Bab 96

1.2K 101 43
                                    

Pukul 3 pagi.

Bunyi air kolam terdengar menandakan ada yang berenang.

Gadis itu tetap berenang meskipun air di kolam tersebut sangatlah dingin.

Nad langsung duduk di tepi kolam setelah beberapa jam berenang, dia tidak kesah dengan angin yang menyapa tubuh basahnya.

Dia memandang air kolam dengan wajah kosong. Entah apa yang berada difikirannya.

Terlalu banyak untuk dikeluarkan.

Seseorang duduk di sebelahnya lalu memakaikan tuala pada bahu basah itu.

Nad menoleh.

Zaff.

"Apa yang terjadi Nad?" Tanya Zaff memandang wajah adiknya.

Nad diam. Masih merenung air kolam itu.

"Nothing." Balas Nad perlahan setelah beberapa minit berdiam diri.

"I know something happen. Kau tak mungkin nak berenang awal pagi buta ni kalau tak ada masalah." Kata si abang yang sangat tahu adiknya.

Sekali lagi gadis itu diam seribu bahasa.

Zaff menyentuh perlahan bahu adiknya.

"Aku.. tak tahu Zaff." Ragu gadis itu berucap.

"Kau boleh cerita kat aku. Apa saja yang kau nak luah." Zaff memeluk bahu adiknya apabila melihat riak wajah Nad sudah berubah.

Dia tahu,gadis itu sedih.

Sangat sedih.

"Aku takut. I'm so confused. Aku buntu nak cakap apa kat dia nanti. Aku tak nak nampak dia sedih." Setitik air mata mulai jatuh ke pipi pucat itu.

"Ini berita paling buruk yang pernah aku dengar selepas kematian grandpa. Aku tak boleh." Semakin deras air mata itu mengalir.

"Tak apa, kalau kau belum siap untuk beritahu aku. Kau simpan lah dulu. Yang penting kau kena ingat aku ada untuk kau." Zaff mengetatkan pelukannya.

Dia memandang Zieme yang memerhati dari jauh.

"Dia juga ada untuk kau. Daripada tadi dia tengok kau. Takut kau ada masalah tapi dia tak nak kacau kau. So dia minta aku tanyakan kau." Ucap Zaff lagi. Nad hanya mengangguk.

"Dahh. Jam berapa dah ni? Kau kena rehat. Jom naik." Ajak Zaff lalu menarik adiknya berdiri.
.

.

.

"Kau dah okey? Kalau tak, kau boleh tidur bilik ni. Aku tidur dengan Dafie." Ucap Zieme memandang Nad prihatin.

Gadis itu hanya menggeleng.

"Aku tidur dengan Sya dan Ad. Kau tidurlah kat sini." Balas Nad, nadanya kembali datar.

Zieme hanya mengangguk faham.

"By the way, thanks." Ucap Nad lalu pergi dari bilik itu.

Dia menuju ke satu bilik yang sudah gelap, namun cahaya lampu dari bilik mandi membuatnya dapat melihat dua figura yang dikenalinya sedang tertidur sambil berpelukan.

Dia menggeleng kecil lalu menyelimuti Sya juga Ad.

Tiba² saja Ad menggenggam tangannya.

"Nad.." panggil Ad dengan suara khas baru bangun tidurnya.

"Hmm"

"Temankan aku tidur.. aku.. mimpi buruk tadi. Please." Ucap Ad perlahan.

Nad yang melihat itu hanya mengangguk lalu berbaring di sebelah Ad, kini Ad berada ditengah.

"Aku mimpi buruk.. aku takut sangat.. teman aku ya." Gumam Ad perlahan sambil masuk ke pelukan sahabatnya.

Sya pula memeluknya dari belakang.

Kini dia tidak merasa sendirian.

"Kau mandi ke? Kau berenang kat bawah ke? Kau ada masalah ke Nad?" Ad bertanya perlahan dengan suara yang agak kecil sambil menutup matanya.

Tangannya dapat merasakan rambut Nad yang hampir kering.

"Tak lah.. Aku tak sengaja jatuh kat kolam tadi." Ucap Nad tenang.

"Hmm.. Okey, selamat tidur."

"Ya selamat tidur Ad."





Selamat tidur semua..




Tamat.





































Ya ini betul² tamat. Author takda idea nak sambung cerita. Lebih baik kita tamatkan.






































Bye. Love you.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now