Bab 86 (Nad)

1.9K 206 46
                                    

Shit, aku tersekat, aku rimas.

"Naddie, orang lapar arr. Jom lah makan~" rengekan manja daripada orang sebelah kanannya mula kedengaran.

"Ye lah, aku pun lapar juga Nad. Jom lah makan!" lelaki di sebelah kanannya pula yang kedengaran.

Ya kerana ni aku rimas.

Berdiri di antara dua sejoli, Thariq dan Edora.

Kenapa dua homosapiens ni suka sangat melekat dekat aku?

"Aku tak lapar, kau berdua dah sumbat dua biji kebab yang korang beli kat aku. Dah lebih baik korang berdua pergi sama²." alasan dilontarkan.

"Alahhh jom lah ikut kitorang! Siapa nak makan sayur nanti?" pujuk gadis itu.

Dah agak, dua pasangan kanibal ni memang nak suruh aku makan sayur.

Sayur tak nak makan, daging nak. Entah² kang aku pula yang dimakannya.

"Tidak, korang pergilah berdua." Nad mencantumkan dua tangan yang melekat di lengannya itu.

"Betuk ke ni? Kau nak aku belikan apa²?" tanya Thariq.

Nad menggeleng.

Setelah menghalau dua manusia itu Nad menghela nafas lega.

Dia berjalan perlahan ke arah beberapa permainan game bersendirian lalu dengan khusyuk memainkannya.

Setelah beberapa minit kemudian, Nad berdiri lalu merenggangkan badannya.

"Huft, tak sedar dah 30 minit aku main. Aku nak buat apa lagi eh?" soal Nad sendiri sambil memandang pelbagai mesin permainan di situ.

Belum sempat langkahnya menuju ke sebuah mesin, tangannya ditarik seseorang.

"Ni bang, saya dengan dia berdua." suara garau seorang jejaka membuat Nad menoleh ke kanannya.

"Asal kau tarik aku tak guna." ucap Nad kasar sambil menarik tangannya dari genggaman lelaki itu.

"Hehe, maaf Nad saya tak tahu siapa lagi yang boleh tolong saya. Please, temankan saya main game tembak² tu. Kalau menang dapat hadiah tu!" semangat jejaka itu berucap sambil memaparkan senyuman kacaknya.

Muka penuh berharap itu dipandang malas oleh Nad.

"Dengar sini ya Hadziem Arsyad, aku tak nak." tolak Nad dengan wajah tanpa ekspresinya.

Bukannya sedih, jejaka itu malah tersenyum lebih lebar dan manis sehingga membuat gadis² remaja di belakang mereka tersipu malu.

"Wah, first time awak panggil nama penuh saya. Tapi please lah teman saya, nanti saya belanja awak makan ya?" pujuk Zieme lagi. Matanya berbinar sambil mencebik bibir.

"Kau fikir kau cute ke sial? Macam babi." Nad menolak muka Zieme yang dekat dengan mukanya.

Tanpa menghiraukan kata² kasar gadis itu, Zieme menolak perlahan Nad ke hadapan. Tempat yang mereka tunggu sudah kosong, sekarang giliran mereka.

Dengan pasrahnya gadis itu terpaksa bermain game tersebut.

"Janji, aku nak makan banyak²."

Kata² nad membuat Zieme mengangguk semangat.
.
.
.

"Nak tambah makanan lagi tak?" pertanyaan Zieme mendapat gelengan daripada Nad.

Mulutnya penuh dengan makanan yang enak.

Kepalanya mendongak ke arah Zieme yang menopang dagu sambil memandangnya.

"Asal kau pandang aku macam tu? Makanlah." ucap Nad sambil menghirup coke nya.

"Ah? Ya okey." Zieme mengangguk sambil tersenyum, menyuap perlahan makanan itu dengan tertib.

Dua orang yang berbeza personaliti makan di atas meja yang sama.

Si gadis yang dingin dan kelihatan agresif.

Si jejaka yang ceria dan tenang serta tertib.

Sangat menarik perhatian ramai.

"Huh! Kenyang." ucap Nad perlahan sambil bersandar di kerusi.

"Nah!" Zieme menghulur seutas gelang yang cantik dan simple.

"Untuk apa ni?" tanya Nad tanpa mengambilnya.

"Ni hadiah yang kita dapat time main game tadi. Gift kecil, yang besar tadi awak kata tak nak dan ada kat rumah kan." balas Zieme.

"Oh, tak pa lah. Kau ambillah dua² tu. Bagi kat kawan kau ke, emak kau ke atau girlfriend kau. Aku tak nak." tolak Nad perlahan, masih memeluk tubuhnya.

Memandang gelang huluran Zieme tanpa minat.

"Alahh please lah.. Saya tiada siapa², bahkan ibu saya bukan kat sini. Lagipun Kimi dan Ian tak mungkin nak pakai gelang ni. Awak terima ye?" pujuk Zieme lagi.

"Haih kau ni." keluh Nad sambil tangannya terhulur ingin mengambil gelang itu. Kasihan melihat wajah penuh pengharapan Zieme.

Zieme pantas memasang gelang itu pada tangan Nad sambil tersenyum bahagia.

"Kalau macam tu, aku blah dulu eh." kata Nad sambil berura² ingin pergi.

"Eh Nad, tunggu dulu." halang Zieme, dia ingin berlama² dengan gadis itu.

"Apa ka-" belum sempat Nad membalas, suara seorang gadis mengganggu mereka.

"Arsyad?" gadis itu berdiri di antara Nad dan Zieme.

Wajahnya kelihatan tegas dan ego.

"Mira?" tanya Zieme memastikan. Wajah ceria itu bertukar suram dan dingin. Bahkan nada bicaranya seperti tidak menginginkan kehadiran gadis bernama Mira tersebut.

"Long time no see Arsyad, girlfriend baru you?" Mira menjeling sekilas wajah Nad.

Nad pula tidak memberi reaksi apa², dia hanya blur.

Girlfriend baru? Kepala otak kau, tengok orang makan sama² terus cap girlfriend ke? Dia belum tengok aku dengan Thariq kot.

"Kau nak apa tegur aku ni?" suara garau itu sedikit banyak membuat riak wajah Mira berubah.

Ini bukan Zieme yang dikenalinya.

"Tiada lah, I dah lama tak borak dengan you. So i tegur lah you. Mengganggu ke?" tanya Mira perlahan.

"Sangat mengganggu. Jomlah Nad! Saya nak bawa awak kat satu tempat." Zieme langsung berdiri setelah mengemas barangnya.

Ucapan sadisnya sedikit membuat Mira terkaku.

Zieme menolak sedikit Mira yang menghalangnya lalu menarik tangan Nad.

What the fuck? Drama free ke ni?
.
.
.

"Maaf tau, saya jadi malu sebab awak tengok kejadian tadi." kata Zieme. Nad yang sedang bersandar pada kerusi taman itu memandang Zieme tanpa perasaan.

"Tak apa." singkat balasannya.

"Saya minta maaf juga sebab paksa awak." kata Zieme lagi.

"Paksa apahal? Tak da apa lah. Kau lek je. Lagipun aku tengah bosan ni." balas Nad selamba.

"Bosan? Jom lah ikut saya! Lagipun banyak tempat best yang saya nak pergi hari ni!" dengan semangat jejaka itu berkata.

"Err.. Okey?" setelah beberapa saat memandang Zieme, Nad bersetuju.

"Yes! Jom pergi sekarang!" tanpa sedar jejaka itu memegang tangan Nad lalu berjalan di hadapan dengan senyum bahagianya.

Nad hanya memandang hal itu.

Bibirnya sedikit melengkung sebelum dia menggeleng perlahan.

Shit apa kau fikir ni bodoh?

Tak mungkin lah.

Aargghhhh tidaakk!

















Bagilah minah beku ni happy² sikit HAHAHHAHA. Asyik menyingle jer kerja dia. Tolong beritahu Ray dan Thariq supaya tak baca bab 86 ni ye hehehehe.

Love from Nad!

Vote and comment<3

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now