Bab 89

1.8K 211 62
                                    

"Wehh! Korang bertiga ni nak pergi mana?" Namie yang  sedang berdating dengan Mia di atas sofa memandang hairan ketiga gadis itu.

Sya dengan baju sehariannya di rumah.

Nad dengan hoodienya sambil memegang helmet.

Ad pula berpakaian kasual. Ni mesti nak jumpa boyfriend dia.

"Aku nak tengok anak² aku depan rumah tu. Wahh! Indahnya weekend!" kata Sya lalu keluar dari rumah. Tidak sabar melihat bunga² miliknya.

"Macam biasa, beruk nama Eroz terlepas kandang dan tak ada kabar. So I'm gotta go! Bye!" ucap Ad sambil melihat jam tangannya. Secepat kilat gadis itu berlari keluar.

Namie pula memandang Nad yang juga memandangnya.

"Drive thru. Acik KFG." ucap Nad singkat.

"Asal KFG?"

"Sebab KFC tak sponsor cerita ni."

"Tu dah sebut."

"Shit, dahlah kau."

"Eh aku nak juga!" jerit Namie sebelum Nad meninggalkannya.

"Aku akan lambat sikit, mungkin aku akan makan kat rumah Ayah aku." gadis itu melanjutkan perjalanannya.

"Pelik lah budak tu, dahlah makan dengan Zaff mee goreng, makan dua biji wafel daripada Dafie, Ad bagi dia makan spaghetti dan Sya ajak dia makan nasi ayam. Tapi tak gemuk pun. Kau ni Mia makan satu biji wiskas pun gemuk." ucap Namie sambil mencucuk perut gebu kucing itu.

"Aduhh! Miaa! Asal nak marah?!" Namie memegang tangannya yang terluka akibat cakaran geram daripada kucing putih itu.
.
.
.

"What the F! Hoi Abu! Tak guna punya kucing! Asal kau bertinja kat depat rumah aku bangsat!" jerit Sya kuat.

Matanya memandang tajam kucing kelabu yang membalas pandangannya seperti tidak bersalah.

"Tak guna punya Abu! Kau dengan tuan kau memang tak berguna!" Sya mencubit² pipi tembam kucing jantan itu.

"Hoi Patrick! Asal kau menganiaya kucheng aku hah?" Ian yang melihat kejadian itu langsung mengambil kucing kesayangannya.

"Hey kau tengok apa kucing busuk kau buat! Dia buang air besar depan rumah aku!" balas Sya lalu menunjuk kotoran tersebut.

"Eh mana boleh tuduh²! Siapa tau itu Mia, kucing abang kau?" ucap Ian tidak puas hati.

"Eh tahi tu masih baru lah, si Mia dari tadi kat dalam rumah dengan Namie." Sya bercekak pinggang, terbantut acara bahagianya hari ini.

"Dari mana kau tau tahi tu baru? Kau taste eh?" Ian masih melindungi kucingnya.

"Ya Allah bodonye kau ni! Tengok pun dah tau lah! Kau nak aku baling kat kau ke?" ucap Sya geram, jejaka ini sengaja mempermainkannya.

Kan aku dah cakap, kucing sama tuannya itu dua kali lima sahaja! Suka cari masalah.

"Eh lek lah kau ni Patrick, kau siram air bersih juga nanti. Jangan lah marah² Abu." Ian mengusap kepala Abu yang berada digendongannya.

"Tak ada maknanya aku nak bersihkan najis kucing kau. Kau pergi bersihkan sendiri!" balas Sya masih tidak mahu kalah.

"Eh inikan rumah kau! Kau lah yang bersihkan!" Ian menggeleng pantas.

"Ini kotoran kucing kau bongok!" geram Sya jadinya.

"Dari mana kau tau itu najis dari Abu?" tanya Ian.

Sya terdiam sesaat sebelum melihat sesuatu.

Gadis itu tersenyum kemenangan.

"Tengok lengan baju kau." dengan pantas Ian meletakkan Abu dan memandang lengan kiri bajunya.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now