Bab 16

38K 677 64
                                    

Usai pengesahan temujanji bersama Doktor Tarmizi, Zaliya dan Yusuf diminta untuk menunggu di ruang menunggu tidak jauh dari kaunter pendaftaran.

Yusuf kelihatan tenang dan bersahaja sambil matanya sesekali melirik jam di dinding. Manakala Zaliya pula kelihatan gelisah dan tidak senang duduk. Dia sendiri tidak pasti apakah punca susah hati yang sedang melanda dirinya. Apakah mungkin kerana ini kali pertama dia berjumpa doktor sepanjang kehamilannya? Atau disebabkan adanya Yusuf di sebelahnya yang memancarkan aura menakutkan yang menjadi punca keresahannya.

Dia perasan Yusuf kerapkali mengalihkan wajah ke arahnya seolah-seolah cuba untuk berkomunikasi dengannya, namun membatalkan hasratnya di saat-saat akhir. Zaliya yakin Yusuf pasti akan menyerangnya dengan pelbagai persoalan bertubi-tubi. Dia juga hairan mengapa Yusuf sebaliknya hanya berdiam diri dan langsung tidak berinteraksi dengannya sepanjang keberadaan mereka di klinik itu. Yang pasti, dia lebih senang dengan keadaan itu, tidak perlu langsung berbual dengan Yusuf yang pasti membuat keadaan antara mereka menjadi canggung.

"Puan Zaliya Binti Abdullah", panggilan nama Zaliya oleh pembantu klinik itu menyentakkan Zaliya dari lamunannya.

Belum sempat berdiri, Yusuf sudah terlebih dahulu berdiri dan menarik lengan Zaliya untuk membantunya berdiri. Meskipun keberatan dengan tindak-tanduk lelaki itu yang suka menyentuhnya sesuka hati, Zaliya hanya membiarkan sahaja perbuatan Yusuf. Dia tidak mahu memalukan Yusuf sekiranya menolak bantuan lelaki itu secara terang-terangan di tempat awam. Lagi pula, dia datang ke klinik ibu mengandung membawa perut yang besar ditemani seorang lelaki. Sudah sah-sah orang-orang sekeliling akan menganggap mereka sebagai suamu isteri. Meskipun dia masih muda dan belum pernah menjalani kehidupan berumahtangga, namun dia tahu adalah tidak manis jika pasangan suami isteri itu bermasam muka dan mempamerkan konflik mereka di hadapan orang asing.

Suami isteri. Perkataan itu membuat Zaliya menggelengkan kepala berkali-kali sambil tersenyum sinis. Terselit sedikit kesedihan di balik raut wajahnya ketika itu.

Wajah jernih dan ceria doktor di hadapan mereka itu sedikit sebanyak berjaya menenangkan suasana hati Zaliya. Sesudah memperkenalkan dirinya, doktor itu meminta Zaliya berbaring di atas kerusi pemeriksaan. Selesai mengambil bacaan jantung Zaliya beserta bayinya, doktor Tarmizi kemudian menyapukan sejenis gel yang sejuk ke permukaan perut Zaliya.

"Doktor buat apa?" Zaliya mengangkat sedikit kepalanya.

"Mungkin anda berdua nak 'intai' sikit yang dalam ni boy ke girl? Saya scan sekejap nak ambik measurement jugak dan untuk pastikan semua dalam keadaan okay. Boleh kan?" tanya Doktor Tarmizi sambil tersenyum ke arah pasangan itu.

Zaliya hanya mengangguk dan doktor Tarmizi mula menggerakkan alatannya ke merentasi perutnya yang memboyot. Seketika kemudian, dia menghentikan perbuatannya lalu menunjukkan ke arah skrin.

"Itu dia kepala."

Yusuf turut mendekatkan dirinya supaya dia dapat melihat monitor tersebut dengan lebih jelas. Perbuatan Yusuf mendapat perhatian Zaliya lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Yusuf, seketika pandangan mereka bertaut sehingga jantungnya berdegup kencang.

Doktor itu mengambil beberapa minit untuk memeriksa kandungan Zaliya sebelum mengelap kembali perutnya. Beliau kemudian menghulurkan salinan gambar imbasan tadi dan menyusun alatannya.

Seusai mencatat sesuatu pada notanya, doktor separuh baya itu kembali memandang Zaliya. "Saya sebenarnya concern mengenai tahap kesihatan puan."

Dahi Zaliya berkerut dan dia bertungkus lumus untuk duduk. Yusuf membantunya untuk berada di dalam posisi duduk, dan Zaliya memandang doktor itu dengan penuh persoalan.

Doktor itu memandang kedua-dua pasangan muda di hadapannya dengan serius. Nota di tangannya dibawa ke atas meja dan dia sedikit mengeluh, seolah sedang berfikir bagaimana untuk meluahkan apa yang terbuku di mindanya.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now