Bab 32

3.7K 249 51
                                    

HEEYYYY! SELAMAT HARI RAYA PARA READERS!!

Kami para author minta maaf dari hujung kasut hingga hujung tudung ye. Maaf kalau buat korang tertunggu or bagi fakehope jer terus. Maafkan segala kemerapuan yang kami taip kat sini.

Here we go!



"AAARRGGHHH!!"

"Kenapa?Kenapa?!" tanya Eroz kelam-kabut. Dia memandang Ad yang menutup kembali penutup kotak itu. Mata gadis itu tertutup rapat seperti menahan sesuatu. Nak buang air besar ke?

"Kau pijak kaki aku bangang." serentak mereka semua memandang kasut Timberland Eroz yang berada di atas kasut Ad. Dengan cepat Eroz mengangkat kakinya lalu tersengih tidak bersalah.

"Apalah Ad buat suspen jer." Sya bersuara lalu menjeling rakannya itu.

"Dah buka². Lain macam ja kotak ni." ucap Thariq lagi menyuruh Ad membuka kotak tersebut. Ad mengangguk lalu mengangkat penutup kotak itu. Mata mereka semua tertancap pada isi kotak.

"AAARRGGHHHHHHH!!"

Kali ini Ad benar² menjerit ketakutan, dengan cepat dia memeluk tubuh Eroz disebelahnya. Eroz membalas pelukan Ad sambil cuba menenangkan gadis tersebut yang sudah menggigil. Dia memandang tajam ke arah kotak kuning cair yang terlihat cantik diluar namun sangat² buruk didalamnya.

Bau busuk dari kotak itu menyengat dihidung mereka. Maleq menarik Sya untuk jauh dari kotak itu kerana gadis itu seperti ingin termuntah menghidu baunya. Muqri langsung kaku memandang 'hadiah' mengerikan tersebut. Thariq yang dari tadi duduk kini berdiri lalu mengangkat kotak itu jauh dari mereka. Mukanya berkerut menahan bau bangkai arnab yang sudah membusuk disitu. Bukan bangkai dan darah itu yang membuat Ad menjerit, tetapi satu topeng badut yang berlumuran darah di atas bangkai itu.

"SIAL MANA BAGI BENDA NI UNTUK AD!!!" tengking Eroz lalu memandang tajam Muqri.

"A..aku kenal orangnya. Aku tahu kelas dia." kata Muqri agak tergagap memandang muka menahan marah Eroz.

"Ad.. Hey hey, jangan takut. Badut tu dah tak ada. Ada aku, jangan risau okey? Shhh dah, tenang." suara yang tinggi tersebut bertukar menjadi selembut mungkin. Eroz memandang Ad yang sudah mengalirkan air mata. Dia memberikan Ad senyuman manis lalu mengusap air mata gadis itu. Ad si gadis nakal dan ceria itu sudah tidak pernah menangis ketakutan selepas kejadian tahun lepas. Namun hari ini.. Orang itu memang cari mati!

Peluh dingin gadis itu diseka dengan belakang tangannya sambil mengucapakan kata 'semuanya okey,aku ada.' dengan perlahan. Sya yang sudah sembuh dari rasa mualnya berlari mendekati Ad. Dia langsung memeluk tubuh Ad. Menenang kan gadis itu. Ad memang seorang yang sangat takut pada badut. Atau lebih tepatnya dia mengalami Coulrophobia. Dia sanggup menyorok bawah meja semasa mereka tadika kerana tidak ingin berjumpa dengan badut. Akhirnya Nad memarahi rakannya yang berulang tahun tersebut kerana mengundang badut. Cikgu juga membenarkan mereka bertiga pulang awal.

"Ad dah tak jadi apa²! Jangan risau okey!" kata Sya meleraikan pelukan setelah Ad mengangguk menandakan dia sudah agak tenang. Matanya berair memandang kotak yang jauh diletak oleh Thariq. Siapa yang sanggup bagi dia hadiah macam tu?

"Jangan risau, aku akan cari siapa yang buat jahanam dekat kau ni." kata Eroz menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Urat hijau mula timbul pada tangannya akibat genggaman yang kuat. Rahang diketap. Amarahnya cuba dibendung.

"Should we tell Nad?" kata Muqri perlahan.

"NOO!!"kata lima manusia itu serentak. Benda ni akan lebih teruk kalau Nad dapat tahu. Muqri yang agak terkejut mengangguk laju.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now