Bab 33

3.8K 246 48
                                    

"Kau apehal Sya, dari tadi termenung? Teringat boyfriend?" tanya Ad memandang Sya yang merenung pintu keretanya. Sya berkelakuan pelik semasa masuk kembali ke kelas. Terkadang gadis itu berkerut, terkadang dia cemberut. Adakalanya juga Sya bercakap dengan diri sendiri, itu membuatkan Ad ingin mengheret sahabatnya ke Tanjung Rambutan kalau tidak pakar psikologi.

"Tak da apa² lah. Cuma aku fikir, aku ada basuh tangan tak tadi?" kata Sya cuba mengelak.

"Yahh! Tadi engko pegang² bahu aku tak basuh tangan lah?!" marah Ad sambil menolak bahu Sya yang terkekeh ketawa. Bahagia sungguh menyakat rakannya itu.

"Tak de lah. Eh! By the way, macam mana tu? Motor Nad ada kat sini lagi. Si Zaff tu kata nak hantar orang, mana orangnya?" Sya dan Ad memandang motor hitam milik rakannya yang tersadai di tempat parking berdekatan mereka. Kemarin mereka ada juga tengok pakcik guard post kat instagram yang dia bergambar dengan motor Nad. Siap caption 'Nak beli baru.'

"Kita tak banyak masa kalau nak tunggu orang tu, lagipun Bang Joy cakap sepupu dia tak boleh lama² sangat." kata Ad lalu melirik jam tangannya.

"Ye juga. Tak pa lah, Nad pasti mengamuk kalau tiada yang ambil motor dia. Dah jom kita pergi rumah tu. Bang Joy ada send location kan?" ucapan Sya mendapat anggukan daripada Ad. Namun belum sempat mereka berpaling menuju ke kereta masing² seseorang menegur.

"Weh awal ar balik. Lepas sekolah ni korang nak pergi mana? Jumpa boyfriend? Tak mungkin pulak, korang ni kan forever alone." perlian Eroz disambut dengan ketawa kecil milik Maleq dan Thariq. Mereka ni bukan satu geng tapi selalu sama².

"Forever alone konon. So kau tu? Single mingle triangle? Dah shuh balik sana!" balas Ad geram. Mamat ni baru ja tadi kata 'ad aku ada'. Sekarang mengutuk tak ingat dunia pulak.

"Korang nak pergi mana terburu² ni?" tanya Maleq lagi.

"Liang lahad." balas Sya malas. Tubuhnya dipusing ingin menuju ke kereta.

"Eh tunggu lah. Kitorang nak korang ikut pergi event petang ni." kata Thariq menghentikan langkah Sya dan Ad. Mereka berdua memandang tiga jejaka itu sambil berpeluk tubuh.

"Sorry lah, kami ada hal penting nak urus. Korang boleh lah bawa orang lain okey." tolak Ad.

"Alaa pergi mana pulak korang? Nad keluar petang kan, boleh lah ajak minah tu!" kata Maleq cuba memujuk dua gadis keras kepala dihadapan mereka.

"Tak akan lah keluar hospital terus pergi event bengap. Kau fikir minah tu nak ke?" kata Sya pula. Dia memandang jam tangan miliknya. Mesti tepat masa.

"Haah, aku masih sakit korang nak ajak pergi event pula." balas Nad yang memeluk bahu Ad dan Sya dari belakang.

Ya, itu Nad.

Serentak semua mata memandang kearahnya dengan pandangan terkejut. Ad memandang Nad atas bawah.

"Kau ni Nad ke?" soalan cepumas keluar dari mulut Ad.

"Tak aku klon dia, aku kan naruto." ucap Nad malas. Gadis itu berpeluk tubuh memandang hairan mereka semua yang terdiam. Asal? Aku dah mati ke semalam? Mentang² lah chapter sebelumnya aku takda.

"Weh macam mana kau boleh keluar awal ni? Bukan petang ke? Zaff mana?" tanya Sya bertubi² sambil memusing tubuh Nad.

"Aku dah sembuh aku keluar lah. Buat apa tunggu Zaff." kata Nad selamba dengan wajah datarnya.

"Nad! Huaa😭. Kau dah balik. Ak-" Thariq mendepa tangan sambil menuju ke arah Nad. Berniat ingin memeluk tubuh gadis itu. Namun Nad dengan pantas menahan bahunya.

"Dah tak payah nak drama kat sini. Kang readers ship kita pulak." kata Nad. Dia mengusap bahu Thariq yang kelihatan sangat hampa.

"Kalau bukan Zaff, siapa hantar kau kat sini?" tanya Eroz lalu memandang sekeliling.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now