Bab 81

2K 218 118
                                    

Sya melihat Nad dari jauh. Dirinya terkejut apabila melihat Nad keluar dari bilik pengetua.

Apa yang berlaku dengan Nad?

Dia juga mengikuti langkah Nad dan Ad yang naik ke kawasan mereka.

"Nad kau tak apa² ke?" Sya menghampiri Nad dengan wajah risaunya.

"Kenapa kau kat sini? Bukan kau tengah bersenang² dengan perempuan tu ke?" ucap Ad sambil menolak tangan Sya yang ingin menyentuh pipi merah Nad.

"Apahal kau ni Ad?! Aku risau dengan kawan aku tau!" marah Sya.

"Kawan kau?! Kau tinggalkan dia sendiri and kau masih nak panggil dia kawan?!" marah Ad juga.

"Hei kau tak sedar atau kau memang tak sedar diri yang kau juga tinggalkan dia! Hanya sebab rasa nak menang kau je!" balas Sya sambil manolak bahu Ad.

"Kau diam bodoh! Kau tu yang tak sedar diri!" Ad masih tidak mahu kalah.

"Sudah lah!" suara Nad meninggi. Membuat Ad juga Sya memandang Nad serentak.

Terkejut mereka melihat air jernih mengalir di pipi itu.

Bibir yang masih berdarah itu bergetar menahan amarahnya.

"Kau dan kau! Kau berdua sama sahaja!" ucap Nad kuat lalu menunding ke arah Sya dan Ad.

"Nad.." ucap Sya perlahan. Entah mengapa hatinya sakit melihat air mata sahabatnya.

"Kau diam! Haritu aku boleh diam! Sekarang tak! Korang berdua yang harus dengar cakap aku sekarang!" apa yang dipendam sudah terluah. Mata sayu itu memandang wajah orang yang disayanginya.

"Kau berdua ego! Bodoh! Kau Sya! Kau tak sedar ke kau digunakan ha?! Kau Ad! Sekarang kau dah menang! Kau rasa senang tak sekarang?!" bibir itu bergetar mengungkapkan rasa yang sudah membusuk dihatinya.

"Aku sudah cukup lama diam! Sebab aku sayang korang berdua! Sebab aku nak korang happy! Tapi tak sangka jalan yang korang ambil dapat hancurkan persahabatan kita. To be honest, apa yang korang buat tu kill me inside. Buat aku mempersoal kembali tentang persahabatan kita." luah Nad.

Dua gadis itu tidak dapat berkata² lagi. Orang yang selama ini diam mula memberitahu ketidakpuasan hati kecilnya.

"Nad aku minta maaf. Aku.." mata Ad sudah mengalirkan air mata.

"Korang nak aku mati dulu ke baru korang nak sedar ha? Aku dah beritahu berkali² tapi korang tak nak dengar! Baka! Aku sayang korang, sebab tu aku mengalah." ucap Nad.

"Nad hiks.. Nad.. Maafkan aku.." Sya sudah menangis. Menghampiri Nad kerana ingin memeluk gadis itu.

Buk!

Tumbukan yang tidak terlalu kuat mengenai pipi mulus Sya.

"Sekarang kau sedar tak?! Kau ni degil nak mampus tau! Baru sekarang kau tau yang kau dipergunakan ha?!" marah Nad.

"Hiks huaa aku tahu, aku bodoh.." Sya memegang pipinya sambil mengangguk.

"Hahaha bodoh!" Ad sedang ketawa sambil mengalirkan air matanya. Bahagia akhirnya Sya menyadari kebodohan gadis itu.

Buk!

"Auu! Woi!" Ad memegang pipinya lalu memandang Nad.

Kali ini Sya pula ketawa apabila Ad mendapat tumbukan free dari Nad.

"Kau pun kena sedar. Kau rasa bahagia tak menjauh dari kami? Happy ever after?" tanya Nad membuat Ad mencebik.

"Tak best sangat. Walaupun mom aku bagi perhatian, aku tak boleh buat apa². Tak bebas macam dulu²." ucap Ad agak kecewa.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now