Bab 84 (Ad)

1.5K 200 33
                                    

"Eh? Mana yang lain?" tanya Ad pada Eroz sambil memegang ais krim cornetto yang baru dibelinya.

"Aku dah halau." ucap Eroz selamba.

"Lah, jadi macam mana? Apa kita nak buat?" bingung Ad jadinya.

"Apalagi? Jom date sambil main game hehe." Eroz menarik tangan Ad untuk masuk ke dalam arcade.

"Mereka semua dah masuk ke dalam, tinggal kau jer." ucap Eroz sambil menarik Ad.

"Okey, eh aku nak patung tu boleh?" mata Ad bercahaya memandang patung beruang berwarna putih itu.

"No problem lah! Jom monyet! Tadi aku tanya akak tu kalau boleh bawa haiwan peliharaan atau tak ke sini, katanya boleh tapi kau jangan buat kecoh jer!" kata Eroz sambil tersenyum mengejek.

"Eh kau ni! Memanglah dia bagi sebab kau pun spesies monyet juga, akak tu kesian sebab ada kingkong yang craving sangat nak main arcade." balas Ad tidak mahu kalah.

Eroz hanya ketawa sambil menggosok rambut gadis itu.
.
.
.

"Eh dah dah dah! Aku lapar weh! Main dengan kau asyik kalah jer!" rungut Ad sambil memeluk teddy bear besar berwarna putih yang didapatkan oleh Eroz.

"Siapa suruh kau ride, ajak benda besar tu sekali." Eroz yang duduk di atas motor mainan itu mencebik.

"Jomlah makan! Mereka masih sibuk main lagi kan?" tanya Ad.

Eroz mengangguk.

"Okey jom! Kat depan tu macam ada acik Kfc." Eroz menarik tangan Ad untuk keluar dari kawasan permainan itu.
.
.
.

"Tada! Jom makan!" Eroz meletakkan makanan mereka di atas meja. Ad sudah menepuk tangan bahagia.

Siapa yang tak bahagia kalau part makan?

Tangan di tadah lalu terkumat kamit gadis itu membaca doa, Eroz memerhati dalam diam.

"Asal tengok aku? Makan lah!" ucap Ad semangat. Jejaka itu mengangguk pantas lalu tersenyum.

Sesekali dia melihat seorang jejaka yang membaca doa di belakang Ad.

Eroz menggeleng perlahan lalu tersenyum melihat Ad yang bahagia memakan ayam goreng itu.

Sesekali mereka bergurau dan mengutuk satu sama lain.

Akhirnya makanan pun habis.

"Uhuu kenyanganya! Alhamdulillah." ucap Ad sambil mengusap perutnya.

"Ad, aku nak cakap ni." kata Eroz ingin perhatian dari gadis itu.

"Ha apa dia nyah? Macam nak bincang masalah negara je kau ni, siyes nau." gurau Ad.

"Kau rasa hubungan kita sampai mana?" soalan Eroz mematikan senyuman Ad.

"Sampai tua dan mati bersama." balas Ad.

Eroz menggeleng.

"Ad, kau tau kan kita tak seagama." ucapan dari Eroz membuat gadis itu tersentak.

"Dan sebenarnya aku-"

"Jadi kau nak give up macam tu je?" tanya Ad pantas.

"Tidak. Aku.. Sayang kau." Eroz memandang Ad lama.

"Hah, maaf aku bahas itu lagi. Apapun, aku janji cinta aku tak akan berhenti sampai aku mati." janji lelaki itu sedikit banyak membuat Ad tersenyum.

"Ad kalau aku mati, aku nak kau jaga diri baik² tau! Cari lelaki yang betul² sayang kau!" kata Eroz lagi sambil tersenyum.

"Eh kau ni, kau nak aku pukul dengan tulang ayam ni ke? Ada pula cakap macam tu." marah Ad sambil membesarkan matanya.

"Yelahh monyet, kau lah monyet aku yang paling aku sayang!" kata Eroz sambil tersengih.

"Diamlah dungu!" balas Ad malu.

"Eh by the way, tak lama lagi peperiksaan besar dan kita tamat sekolah. So kalau kau nak ulang kaji, jangan lupa ajak aku ye! Kau tu belajar langsung lupa ingatan, lupa dimensi sekaligus lupa aku yang kacak ni." kata Eroz sambil tersenyum manis.

"Yelahh Eroz Herman si Kingkong pemalas. Aku akan ajar kau sampai straight A punya!" Ad berkata dengan yakin.

"Janji eh! Eh kau masih save no aku dengan nama fitnah dunia kau tu ke?" tanya Eroz.

"Hehe maksud kau ni ke?" Ad memperlihatkan layar telefon pintarnya kepada Eroz.

Jejaka itu mencebik, perkataan "Eroz Herman Gay" yang di simpan pada telefon gadis itu yang membuatnya mencebik.

"Yahh monyet! Aku bukan gay lah bangang!" jejaka itu mencubit geram pipi Ad.

"Eh mana tak aku cop kau gay, hari tu aku bagi kau 20 orang perempuan untuk pilih. 20 orang tau! Kau fikir aku main kutip kat jamban ke mereka semua tu?" balas Ad sambil memperlihatkan dua jarinya.

"Tapi kan.. Aku nak kau.." jawapan daripada Eroz membuat Ad tersenyum dalam diam.

"Dahlah aku tak termakan dengan kata² kingkong kau tu." balas Ad lalu memukul lengan Eroz.

"Tengok tu Ad, belakang kau ada si Kimi lah." bisik Eroz.

Mereka berdua berpaling, pada masa yang sama Kimi juga memandang hadapan.

"Hai bro!" tegur Ad, dia sudah berbaik dengan jejaka itu. Lagi pula Kimi baik kepadanya.

Entah mengapa Kimi sangat prihatin kepadanya.

Eroz hanya tersenyum memandang jejaka itu.

Senyuman yang sukar untuk ditafsir ketika kedua jejaka itu saling bertatapan.

"Eh Ad, jom gerak! Mereka dah text aku tadi nak jumpa." kata Eroz dan Ad mengangguk.

"Kimi tu baik juga kan?" kata Eroz membuat Ad memandangnya hairan. Pertama kali jejaka itu memuji seseorang lagi² Kimi yang dulu tidak ingin dia beri senyuman sedikit pun.

"Apa² lah." balas Ad.

Mengikuti langkah Eroz yang berada di hadapannya.

Aku memandang tanganku yang berada di genggamannya.

Perasaan tidak senang datang bertandang di hati.

Entah kenapa, aku rasa sedih, sakit dan risau dengan kata² Eroz tadi.

Aku tahu kami berbeza, tapi aku nak buat macam mana lagi? Aku sayang kat Eroz.

Hah kenapa ada orang yang boleh iri dengan kehidupan serabut aku?

Eh Ad! Stay positive okey!

Semuanya akan baik² saja!

Eroz akan baik, Black Rose' juga akan baik!

Apapun yang terjadi, aku harus kuat!

Semangat Adriana Adween!
















Heyy! Sedikit cerita cinta Ad yang sulit. Dah berapa abad korang tunggu update kami? Hehehe, sorry tau! Selamat Hari Raya Haji!

Love from Ad!

Vote and comment<3

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now