Bab 74

1.3K 175 34
                                    

Setelah menghantar pesanan kepada abangnya. Dia mematikan telefonnya.

Tidak ingin diganggu.

Jam tangan diperhati, sudah pukul 11.59 malam.

Selepas itu jam memaparkan pukul 12 tepat.

Nad memandang sekeliling taman permainan yang agak terang namun sepi.

Dari jauh kelihatan beberapa remaja sedang melepak memandangkan disana tempat bermain skateboard.

Dia memandang langit yang gelap.

"Happy Bornday Azreen Nadhim." gumamnya perlahan.

Entah mengapa, dia sangat ingin menangis, berteriak dan meluahkan semuanya untuk mendapat perhatian mereka.

Namun dia tidak dapat. Tersekat di dada rasa itu. Apa yang boleh dilakukan hanya mempamerkan riak wajah tanpa senyuman.

Itu keahlian seorang Nad. Menutup semua perasaannya sehingga tiada yang menyadari sebenarnya dia sudah mati di dalam sana.

Tiada arah tuju sekarang.

Ke tempat Thariq tetapi jejaka itu sedang berada di tempat lain bersama Maleq, Eroz, Fariq, Muqri dan Taufik untuk menghadiri pertandingan.

Ke rumah berjumpa ayah? Pilihan yang buruk.

Dia bercadang ingin tidur di taman itu.

Merayakan hari jadinya bersama bulan.

"Haha! Nad.. Nad. Homeless betul kau ni." ucap gadis itu sendirian. Menceriakan suasana hatinya.

"Hey you want some?" seorang gadis berambut pendek seperti lelaki menghulur biskut chipsmore miliknya.

Tanpa izin dia duduk disebelah Nad.

Terlihat ramah. Dari penampilan sudah dapat diteka bahawa dia salah satu budak yang melepak sambil main skateboard di hujung taman permainan yang besar itu.

"Hmm? Kau tak suka ke?" gadis itu memandang biskutnya lalu mencebik kecewa.

"Thanks." Nad mengambil biskut milik gadis itu. Membuat senyum kembali terukir pada bibir mungilnya.

"Kau dari mana ni? Sesat ke?" tanyanya lagi.

"Tak lah. Aku jalan² ja ambil angin sikit." balas Nad kembali memandang langit.

"By the way nama aku Kenya Willanda. You can call me Ken. How about you?" tanya Ken sambil memperkenalkan dirinya.

"Nad. Azreen Nadhim." balas Nad ringkas.

"Hmm. Let me guess. Kau broken putus cinta?" Ken mendekatkan mukanya. Cuba meneka riak wajah Nad.

"Nope. Buang masa." balas Nad.

"So kenapa kau kat sini? Kau tunggu seseorang ke? Kau dari tadi tenung jer jam tu." gadis itu kembali meneka. Tanpa putus asa.

"Tak lah. Aku nak tidur kat sini." ucapan datar Nad membuat Ken terkejut.

"Kau tidur kat sini? Kat bangku taman ni?" tanya Ken tidak percaya. Nad sekadar mengangguk.

"Kau.. Kau tak da rumah ke? Tu.. Motor besar mahal tu bukan kau punya ke?" Ken menunjuk motor GP milik Nad yang berada berdekatan mereka.

"Ya aku punya." balas Nad.

"Err tak apa lah. Aku tak tanya kenapa. Tapi tidur kat taman bahaya." ucap Ken.

"Ken!" panggil seorang lelaki dari kelompok itu. Nad dan Ken memandang serentak.

"Sabarlah bengap!" sahut Ken juga.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now