Bab 29

6.5K 253 43
                                    

Zaliya tercegat di hadapan pintu bilik kerja Yusuf yang separuh terbuka.  Dia mengetuk perlahan pintu bilik itu lalu menapak ke arah Yusuf yang kelihatan ralit di hadapan komputer.

"Awak.." seru Zaliya perlahan sambil berdiri di sebelah kerusi Yusuf.

Yusuf panggung kepala, hanya memandang Zaliya. Dia sepertinya tidak terkejut dengan kehadiran Zaliya.

"Err.." Zaliya mati kutu ketika itu.

"Ya?" Yusuf kini memalingkan seluruh tubuhnya ke arah Zaliya.

"Urmm boleh tak kalau saya nak keluar beli barang?"

Kening Yusuf sedikit terangkat sambil matanya menatap tepat ke dalam mata Zaliya.

"Barang? Barang apa?"

Zaliya gugup sedikit dengan renungan tajam Yusuf.

Belum sempat Zaliya menjawab soalan Yusuf, deringan telefon Yusuf mengejutkan mereka berdua. Dahi Yusuf serta merta berkerut lalu wajahnya sedikit berubah melihat nama pemanggil di hujung talian. Dia memandang Zaliya seketika, lalu kembali melihat ke arah telefon bimbitnya sebelum menerima panggilan itu.

"I'll call you back in 2 minutes" Yusuf lalu meletakkan telefonnya di atas meja.

Yusuf kembali memandang Zaliya yang masih berdiri membatu di hadapannya.

"Zaliya, boleh kita sambung jap lagi?" soal Yusuf.

"Okay.." faham panggilan itu mungkin urgent untuk Yusuf, Zaliya akur dan lantas dia memusingkan badannya, ingin berlalu dari situ.

Belum sempat Zaliya melangkah, pergelangan tangannya dipaut oleh Yusuf. Dia lalu kembali memalingkan badannya ke arah Yusuf.

"Tunggu ruang tamu. Habis cakap fon, aku keluar," ucap Yusuf dengan wajah yang serius.

Zaliya hanya mengangguk dan beredar dari situ.

Nada suara dan wajah Yusuf pagi itu agak tegang dan intens, sedikit menggerunkan Zaliya.

Saat Zaliya sudah hampir melangkah keluar dari bilik kerja Yusuf, dia terdengar sedikit butir bicara Yusuf dengan seseorang. 

"Yes, Delima. What do you want?"

Tidak mahu dianggap busybody, dia cepat-cepat melangkah keluar dan menutup rapat pintu bilik itu. Apa-apa sahaja urusan Yusuf, baginya dia tidak perlu ambil tahu.

"Nak keluar beli barang?"

Zaliya yang sedang menonton televisyen hampir terlompat terkejut apabila mendengar suara Yusuf dari belakang. Belum sempat dia memalingkan tubuhnya ke arah Yusuf, lelaki itu terlebih dahulu menempatkan dirinya disofa bersebelahan Zaliya.

Zaliya cepat-cepat memperlahankan volume televisyen lalu memalingkan wajahnya ke arah Yusuf yang sedang menanti jawapan darinya.

"Err saya nak beli barang dapur boleh?" pinta Zaliya penuh pengharapan.

"Huh?"

Melihat reaksi kehairanan Yusuf, Zaliya cepat-cepat memintas, "saya nak masak.."

Ketika itu, tiada jawapan yang diberikan. Namun, Yusuf meneliti tubuh Zaliya.

Pandangannya tertancap pada buku lali Zaliya yang masih bengkak, lalu beralih ke betis dan lengan Zaliya. Dia merengus perlahan, tidak suka melihat keadaan tubuh Zaliya yang masih sangat kurus dan tidak kelihatan sihat selayaknya seperti wanita hamil yang normal.

"She's very fragile, Encik Iskandar. She's not to lift her finger at all. BED REST ONLY. Otherwise, she needs to be admitted. This is a stern reminder."

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now