Bab 85 (Sya)

1.2K 191 12
                                    

Taguna Maleq! Masuk tandas ramai² dengan tiga malaun tu, macam perempuan.

"Dia ni buang air besar ke buang tsunami dalam perut karung dia tu? Dahlah, baik aku sendiri²." bebel Sya perlahan lalu berjalan melalui lorong yang agak riuh dengan suara² para pengunjung itu.

Tengah syok berjalan, gadis itu tidak sedar bahawa dia sudah melanggar seseorang.

Gadis itu mendongak.

"Asal langgar² ni cik adik manis? Nak ngorat abang ke?" dua orang lelaki berbadan tidak kalah besarnya dengan Maleq melemparkan senyum miangnya.

"Arr tak tak.."
.
.
.

"Awak, nak nombor boleh?" seorang gadis berpakaian seksi tersenyum menggoda sambil menghulur telefonnya kepada Ian.

Ian yang dari tadi memandang seseorang tidak menghiraukan keberadaan tiga gadis tersebut.

"Sorry, aku gay." katanya lalu menghampiri orang yang diperhatikannya.

"Kenapa ni babe?" Ian menegur tiga orang itu.

Matanya tajam memandang dua lelaki dihadapannya.

Sya yang ingin mempamerkan raut wajah menyampah tidak jadi kerana tahu itu lakonan Ian semata².

"Ni ha, I terlanggar dengan mereka berdua ni, BABY." ujar Sya sambil menekan perkataan baby tersebut.

"So bro, kau ada terluka ke? Ada yang harus aku ganti ke?" tanya Ian serius. Tangannya naik memeluk bahu Sya untuk menambah perisa dalam lakonannya.

Sya dengan cepat memeluk pinggang Ian sambil tersenyum.

"Err, tak ada lah bro. Jom kita blah." salah seorang dari mereka memberi alasan lalu mengajak temannya untuk pergi. Agak seram melihat wajah serius 'boyfriend' gadis itu. Tubuh jejaka itu bahkan lebih tinggi dari mereka.

Setelah dua minit kedua orang itu pergi, akhirnya mereka melepaskan rangkulan.

"Bluwekk!" masing² serentak menunjukkan rasa jijik seakan ingin muntah.

Mereka saling berpandangan.

"Aku tolong kau sebab kau budak sekolah aku." ucap Ian.

"Aku terima bantuan kau sebab kau budak sekolah aku juga." balas Sya.

"Kau ni, tak nak berterima kasih ke pada aku yang hansome ni?" Ian menaikkan keningnya dengan bangga.

"Yelahh, Sya yang cantik ni berterima kasih kepada Squidward." kata Sya dengan nada malasnya.

Dia boleh angkat bakul, aku pun boleh juga!

"Eh kau ni Patrick." belum sempat Ian ingin marah, dia memandang satu arah.

Tepat sekali, ketiga gadis itu masih mengharapkan nombor telefon Ian.

Tidak percaya dengan kata² lelaki itu bahawa dia gay.

Ian memandang Sya lalu tersenyum, dia meraih tangan gadis itu.

"Tadi aku tolong kau, sekarang kau pula yang tolong aku." tanpa mendengar jawapan dari Sya, dia menarik tangan gadis itu ke tujuan.

"Ha ni partner gay aku." balas Ian selamba.

Ketiga gadis itu terkejut melihat kecantikan Sya.

"Lelaki boleh juga secantik ini. Pasti semua tu palsu, halkum di telan yang bawah tu dia oprate." bisikan yang sepatutnya tidak dilabel sebagai bisikan itu memanaskan hati Sya.

"Hello sorry sikit ya, aku ni perempuan asli. Lagipun aku bukan girlfriend atau partner gay dia." balas Sya.

Ian membesarkan matanya seakan bertanya "kenapa kau beritahu bahalul?!"

"Ouh yeke? Ek eleh awak ni, suka tipu² tau. So saya na-" belum sempat gadis itu menyempurnakan ayatnya, Sya memotong.

"Aku isteri dia." kata Sya selamba lalu merangkul pinggang Ian.

"Ha?! Ta-" belum sempat menafikan, Sya mengangkat tangan kanannya. Mempamerkan sebuah cincin di jari manisnya.

Ian juga ikut terkejut namun cepat disembunyikan raut wajah itu. Agak kagum melihat lakonan versi Sya itu.

Riak wajah ketiganya berubah kelat.

"Masih muda dah kawin, jangan jadi beban dah lah." sindir salah seorang dari mereka kerana iri.

"Eleh daripada kau, dah tua tak kawin² lagi. Tak laku ke ha andartu? Jangan jadi beban keluarga dah lah. Nak ngorat laki orang pula, dah dapat title andartu nak title perampas pula ke?" kata² pedas Sya membuat semua terdiam.

Gadis itu benar² bermulut leser.

"Apa yang tercegat kat sini pula? Nak kena dengan beg LV aku ke?" halau Sya membuat mereka cepat² pergi menjauh.

"Ha, macam mana lakonan aku?" Sya berputar memandang Ian sambil mengangkat keningnya bangga.

"Kau dah boleh ikut drama ratapan isteri tiri dah." kata Ian sambil menepuk tangannya kagum.

"Isteri tiri pala kau!" kata Sya lalu ketawa kuat.

Ian yang melihat itu juga ikut ketawa.

Ian berhenti lalu memandang Sya yang ketawa.

Jujur gadis itu sangat cantik dan gayanya sangat elegant.

Hatinya juga baik dan sifatnya rendah diri.

Tetapi yahh, mana mungkin kan?

"Hoi Squidward! Asal kau pandang aku macam tu gila? Aku dah nak pergi ni, Maleq dah call aku." kata Sya.

"Ha yelah Patrick, terima kasih atas lakonan isteri tiri kau. Take care, kalau jatuh bangun sendiri." Ian tersenyum memandang Sya yang berjalan meninggalkannya setelah berpamitan.

Dalam diam Sya tersenyum.

Hah aku tak pernah rasa happy macam ni dengan lelaki kecuali Maleq dan yang lain.

Rayyan Muayyad?

Boleh tahan juga mamat sotong ni.

















Yang tanya Sya ni dengan siapa, dah dapat lah hint² tu. Sya ni bukan tak boleh dengan Maleq, tapi adalahh hehehe.

Love from Sya!

Vote and comment<3

[OG] The Black Rose'Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang