Bab 42

3.4K 217 60
                                    

Seorang gadis duduk dengan anggun di atas kerusi cafe itu. Bibir pinknya menyedut jus pesanannya. Mata dililaukan seperti menanti seseorang.

"Ada apa² nak pesan lagi cik adik?" tanya Bang Joy memandang gadis itu.

"Ehem. Sorry Bang Joy, Amni dah ada boyfriend okey." gadis yang terlihat manja itu memeluk tubuhnya.

"Ek eleh budak ni. Aku tak ada hati nak ngorat kau. Aku ngorat boyfriend kau tu kang." geram Bang Joy, nasib dia kenal sangat perangai manja, perasan namun baik hati gadis itu.

"Eeee suka hati ja ngorat boyfriend orang! Mana Ariq ni, biar dia pukul Bang Joy." rengek gadis itu sambil memukul lembut lengan Bang Joy.

"Eeeeee mestilah aku suka ngorat boyfriend kau. Tuu boyfriend kau." ajuk Bang Joy dengan nada yang sama seperti gadis itu.

"My dear, awal sampai eh Edora Amni kesayangan Ariq ni." dengan senyuman kacak milik Thariq. Dia menghampiri Edora yang sudah berdiri. Bang Joy menjeling menyampah dalam pada masa yang sama kecewa.

"Aaaa rinduuu!" jerit kecil gadis itu sambil berlari kecil ke arah Thariq.

Namun amat disayangkan, Edora tidak menghentikan langkahnya pada Thariq. Tapi kepada orang yang berdiri santai dibelakangnya.

Edora dengan manja memeluk lengan berlapik jaket denim milik Nad. Tanpa riak wajah Nad menyuruh Fariq yang juga ikut bersama mereka untuk menyimpan helmetnya. Jejaka tersebut hanya mengangguk patuh walaupun terkejut dengan tindakan gadis itu.

"Naddieee! Rinduu laah. Ariq cakap Nad masuk hospital hari tu. Tapi Nad keluar awal,  orang tak sempat nak lawat." bebel gadis itu sambil memeluk erat lengan Nad yang agak tinggi sedikit darinya.

"Ouh aku keluar awal. Malas lama² kat sana." balas Nad selamba. Sudah terbiasa dengan sikap terlebih manja gadis itu.

"Kalau macam tu jom duduk dulu. Nanti Nad luka, sakit." Edora menarik tangan Nad untuk duduk di kerusi cafe itu. Melimpasi Thariq yang berdiri kaku. Nad memandang Thariq lalu memberi isyarat lelaki itu untuk duduk disebelahnya.

Namun Thariq tidak mengendahkan. Masih melayan merajuknya kerana diabaikan oleh kekasih sendiri.

"Duduk lah bangang. Buat apa nak jadi patung taman kat situ? Nak tunggu Bang Joy peluk ke?" tegur Nad. Pantas Thariq memandang gerun ke arah Bang Joy yang tersenyun manis ke arahnya.

Dengan pantas Thariq duduk disebelah Nad, membuat senyuman mekar Bang Joy pudar.

"Haah lah Ariq ni. Buat apa nak berdiri kat situ. Kan Naddie?" dengan manja gadis itu melentokkan kepalanya pada bahu Nad.

"Hmmm. Ya." balas Nad singkat.

"Tak kusangka sahabat ku sendiri mencantas kekasih ku." ucap Thariq perlahan. Nad mencubit pinggang Thariq.

"Aku dengar sial. Kalau kau boleh, ha tarik lah dia jauh dari aku." Nad juga ikut berbisik.

"Apa korang bisik kan?" tanya Edora memandang kedua orang kesayangannya yang sibuk berbisik.

"Diorang tengah kutuk kau yang manja tak bertempat ni." Sya yang tiba² datang bersama Maleq dan tak terlupa Muqri membalas soalan gadis itu.

"Hmmp! Suka hati aku lah nak manja dengan siapa." kata Edora sambil menjeling Sya. Pelukannya pada tangan Nad semakin erat. Namun hanya dibiarkan oleh gadis itu. Terbiasa.

Ya, inilah akibatnya apabila Edora Amni bertemu dengan idolanya, seorang manusia yang tak tahu apa², Azreen Nadhim.

"Masalahnya Nad tu kawan aku. Kau fikir best ke kau peluk dia macam tu?" geram Sya.  Dia dan Edora memang tak sefahaman. Namun mereka tidak lah bermusuh.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now