Bab 23

16.4K 432 61
                                    

"..bawak balik calon isteri yang elok Is. Yang dari keturunan yang baik-baik, yang ada pendidikan, yang ada kerjaya bagus... sebab mama nak anak cucu mama ada kehidupan yang berkualiti.."

Pesan ibunya beberapa hari lepas masih kemas terpahat di dalam ingatannya. Yusuf mengerutkan kening. Tiada satu pun ciri yang disebut ibunya itu ada pada Zaliya. 

Jika ibunya sudah setegas itu. Bapanya pula?

 Keluhan kasar terlepas dari bibirnya. Hatinya ralat.

Pada saat itu, hanya satu yang dapat dia simpulkan; tidak mungkin perkahwinannya akan direstui. Meskipun perkahwinan ini hanya sebuah ikatan yang terjalin atas dasar keterpaksaan, namun ini adalah salahnya. Punca Zaliya hamil dan mereka terpaksa menikah dengan tergesa-gesa adalah salah dari dirinya sendiri, bukan Zaliya. Meskipun begitu, pada hakikatnya Zaliya tetap seorang individu yang tidak dapat memenuhi kriteria yang disebut ibunya. Lalu, bagaimana kesudahan perkahwinannya nanti?

Yusuf semakin kusut. Diramas-ramas rambutnya sendiri, cuba melegakan sakit kepala yang melanda akibat kekusutan fikirannya.

"Is, nak aku prepare apa untuk lusa?" sergahan Rizal mengejutkan Yusuf dari lamunannya.

Yusuf hanya tersenyum mendengar soalan polos Rizal. Gayanya seolah-olah Rizal pula yang bakal pengantin.

"Takde apa, bawak diri kau je.." ujar Yusuf ringkas, lalu dia merenung seketika wajah yang sedang terbata-bata memandangnya, "errr... Rizal, thanks.." Yusuf menghargai rakannya yang sudi menghulurkan sokongan dan tidak melemparkan pandangan menghukum meskipun mengetahui perbuatannya.

"No hal lah..." Rizal hanya tersengih seperti kerang busuk, sehingga Yusuf hairan dari mana datangnya keceriaan sebanyak itu dari lelaki ini.

Tidakkah Rizal tahu otaknya sedang kusut sehingga dia hampir tidak dapat berfikir dengan waras sejak beberapa minggu ni?

"Dia macam mana?" soal Rizal memecah kesunyian saat melihat Yusuf jauh ditelan angan.

"Dia?" Yusuf tidak faham maksud Rizal. Zaliya ke?

"Owh.. okay je. Aku dah bawak dia beli baju nikah dan cincin nikah semalam.."

"I see.. maksud aku, dia okay ke dengan this whole situation?" kali ini Rizal mengangkat sedikit keningnya, nadanya perlahan sedikit, penuh berhati-hati.

Mengesyaki Rizal seperti sedang cuba mengorek rahsia, Yusuf hanya menjungkitkan bahu.

"Ok je.." Yusuf menjawab acuh tak acuh, tidak mahu memanjangkan perbualan mengenai hal ini lagi.

Selain dari pengakuannya tempoh hari, dia sebenarnya enggan terlebih berkongsi hal peribadinya. Meskipun dia kini menganggap Rizal antara rakan yang agak rapat sejak mereka menjadi rakan kongsi bisnes tiga tahun lalu, namun dia tetap meletakkan batas dalam perhubungan mereka. Baginya, biarlah Rizal sekadar menjadi rakan sekerja sahaja pada waktu bekerja. Dia tidak mahu mencampur-adukkan urusan kerja dan urusan peribadi.

"Nak aku bawak Mia?"

Yusuf mengangkat kening. Jadi, Rizal sudah berbaik semula dengan gadis pujaannya itu.


"Yes, i'm back with her.." Rizal menjawab tanpa sempat Yusuf bertanya. Dia tersenyum simpul, tidak dapat menyembunyikan riang di hati.

Yusuf hanya tersenyum nipis, sedikit sinis namun lekas-lekas dia sembunyikan riak wajahnya dari Rizal. Entah berapa lama kali ini sebelum Mia angkat kaki lagi. Tetapi dia tidak mahu menyakitkan hari Rizal dengan bertanya soalan sebegitu. Tapi mengapa Rizal hendak membawa Mia bersama?

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now