Bab 60

2.9K 207 81
                                    

"I tak nak main lah." Maisarah merengek.

Gadis itu memandang muka dingin Nad. Nad sedang memasukkan hujung bajunya ke dalam seluar. Hujung seluar sukannya pula dilipat seakan ada banjir sebentar lagi.

"Sebelum aku tampar kepala kau. Baik kau ikut." ujar Ad lalu menampar belakang kepala Maisarah. Gadis itu sudah merengek sakit.

"Heii! Sakitlah!" marah Maisarah lalu gadis itu mengusap belakang kepalanya.

"Ikut jerlah! Halah kau ni nak gedik pula." ucap Thariq. Kalau Edora merengek macam tu baru dia nak layan. Kalau tak Nad, tapi boleh tsunami kalau Nad merengek macam tu.

"Awak ikut ya. Nanti kita kurang orang." Zieme cuba melayan.

"Yelah yelahh." setuju Maisarah. Kalau kena pujuk oleh Zieme pastilah nak.

"Nad dengan aku!" serentak Thariq, Ray dan Zieme memanggil Nad.

Gadis itu memandang tiga manusia tersebut tanpa riak.

"Aku nak sendiri." tolak Nad datar.

"Para peserta diminta berkumpul! Baiklah, permainan ini berkaitan fizikal. So kepada peserta yang ada penyakit jantung, asthma atau penyakit lain, saya harap boleh bertukar dengan ahli kumpulan lain. Permainan Tarik Mati ini sama seperti permainan Running Man. Jika pihak lawan menarik kertas nama yang terdapat pada belakang badan anda, itu bermakna anda sudah dikeluarkan dan tidak boleh bermain atau lebih tepat mati. Tetapi, jika salah satu kumpulan anda memberi kertas nama hasil tarikannya, bermakna anda boleh bermain menggunakan kertas nama tersebut. Itu dipanggil hidup kembali. Terdapat dua kali round. Round pertama, 50 saat dan ada tiga kumpulan yang bertanding. Cikgu akan meletakkan beberapa ajk juga untuk bermain, menambah point dan cabaran kamu. Round kedua, 30 saat iaitu pertandingan antara sisa peserta yang masih bertahan pada round pertama. Setelah semua telah bertanding, akan ada round menang lawan menang, kalah lawan kalah. So kita akan lihat siapa tempat pertama, kedua dan ketiga." panjang lebar guru itu berbicara. Sesekali para peserta mengangguk paham.

"Nad, kau kena berjaga². Aku tak sedap hati lah tengok muka² peserta tu. Dah lah badan² mereka besar²." ucap Sya sambil mengurut bahu Nad tanda memberi semangat.

Sya memandang curiga pada satu kumpulan.

"Lek lah, ahli kita sama besar juga." ucap Muqri pula.

Sya mengangguk setuju. Cuma Nad dan Maisarah saja yang terlihat kecil jika berdiri di sebelah Thariq, Zieme, Ray, Arjuna dan Shahreal.

"Okey, kumpulan Hadziem, kumpulan Daniel dan kumpulan Ayden boleh masuk ke gelanggang." panggil Cikgu Aliah.

Para murid mula bersorak.

Namun teriakan seseorang membuat mereka terdiam.

"Siapa dapat tag Ice Princess boleh bagi aku! Aku bayar seribu!" jerit seorang gadis. Dia memandang Nad teruja.

Namun Nad tidak beriak sikit pun. Adakah ice princess itu dia? Hah nevermind.

"Huaaa hanjeng lo!" marah Ad. Geram kerana gadis itu membuat Nad dalam bahaya.

"Nad itu kau lah bengong! Kau hati²! Jangan sampai orang dapat seribu! Aku nak juga!" jerit Sya. Kawan lahanat.

"Apabila lonceng berbunyi, permainan akan dimulakan." ucap guru tersebut.

Ting! Ting! Ting!

Nampaknya Nad benar² menjadi sasaran, dia mengelak dan mengelak.

Dengan lagak cool tanpa menyentuh lawannya.

Para murid bersorak.

Thariq dengan sekali rentapan menarik tag nama orang yang cuba mengambil tag Nad.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now