Bab 9

4.8K 260 0
                                    

"Wowowo! Siapa yang masuk kawasan kita ni? Kittens mana terlepas ni?"

Mereka bertiga menoleh...

"Kau lagi!Dah lah, jom Nad menyampah pulak aku rasa." kata Sya sambil menarik pergelangan tangan Nad.

"Sya, diorang kan yang cari pasal ngan kau hari tu?!" bisik Ad sambil menatap tajam tiga pelajar lelaki yang boleh dikategorikan handsome tetapi selekeh itu.

Halah macam tak tau pula yang budak sekolah acah² badboy tu sebenarnya anak mommy jer.

"Yaa Ad ya! Dah biarkan jer lah tiga tenuk ni. Aku tanak cari gaduh. Aku bukan robot okey. Masih ada rasa penat dan muak nampak muka diorang."

Sya mula berjalan berlawanan arah. Sempat lagi bahunya terlanggar dengan bahu jejaka yang berdiri paling depan.

"Sorry, tak sengaja."

"Langgar abang kawasan nampak. Kalau aku jadi kau Kir, aku sepak jer minah ni." kata lelaki bertag nama Syahzwan Iqham kepada lelaki yang digelar Kir tadi.

Satu ayat untuk dia. 'Batu api yang lupa batu nisan'.

"Euw pliz lah... Kawan aku dah cakap sorry kot. Kawan kau pun tak kesah. Dia tak sengaja okey. Sekali lagi TAK SENGAJA!" kata Ad dengan nada geram.

Menyampah dia bila Sya dituduh sebegitunya.

Lelaki yang bernama Kir itu tak berganjak. Aku kikir kang mamat ni. Kata Ad dalam hati.

Dia berlalu pergi sambil menarik Nad yang tengah blur. Alahai Nad asal kau blur sangat ni. Belum sempat mereka pergi dari situ tiba² tangan Sya ditarik seseorang kebelakang mengakibatkan dia hampir terjatuh.

Scene yang paling Nad tak suka berlaku di depan matanya. Apalagi terus mencerlung tajam mata gadis kacukan Jepun itu melihat lelaki yang 'menyentuh' sahabatnya.

Pantas dia menepis tangan lelaki itu daripada memegang tangan Sya.

"Wo wo wo, kau dengar sini baik². Biarpun aku tak tau apa², tapi kami tak ada niat untuk cari gaduh dengan korang. So kami undur dulu. Tapi  jangan berani nak 'sentuh' kawan aku!" kata Nad dengan wajah dingin dan seriusnya.

"Eh minah beku! Kau jangan nak tunjuk hero sangat la! Kawan aku pegang tangan perempuan tu  bukannya tangan kau! So ini urusan diorang." kata Syahreal Azween.

Nad hanya buat muka heartless dia, tanda tak terusik sedikit pun. Kau fikir aku takut ngan gengster sekolah macam kau?

"Urusan Sya, urusan kami jugak! Sebab dia kawan kami." kata Ad lantang.

"Eihh sudah lah. Akibat masalah kecil macam tu pun sampai nak ganggu kami sekali ke Permainan kau tak matang langsung. Baju yang kau pakai hari tu, 100 buah pun aku sanggup belik ok! Cih,setakat air jer pun bukannya aku ada tumpahkan pewarna sintetik kat baju dia." tetiba Sya buka mulut.

Lelaki yang bergelar Kir atau lebih tepat namanya Syakir Fahmie itu tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya yang tebal.

"Tak semudah itu. Apa yang kau buat tu berbekas kat aku. Bukan saja pasal air tu. Tapi ada benda lain yang buat aku dendam dengan kau sampai hari ni."

"Kau fikir aku ada masa jumpa kau setiap hari ke? Bila pula aku ada buat benda jahanam kat kau ha? Aku pun baru datang hari ni. Eihh sudah lah kalau kau nak minta ganti rugi. Aku boleh lah." kata Sya mula panas.

Apa lah yang mamat ni tak puas hati sangat kat aku .Terserempak dengan dorang pun dah cukup untuk rosakkan hari aku.

"By the way, kau dah tambah satu lagi sebab untuk aku benci kat kau." katanya sinis sambil menunjukkan bahu nya.

Bermaksud adegan Sya melanggarnya tadi walaupun ia tidak sengaja.

"Ingat kau suci sangat eh? kau ni anak raja ke yang perlu kami hormat ?" kata Nad mendatar

Kali in otak nya berfungsi lebih cepat dari yang biasa.

"Kena langgar bahu jer pun. Bukan kena langgar kereta kebal yang besar tu. Tisu sangat badan kau." Ad menjeling dibalik kaca mata nya.

"Kau minah diam sikit tak boleh eh! Kawan kau ni yang tetiba langgar kawan aku. Sorry konon." sindir lelaki bernama Syahzwan itu kepada Ad.

"Kawan kau bukannya jatuh sampai tergolek, tersungkur, tersembam kat tanah tu atau cium lantai. Lagipun Sya terlanggar, dengar tu. 'TER'langgar. Kau faham kan maksud 'TER' tu. Ke BM kau fail sebab tak faham maksud 'TER' ni. Pi daftar tadika balik lah." Ad si laser mula menyembur.

"Kau perempuan!"

Ad buat muka innocent-nya. Belum sempat tangan Syahzwan menyapa pipi Ad, tangan nya di tahan terlebih dahulu oleh seseorang.

"Alahai pukul perempuan nampak."

[OG] The Black Rose'Donde viven las historias. Descúbrelo ahora