Bab 18

4.1K 230 11
                                    

"Sepanjang kau sekolah ni. Aku tak pernah tengok kau pakai baju rasmi Antomn Grund. Asyik pakai baju sukan jer, ke kau tak beli baju rasmi tu?" suara garau seorang lelaki memecahkan susana sunyi di meja makan pada pagi itu. Nad memandang sekilas lelaki yang segak berkemeja putih sambil mengangkat kening tebalnya.

"Aku malas pakai skirt. Kau tu syok duduk kat situ tak lambat ke universiti ke?" kata Nad malas sambil menyuap roti berintikan peanut butter ke dalam mulutnya.

"Pagi ni tiada kelas. Ha baik kau pegi sekolah cepat. Aku muak juga tengok muka kau kat sini. Kau nak aku hantar ke? Tapi bayar minyak kereta eh." kata si abang tak guna a.k.a Zaff. Di tersenyum mengejek melihat muka menyampah yang Nad berikan padanya.

"Tak hingin. Motor aku belum rosak lagi." Nad langsung berdiri mencapai beg galasnya yang diletak pada kerusi di sebelahnya. Sempat diberi jelingan tajam pada Zaff.

"Wuu takut. Tata little shi-" kata² Zaff terhenti apabila melihat satu figura yang baru turun dengan kot biru tuanya. Dia terdiam sambil berusaha menghabiskan makanannya.

"Nad hari ni bawa Sya dan Ad ke sini habis balik sekolah." kata Tengku Syahzim memandang anaknya yang mahu melangkah keluar daripada rumah.

"Ok. Bai Zaff. " balas Nad singkat. Lalu terus melangkah keluar rumah. Dia sempat tersenyum sinis kepada Zaff yang terlihat kekok.

"Yo." balas Zaff sambil mengangkat perlahan tangannya. Matanya perlahan memerhati ayahnya yang duduk di atas kerusi lalu dilayan oleh pembantu. Suasana menjadi kekok, kalau bercakap dengan Nad yang beku tu aku masih boleh main². ' Shit! Nad kau tinggal aku sendiri! ' kata hati kecil Zaff menyumpah serana adik perempuannya.

"Ha Zaff tak pegi uni ke pagi ni?" tanya si ayah datar.

"Ha uni? Ha ya ya Zaff nak pergi lah ni. Bai." dengan cepat dia berdiri keluar dari kawasan meja makan itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Aku harap hari ni Ad ngan Nad bagi berita baek punya." kata Sya perlahan sambil mengusap kereta sport miliknya.

"Dah gila ke sayang cakap dengan kereta. Patut lah kau alone, bercinta dengan kereta rupanya." suara maskulin seseorang menyapa pendengaran Sya pada pagi itu. Dia berpaling menghadap gerangan yang menegurnya. Namie tersengih sambil mengusap perlahan kucing berbulu lebat yang berada digendonganya.

"Kau pun patutlah kau alone sebab bercinta dengan kucing ja." Sya membalas perlian abangnya.

"Eleh jelous lah tu. Mia ni anak aku lah. Kan Mia. Kan Mia sayang papa." Namie mencium bertalu-talu kepala kucing itu. Sya hanya menjeling tanda menyampah.

"Hergh abang aku dah gila. Dah lah aku pegi sekolah. Kau tu pegi lah uni sana!" kata Sya sambil membuka pintu keretanya.

"Ouh ya! Daddy cakap kau ikut Nad balik rumah dia habis sekolah ni." kata Namie baru teringat pesan daddynya.

"Okey. Tiada apa² lagi prince?" kata Sya malas sambil memandang abangnya yang sibuk membelai Mia.

"Ha gitu lah! Cuba lah layan abang kau yang macam pahlawan Yunani ni baik sikit. Tiada apa² lagi princess. Beta melepaskan anda pergi. Beta nak masuk dulu. Bai babygirl busuk tak mandi!"kata Namie lalu berlari masuk kedalam rumah.

"Hoii Namie! Aku dah mandi bangang! Kau tu yang busuk!" jerit Sya geram dengan perangai abangnya. Dia langsung menutup pintu kereta dan memandu keluar dari perkarangan rumah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ad menutup pintu keretanya agak kasar. Dia menghentak kakinya akibat marah dengan abangnya Dafie.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now