Bab 40

3.8K 251 49
                                    

"Yahhh! Penjaga neraka! Aku sudah mop kat situ lah Maleq bengap!" Sya bercekak pinggang sambil memandang tajam ke arah Maleq.

"Hehehe adikku Sya sayang, aku minta maaf okey. Ni Muqri ni! Dia suruh aku ke belakang sikit!" ucap Maleq pantas sambil memandang Muqri yang sudah berkerut hairan membalas pandangannya.

"Hish! Yala kalau Muqri tu suruh kau jilat lantai ni kau nak jugak kan?" geram Sya lalu menjeling Maleq. Mahu saja dia menghayun mop lantai yang berada di tangan pada muka kacak tak bersalah Maleq.

"Kalau gaduh, jangan nak bawa aku masuk dalam masalah rumah tangga korang." bebel Muqri sambil mengelap cermin tandas yang sudah sangat berkilat akibatnya.

"Budak!!" serentak Maleq dan Sya menjerit. Membuat paduan suara mereka bergema di dalam tandas itu.

"Yelah yelah aku diam." Muqri langsung mencebik apabila dia dijerkah dua manusia itu. Kenapa lah dia tak ikut Ad tadi?
.
.
.
.
.
.

"Huaaaa!! Eroz monyet ku~Bunoh lah diriku yini." rengek Ad sambil bersandar pada dinding tandas. Bibirnya dicebik sambil melihat Eroz yang sibuk memberus sinki.

"Eleh kau ni, baru lap cermin pun dah merengek macam kau cuci tandas ni sendiri.  Dah bangun tolong aku berus ni. Kau bernasib baik sekarang masa belajar. Kalau tak aku potong semua kaki orang yang masuk tandas ni." bebel Eroz sambil memadang tajam Ad. Nasib kau comel, kalau tak aku sumbat dalam singki ni.

"Apa pandang²? Engkau lah tu! Muqri nak ikut kita kau tak nak pula. Kalau tak, kita tak perlu buat semua kerja amal ni. Huh." ya seperti biasa, woman always right. Ad menyalahkan Eroz kerana melarang Muqri mengikuti mereka dan menghasut Maleq untuk menngheret jejaka itu.

"Alaahh kita dua pun boleh buat lah. Kau tau aku kan? Tak suka ramai² orang ikut bantu aku. Aku dah biasa kita buat kerja berdua ja dengan kau. Dah jangan merengek, buruk gila muka kau. Sini bantu aku." Eroz memberi alasan. Dia mencuci tangan sendiri lalu memandang Ad yang masih tidak bergerak.

"Ad kingkong. Tangan kau kering tak?" tanya Eroz membuat Ad mengangkat kepalanya memandang jejaka itu. Dia mengangguk sambil menunjukkan kedua tangannya.

"Sini bantu aku jap. Tolong aku lipat lengan baju ni. Tangan aku basah weh." kata Eroz sambil tersengih memandang Ad yang mula mendekatinya. Dia menghulur lengannya untuk Ad.

"Lipat kemas². Kalau tak hancur imej aku sebagai gengster cool dalam sekolah ni." arah jejaka itu kepada Ad yang sibuk melipat lengan baju kemeja putih Eroz.

"Eh kau ni. Aku Ad lah. Pasti kemas punya." balas Ad bangga sambil mengangkat keningnya.

"Eleh kemas konon. Engko fikir aku tak pernah tengok kau lipat baju? Tak rata." kutuk Eroz namun hanya dibiarkan oleh Ad. Terlalu sibuk gadis itu dengan lengan bajunya.

"Tada! Dah siap! Kemas kan? Kau tu tak percaya. People change okey." ucap Ad bangga dengan hasil tangannya pada lengan baju Eroz. Jejaka itu mengangguk puas.

"Okey not bad. Tolong aku tolak sikit kaca mata ni. Dah terturun dah weh." kata Eroz lagi menunduk sedikit badannya separas Ad.  Menayangkan kaca matanya yang hampir jatuh dari hidung mancung itu.

Ad mengeluh sambil menolak kaca mata itu ke tempat asalnya. Membuat Eroz tersenyum manis tanda terima kasih.

"Tandas tu paling last. Aku dah rasa tercekik sebab neck tie ni. Tolong aku buka kejap." minta Eroz lagi.

"Yahh!! Eroz Monyet! Kau sengaja kan? Aku tau lah kau nak buli aku sebab aku lap cermin and mop lantai ja." marah Ad sambil berpeluk tubuh. Membuang pandangan.

"Mana ada lah beruk! Ni last aku minta tolong kau okey. Tangan aku masih basah ni Ad." pujuk Eroz yang tak serupa macam pujuk orang. Ad menggeleng.

[OG] The Black Rose'Where stories live. Discover now