Bab 8

5.4K 269 8
                                    

Laju saja Nad berjalan ke rooftop Bangunan D. Bangunan yang jarang dilalui dan dikunjungi kerana terletak paling hujung dan kurang digunakan oleh pihak sekolah .

Di situ lah lubuk² kejahilan murid Antomn Grund Private School. Nama sekolah dah atom tu lah murid dia perangai macam bom atom. Dari dating, buli, merokok semua kat Bangunan D itu. Atau lebih tepat Bangunan Dendra.

Di sekolah ni  ada empat bangunan, Andra, Brendra, Cendra dan Dendra. Terdera lidah aku menyebut nya. Entah apa² nama bangunan tu. Lebih cantik dari nama orang.

*Okey back to our story*

"Apasal tak ada seorang pun yang faham perasaan aku. Arrgggghhhh! Benci lah!" jerit Nad.

Mahu saja dia terjun dari bangunan tu. Tapi Nad tau dia masih ada iman lagi.
Fikir orang jahat langsung takda iman eh? Aku ada okey. Masih tau bezakan halal dan haram mana satu.

Tiba-tiba bahunya terasa di tepuk perlahan dari belakang. Dia menoleh...

"Jadi kami, tak kan tak faham kau?" tanya Sya.

"Kalau korang dah lebih dari faham." kata Nad perlahan.

"Sebab tu lah kami ada kat sini dengan kau. Kalau tak dah lama aku pergi terhegeh² nak bermanja ngan mum aku dan  ikut semua cakap dia. Tapi in reality dengan cara ni jer mum boleh panggil aku, jumpa aku, cakap ngan aku. Hahaha.." Kata Ad

"Kita ni memang kurang kasih sayang kan." kata Sya

"Maybe..." Nad menjawab dengan selamba.

Tiba² saja tanpa sebarang arahan mereka bertiga ketawa . Pelik dengan percakapan sendiri.

"Ayat kau tu pelik sikit lah Sya."

"Antara kita tiga, Sya yang paling beruntung."

"Hah, apasal aku?" kening Sya terangkat sebelah.

"Kau ada abang yang sayang dan manja kan kau. Siap panggil babygirl pula tu." kata Nad.

"Ya lah. Kalau abang aku, nak bercerita pun macam tengah bergusti. Tak hingin aku bersayang-sayang ngan dia. Geli mak. Dia tu macam kutu. Nak gi ane pon tak olehhh~." kata Ad membuat suara gedik nya.

Sya dan Nad memandang jengkel Ad. Buat muka jijik.

"Tak sama eh? Sokey nanti aku practice lagi!" Kata Ad sambil mengunyah gula getahnya.

"Kalau abang aku pulak macam babi. Semua benda dia complain, semua dia nak report ngan bapak aku. Ha serasi lah Ad! abang kau kutu. Abang aku babi.Dan jadi lah kutu babi ." kata Nad selamba mengutuk abang nya.

Mereka bertiga kembali ketawa.

"Eh! By the way, dari mana korang tau aku kat sini? Korang kan jarang sangat datang pi tempat ni. Biasa lepak kat belakang bangunan Cendra tu jer." tanya Nad hairan.

"Alah senang jer nak cari kau."kata Ad sambil menunjukkan smartphone nya.

Nad mengangguk tanda faham yang di maksud kan oleh Ad. Hampir saja dia lupa bahawa rakan nya itu seorang penggodam di sebalik muka nerd nya. Gadis licik.

"Lupa pula aku dalam group kita ni ada hacker tak jadi." kata Nad selamba.

"Eh mulut kau tu jaga sikit eh! Aku hack mulut kau kang! Camsial punya kawan." kata Ad geram.

Nad dan Sya hanya ketawa melihat muka Ad bila marah.

"Aku tak buat lawak lah!" Ad mencebik.

"Alahai korang ni. Hilang tension aku." kata Nad.

"Ye kan! Nasib tak mati bunuh diri minum clorox ."

"Choi! Mulut kau Ad. Tanak aku Nad mati awal, at least tunggu lah dia buat pahala dulu. Tapi kita ada banyak lagi kerja jahat nak buat kan." Sya menunjal kepala Ad.

"Bodo! Kau nak makan penumbuk aku ke ha?" Nad menjeling tajam kearah Sya.

"Lek arr. Aku memain jer tadi. Ad yang doakan kau mati minum clorox. Aku tak amin kan okey." Sya angkat kedua belah tangan nya sambil buat muka innoncentnya.

"Eh aku pulak! Mana ada aku TERcakap jer! Bukan doa lah!"Ad menafikan kata² Sya.Protect diri sendiri.

"Tapi ucapan tu satu doa tau. Naa habis lah kau! Nad aku redha kau pukul dia."kata Sya tidak mau kalah.

"Doa aku takkan termakbul lah." Ad cemberut.

"Macam mana pulak kau boleh tau?"

"Buktinya aku doa nak jumpa Mikey Jacob tak dapat pun!"

Sya dan Nad berkerut tidak kenal siapa kah itu Mikey Jacob. Ad pula terdiam. Betul ke aku cakap tadi?

"Maksud kau siapa ni? Tak pernah dengar pun nama Mikey Jacob ni... Crush kau eh?" tanya Sya.

"Eighhh bukan lah. Alah yang pandai menari tu. Yang berjalan kedepan tapi bergerak ke belakang. Yang baju kilat² tu lah. Haish!"

"Maksud kau Michael Jackson ke?" tanya Nad.

"Michael Jackson? Haa yaa la dia orang tu!"

"Ouh Michael Jackson." mereka berdua mengangguk.

SATU SETENGAH MINIT KEMUDIAN...

"Eh. Wait. MICHAEL JAKSON DAH MENINGGAL LAH BABI! MEMANG AR KAU TAK BOLEH JUMPA!!" kata Sya kuat.

"Oh dah mati eh? Tapi aku baru tengok gambar dia kat Google kemarin. Aku taip Biskut Jacob's, gambar dia yang keluar so aku tengok lah. Eh mana² jer la! Tapi yang pasti doa aku tak makbul sebab tak dapat jumpa dia. Keluarga dia pun aku tak jumpa! Eleh!" Ad tidak mau kalah menjawab..

"Budak ni! Sini aku bunuh kau pastu  boleh dah kau jumpa dia. Aku—" Sya mula nak membebel tapi di potong.

"Eh dah lah tu, aku tak ambil hati pun! Aku sepak kang dua ekor ni." Nad cuba menghentikan pergaduhan mulut mereka berdua.












Tiba² satu suara menyapa.

"Wowowo! Siapa yang masuk kawasan kita ni? Kittens mana terlepas ni?"

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now