Bab 2

5.8K 316 2
                                    

Situasi Pheonix

"Aku dengar ada pelajar baru masuk." suara garau seseorang memecahkan keheningan.

"Memang pun. Pengetua dah beritahu aku awal² tapi katanya diorang tak perlu dihantar sampai kelas." balas rakannya pula.

"Eh nanti diorang sesat. Oh aku dah tau! Black Rose'." ucap seorang jejaka kacak yang bertag nama Hakimi atau lebih mesra dipanggil Kimi.

"Siapa tu?" tanya Ian. Dia agak tertarik dengan nama yang disebut oleh Kimi.

"Entahlah. Tapi time ada kenderaan baru masuk, semua orang macam histeria, sampai ada yang cakap Black Rose' comeback and aku rasa dioranglah Black Rose' tu." jelas Kimi lalu mendapat anggukan dari kedua rakannya.

"Black Rose'? Dengar dari nama macam budak perempuan." ucap Ian cuba meneka manusia2 yang digelar Black Rose'.

"Mungkin lah. Jom masuk kelas, nanti cikgu cari." ajak Zieme.

Mereka berjalan ke kelas.
.
.
.
.

Situasi 5 Ruby.

Kelas yang bising menjadi senyap sepi seperti kuburan. Semua ini kerana ada 3 ketul manusia yang mengetuk pintu.

"Haa. Senyap pon kamu. Eh Black Rose' sila masuk. Terima kasih yaa." kata seorang guru yang sedang mengajar.

Berterima kasih kepada Black Rose' kerana dapat membuat kalas itu senyap dengan sekali ketukan.

"Diorang memang budak baik cikgu. Kan kawan²." ucap Sya cuba beramah–mesra dengan rakan sekelasnya yang jelas sekali takut kepada mereka.

Sya menekan perkataan 'kawan²' diiringi 'smile killer' nya.

Krik... Krik... Krik...

Kelas sepi kerana tiada satupun menjawap pertanyaan Sya. Gadis itu mengembungkan pipinya geram.

Adakah dia diendahkan sekarang?

"Jawaplah!!" suara keras Nad mengejutkan seisi kelas termasuk cikgu.

Dumm!!

Meja guru dipukul kuat. Nasib tidak retak. Dengan pantas mereka menjawab.

"Y-yaa.. Yaaa! " inilah akibatnya ketika Nad berada dalam mood yang buruk.

Hatinya berapi² kerana seorang pelajar tanpa sengaja memijak kasut putih limited edition miliknya.

Mood seorang Nad memang selalu berubah.

"Kau lek lah. Nasib aku tak melatah. Nanti diorang bukan kata 'Ya' tapi 'Yahahahaha'" Ad menjeling sambil membetul kan kaca matanya. Cuba melawak.

"Kau buat lawak hambar Ad..." Sya buat muka mendatar pandang Ad. Sudah bosan mendengar lawak hambar yang keluar dari mulut Ad.

Mungkin itu sudah menjadi rutin hariannya kerana walaupun mereka berpisah negara, gadis itu tetap menceritakan kersehariannya dan mengeluarkan koleksi lawak hambar melalui group whatsapp mereka.

"Eh kau buat lawak ke Ad? " Nad pula blur, baru perasan bahawa rakanya sedang melawak.

"Member taguna." ucap Ad kegeraman.

"Dah dah! Black Rose' awak semua boleh duduk kat tiga meja tu. 3 orang depan kamu tu entah pegi mana. Sekejap lagi datang lah tu." arah guru itu yang dari tadi melihat gelagat ketiga gadis itu.

Mereka bertiga duduk di kerusi masing².

"Ad, kau rasa siapa duduk depan kita?" tanya Sya.

"Aku tak nak rasa. Tak sedap." sekali lagi Ad mengucapkan lawak hambarnya.

"Hambar again Ad."

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now