Bab 58

2.4K 183 16
                                    

"Baiklah murid²! Hari ini kita akan membuat aktiviti yang mempunyai empat section. Section pertama Mencari Harta Karun. Section kedua Tarik Mati. Section ketiga pula Permainan Bola Beracun. Section terakhir iaitu Permainan Bola Sepak. Cikgu harap kamu semua sediakan beberapa murid untuk setiap section. Anda semua boleh ke dewan terbuka dahulu untuk menyaksikan aktiviti pertama kita." ucap Cikgu Izmie melalui mikrofon.

Terbit senyuman bahagia dari para pelajar lelaki apabila mendengar section keempat tersebut.

"Okey guys kita bahagi² section mengikut kumpulan okey. Section pertama siapa nak?"  tanya Zieme lalu memandang muka² mereka.

"Biar Lit yang ikut." Kimi mengangkat tangannya. Lalu memandang ahli kumpulan yang lain. Mereka mengangguk setuju.

"Ya! Part cari² barang ni aku boleh buat!" ucap Ad yakin.

"Korang jangan risau lah! Benda ni senang kalau untuk I." Husna melibas rambutnya dengan yakin sehingga terkena Syahzwan. Syahzwan yang geram menarik rambut gadis itu.

"Hei!" terjerit kecil Husna.

"Nanti kita suruh Topan ruqyah dulu lawan kita tu. Ntah² bawa saka cari barang." terkejut Taufik apabila namanya disebut oleh Ad.

"Kau tu yang patut kena ruqyah. Lama sangat berkawan dengan Sya."  balas Taufik.

"Eh aku pula." nasib Taufik sempat mengelak ketika Sya ingin memukul kepalanya.

"Dah dah sekarang section kedua siapa?" tanya Eroz pula. Lalu Thariq, Raykal dan Arjuna mengangkat tangannya.

"Okey okey kami ambil section kedua." ucap Zieme.

"Ni kes² nak langgar orang ni! Tau lah badan korang besar²." ucap Maisarah.

"Tanpa ditanya kami akan ambil section ketiga. Aku dah menari pagi tadi ni! Huh! Kalau nak elak² tu boleh lah!" Sya sudah merenggangkan badannya tanda bersedia.

"Okey jom kita ke dewan." ajak Fariq lalu mereka semua menuju ke dewan.
.
.
.
.
.

"Baiklah untuk section ini, harta karun yang korang semua harus cari ialah lambang tiga sekolah iaitu Exora, Antomn Grund dan Golden Highscool. Sebagai halangan, akan ada banyak lambang sekolah lain seperti Hilton Highscool, Sakura Highscool, Sekolah Permai Dani, Wakanda Highscool dan banyak lagi. Jumlah lambang sekolah yang harus korang kumpul ialah enam. Dua lambang dari setiap tiga sekolah itu. Faham?" ucap seorang guru pembimbing yang bernama Hawa.

"Faham!" balas para peserta.

"Ad kalau kau ambil lambang sekolah lain! Aku keluarkan kau dari sekolah ni! Percuma kalau kau tu anak pengetua tapi tak tahu bentuk lencana sekolah kita macam mana!" jerit Sya penuh amaran.

"Aku tahu lah bangang!" balas Ad walaupun mereka bukan jauh mana.

"Revan you tahukan lambang sekolah korang?" ucap Husna lembut.

"Yes of course lah I know. Sekolah saya kot." balas Revan.

"Huh nasib baik aku buat research pasal sekolah² haritu. Topan kau kenal kan lambang Exora Highscool tu." Ad memandang Taufik.

"Ya aku banyak juga kawan kat sana. So don't worry."  balas Taufik.

"Korang harus perhati baik² lambang sekolah tu. Setahu aku, Exora Highscool dengan Hilton Highscool ni hampir sama lambangnya." beritahu Eroz, mereka semua mengangguk setuju.

"Kalau Exora Highscool, lambangnya terdapat huruf E besar ditengah² dan warna bulatan kelabu. Kalau Hilton Highscool warna bulatan berwarna hitam." terang Kimi sambil menunjukkan lambang² di telefonnya.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now