!" tolak Thariq. Fariq sudah mengangkat mukanya memandang dua insan itu.

"Hoi!" lantas tumbukan kuat dihadiahkan pada perut Thariq apabila jejaka itu spontan memeluk bahunya.

"Dah jom kita pakai minyak wangi aku aje, minyak wangi dia murah." ucap Thariq lalu menarik Nad.

Fariq memandang perfume Dior Sauvage miliknya. Minyak wangi seharga Rm 600 lebih itu terlalu murah kah? Dia saja bawa yang murah sikit, tak nak pula dikata menunjuk.

Thariq sempat tersenyum sinis apabila lalu dihadapan Ray. Apa yang lelaki itu boleh buat? Nehi! Haha!

Mereka semua mengikuti langkah dua insan itu memandangkan tidak lama lagi round ke dua.










"Sudah Thariq Adham." arah Nad apabila jejaka itu terus menerus menyembur minyak wangi pada bahunya.

"Shit, dah lah minyak wangi kau ni bukan main harganya. Janganlah membazir bangang!" Ad menolak tangan Thariq.

Thariq hanya mencebik sambil menutup penutup botol Clive Christion No.1 Pure Perfume miliknya.

"Halahh nanti aku beli lah. Sekarang Nad bau macam aku hehe." ucap Thariq.

"Patutlah dia cakap perfume kau murah. Rupanya harga perfume dia ada empat digit. " bisik Muqri kepada Fariq. Jejaka itu hanya mengangguk.

"Aku suka bau perfume Fariq." komen Nad. Fariq sudah tersenyum bahagia.

"Alahhh! Kenapa pula?" tanya Thariq tidak puas hati.

"Suka hati aku lah." balas Nad.

"Nad tak suka sebab perfume dia pun tak mahal mana. Sekaya mana pun dia tetap tak beli perfume. Pakai aku punya pula tu." ucap Sya sambil mencebik.

"Ta—" belum sempat Ad bersuara, seorang guru sudah mengumumkan sesuatu.

"Minta perhatian semua murid kerana pertandingan akan dimulakan tidak lama lagi. Baiklah pemenang untuk round ke dua ialah kumpulan Alan. Semua peserta harap bersiap sedia." ucap seorang guru wanita.

"Alahh kumpulan Alan Walker tu pulak yang menang. Dahlah ahli mereka semua tu lelaki. Korang kena hati² tau." ucap Sya lalu memandang Nad.

Mereka serentak memandang enam orang lelaki yang juga dari tadi melihat mereka.

Senyuman sinis terukir pada wajah² kacak itu.

"Ergh muka fuckboy." gumam Ad.








"Eeeee... apani?!" jerit Maisarah apabila belakang tubuhnya diraba.

Buk!

Nad menolak lelaki itu hingga jatuh.

"Shit mereka ambil kesempatan dalam pertandingan ni. Kau dengan dia." Nad langsung menolak Maisarah pada Shahreal yang berdekatan dengan mereka.

Dia berlari mendekati Zieme kerana tahu dirinya dikejar.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now