Bab 75

1.8K 204 159
                                    

Ad melirik jam yang berada di atas meja biliknya. Pukul 12:32.

Dia sambung menulis sesuatu. Ya, mom menyuruhnya belajar kerana tidak lama lagi akan ada ujian kecil kecilan.

Seketika aktivitinya terhenti. Ad seperti memikirkan sesuatu. Matanya membulat dibalik kaca mata itu.

Tangan mencapai telefon pintarnya lalu membuka kalendar.

Matanya terpejam seketika.

Perasaan kesal dan bersalah tiba² bertandang di hatinya.

Hari ini sepatutnya menjadi hari bahagia Nad. Hari jadi sahabatnya.

Mengapa dia boleh terlupa?

Kawan macam apa kau ni Ad?! Marah Ad pada dirinya.

Seketika dia teringat kata² mom dan Nad.

"Setelah kamu berjaya barulah kamu boleh berkawan dengan mereka.."

"Just don't mind me. Buat something yang kau rasa kau akan happy."

Adakah Nad tidak kesah? Atau sekadar ingin menyedapkan hatinya.

Adakah juga mom benar² ingin meluang waktu bersamanya?

Ad berada di dalam dilema. Antara seorang ibu dan seorang sahabat.

Ibu yang berjanji untuk menyayanginya jika dia menjadi yang terbaik dan patuh.

Sahabat yang selalu ada sejak 13 tahun lalu. Sahabat yang mengajarkan bagaimana bertahan hidup di dunia yang kejam ini.

Dia ingin mencari nombor Nad. Atleast mengucapkan selamat hari jadi pada sahabatnya itu. Namun perbuatannya terhenti apabila seseorang mengetuk lalu membuka pintu biliknya.

Mom.

"Kan mom dah cakap jangan main phone. Macam mana nak fokus belajar." ucap Puan Carollyna. Tangannya langsung mencapai telefon anaknya.

"Mom.. Tapi Ad.."

"No no no. Mom akan bagi balik telefon ni esok hari okey." ucap Puan Carollyna.

Ad terdiam dan hanya mengangguk.

"Begitulah anak mom." dia mencium pipi Ad lalu keluar dari bilik itu.

Aku minta maaf Nad. Aku pilih mom. Aku rasa aku akan happy bila mom beri perhatian dia pada aku. Jangan risau Nad, aku akan cari kau bila aku dah tunjukkan pada mom yang aku boleh jadi terbaik.

Pilihan aku tepat ke? Atau ini semua akan hancurkan persahabatan kita?









"Don't worry beb. I dengan you." Selena memegang bahu Sya.

"Aku marah lah dengan si Ad tu." ucap Sya lagi.

Sekarang mereka berada di rumah milik Selena, kerana gadis itu yang mempelawa Sya untuk sleepover di tempatnya.

"Chill lah. Macam you cakap, Ad tu kan memang emo lebih. Tak hairan lah dia tu." ucap Selena lagi.

"You jangan risau, esok² dia akan minta maaf dengan you. Dan si Nad tu, dia pun sama jer kan." sambung gadis itu lagi.

Sya mengangguk.

"Tapi kalau mereka tak cari aku?" tanya Sya.

"You kan ada I. I sentiasa ada untuk teman you. Lagipun kita boleh borak macam². Fashion, sekolah and bussiness you. Pasti you tak sembang tentang tu dengan mereka berdua kan." jawab Selena.

Sya mengangguk lagi.

Ting!

Sya mengambil telefon pintarnya, memandang notifikasi dari kalender.

'Nad's birthday!'

Terdiam Sya, mengapa dia boleh terlupa dengan hari ini?

Padahal setiap tahun mereka merayakannya.

"Why beb?" tanya Selena.

"Today birthday Nad lah." ucap Sya.

Selena perlahan mengambil telefon Sya lalu mematikannya. Telefon tersebut diletak di atas meja.

"You tak rasa ke dia tengah bersenang² rayakan birthday dia dengan Ad tanpa ajak you sekali?" ucap Selena seperti memprovokasi.

Sya terdiam memikirkan itu.

Ya, pasti Nad bersenang² di rumah bersama Ad dan yang lain.

"So kita enjoy tengok Neflix nak?" Selena mengambil laptopnya untuk menarik perhatian Sya.

"Okey, let's go!" sahut Sya.

















Wahh kitorang triple update kali ni! Amacam? Eh eh jangan marah kat Sya dan Ad dulu yee! Mereka baikk tau! Cuma faktor orang2 sekitar yang buat mereka macam tu hikhik.

Vote and comment<3

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now