Bab 19

3.8K 241 27
                                    

"Bala lagi."

"Aku dah cakap hidup kita tak pernah tenang." kata Ad sambil menghempas dirinya di atas kerusi berdepan dengan Kimi.

"Adriana hari tu Kimi ada beritau awak untuk bincang pasal hal kat kantin kan. Saya nak kita jumpa kat bilik disiplin." kata Zieme memandang Ad yang selamba mencoret meja belajarnya. Nad turut membantu mencoret meja belajar Ad dengan pen hitamnya, tidak melayan pertanyaan Zieme.

"Korang semua ni jangan pura² tak dengar. Dah stop conteng meja, ni vandalisme namanya." Ian pula agak geram apabila mereka mengendahkan pertanyaan mereka.

"Thats art. Kau tak tau, kau budak skema." kata Sya sambil menjeling tajam Ian. Nad dan Ad pula beralih pada meja Sya akibat bosan kerana cikgu belum datang, Sya pula ikut menconteng.

"Ni sekolah,bukan hak milik korang. Ni kerajaan punya jangan nak rosak kan harta benda sekolah." kata Kimi memandang tiga gadis yang sibuk 'melukis' diatas meja mereka.

"Well kau tengok kerusi meja kau, ada ke tercetak hak milik kerajaan or sekolah. This is private school." balas Nad sambil menconteng namanya di atas meja sendiri.

"Dalam buku disiplin-" kata² Zieme terhenti apabila Nad memotong percakapannya.

"Muka surat 5, murid dilarang menconteng dinding sekolah dan harta benda sekolah yang tercetak nama sekolah. Thats mean kerusi and meja ni bukan harta benda sekolah, kau patahkan kau beli balik." kata Nad memandang datar kearah Zieme.

"Sebelum korang 'hidup' dalam sekolah ni, kami dah muak tengok buku disiplin tu." kata Sya menopang dagunya sambil memandang keluar tingkap.

"Aku boleh tulis balik semua peraturan dalam buku tu. So kalau korang nak debat pasal ni,pastikan kau makan buku tu dulu." kata Ad memasukkan pen miliknya ke dalam beg sandang Nad. Bosan sangat melukis atas meja. Cikgu pun bila nak datang. 'Herghh mana lah cikgu ni. Curi tulang ke?' gumam Ad perlahan.

"Apa² pun kami nak korang datang bilik disiplin kalau kena panggil. Ini arahan pengetua." kata Ian apabila tahu mereka akan kalah kalau melanjutkan lagi perdebatan tersebut. Mereka hanya fokus pada tujuan.

Nad memandang Ad sambil menaikkan sebelah keningnya, Ad yang faham maksud tersebut tersenyum sinis. Ad mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor seseorang. Ketiga jejaka itu hanya melihat perbuatan Ad, Kimi ingin menegur tetapi Sya mengangkat tangannya seperti mengisyaratkan mereka bertiga diam.

"Hello."

"Wait. Ad nak cakap something."

"Kami tak akan datang bilik disiplin hari ni."

"Ouh kalau macam tu mum cakap dengan Nad and Sya."

Ad melirik kearah Nad yang mengangkat keningnya ketika namanya disebut. Sya pula menoleh apabila dia terikut sama. Ad melekapkan telefon itu pada telinga Nad. Sya pula mendekatkan kepalanya pada Nad.

"No means no. Kalau macam tu kami tak balik rumah habis sekolah ni." kata Nad selamba.

"Good. Thank you for wasting your time." kata Nad lalu menjarakkan kepalanya dari telefon Ad sehingga melanggar kepala Sya. Sya memandang tajam ke arah Nad lalu memukul perlahan kepala Nad. Dengan serentak mereka memandang tiga jejaka yang kelihatan bingung. Sya berdehem perlahan sambil mengangkat keningnya yang terukir cantik.

"So kami tak pergi bilik disiplin hari ni. Pengetua korang kata tak payah." kata Sya sambil menekan perkataan pengetua di dalam percakapannya.

"Eh mana boleh-" kata² Ian terhenti apabila telefon Zieme berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mereka bertiga memandang pesanan daripada pengetua sambil mengeluh perlahan.

[OG] The Black Rose'Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu