Bab 28

3.6K 264 42
                                    

Tersenyum² author tengok komen korang! Terima kasih support cerita ni!

Nad: Jahat sungguh korang suruh aku mati. Kemurungan tau. *duduk disudut wad hospital sambil menatap komen korang*

Sya: Kami support kau *hulur pisau*

Ad: Jangan risau, harta peninggalan kau kami akan bagi dua. *tepuk bahu Nad perlahan*

Para Author: WOII BAIK KORANG SAMBUNG CHAPTER NI SEKARANG!!

____________________________________

Hanya suasana tegang yang dirasakan oleh mereka, bahkan lebih tegang daripada suasana kelas semasa menjawab paper addmaths apabila tiga orang jejaka itu memandang tajam kearah Ad dan Sya. Mereka berdua duduk berdekatan katil pesakit Nad. Eroz sudah menggaru kepalanya apabila dipandang tajam oleh Ad secara senyap. Tiba² seseorang memukul kuat kepala Sya menghasilkan bunyi yang mengganggu atmosfera suram tersebut.

"Yah! Apehal pukul kepala aku? Kalau aku bodoh nanti awas kau!" marah Sya menepis kasar tangan Namie.

"Korang tak sedar ke yang korang ni memang bodoh! Kalau daddy tahu korang gaduh sampai masuk wad ni Sya mati kita!! Bukan kau je yang kena! Aku sekali tau!" marah Namie dalam pada masa yang sama dia sangat risau dengan Black Rose'. Dia tidak ada masa untuk bermain² jika melibatkan keselamatan 3 gadis itu.

"Kalau Uncle Syahzim tau ni, mati kita semua kena tanam hidup². Mungkin orang yang buat Nad macam ni dah kena lempar dalam kandang singa." kata Dafie sambil menolak perlahan Ad yang hanya diam. Tidak menghiraukan pandangan tajamnya yang setajam mata pedang itu.

"Kenapa korang boleh ada kat hospital ni?" tanya Ad perlahan tidak ingin memandang wajah Dafie.

"Kami nak melawat kawan kat sini. Tup² jumpa Eroz yang habis keluar dari wad mana entah. Dia bergegas nak pergi tempat ni. Namie nampak dia bawa kunci kereta Sya sebab tu lah kami tanya dia." jelas Zaff serius. Dia mengeluh perlahan melihat sekujur tubuh yang terbaring tak sedarkan diri. Muka pucat itu dipandang sayu.

"Jadi Eroz beritahu yang Nad masuk hospital?" tanya Sya. Eroz merasakan dirinya akan dipanggang hidup² menapak kebelakang beberapa langkah namun Maleq menahannya.

"Yalah. Dia kata Nad kena tikam." balas Namie.

Dengan pantas Ad dan Sya memandang tajam jejaka berkaca mata yang ditahan Maleq.

"Err aku... Aku tak boleh tipu sebab Namie dah tengok kunci kereta kau. Yang ada keychain bibir tebal pakai lipstick tu. Tak kan lah aku kata Maleq nak beranak sebab tu aku pinjam kereta kau kan." kata Eroz laju lalu tersengih tidak bersalah. Ad ingin bangun menghempuk lelaki itu namun Dafie menolak dia untuk duduk semula. Eroz menghembus nafas lega namun tanpa dia sedar Thariq memukul kuat kepalanya diikuti oleh Maleq. Suka hati kau kata aku beranak.

"By the way siapa tu?" mata Zaff terhenti pada tiga wajah yang asing pada dirinya. Mereka semua melihat ke arah tiga jejaka yang duduk di sofa wad VVIP tersebut. Memandang mereka seperti budak baru masuk kelas.

"Ouh mereka tolong hantarkan Nad kesini." kata Thariq.

"Hmm korang Pheonix kan? Mum eh puan Carollyna ada cerita sikit pasal korang ni." kata Dafie mendapat anggukan daripada Pheonix.

"Sedih betul korang terjebak dengan 6 penyangak ni." kata Namie selamba.

"Woii!!" serentak 5 manusia itu bersuara.

"Boleh diam sikit ke?" suara serak seseorang membuat mereka menoleh. Nad ingin duduk namun perutnya terasa sakit. Ad langsung memeluk tubuh Nad. Mengabaikan muka berkerut gadis itu.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now