Bab 25

20.8K 447 72
                                    

"Is, you termenung panjang ni kenapa?" redup pandangan mata si gadis itu merenungnya, nadanya beriak khuatir.

Yusuf memaksa bibirnya tersenyum, tetapi senyuman yang dilemparkan terasa kelat. "Nothing.." jawabnya sepatah.

"You tipu!" getus gadis itu, sedikit sebal.

"I dah kenal you 2 years Is, I know you have a problem tengok muka you monyok macam ni," ujarnya lagi.

"Maybe I penat kerja kot, Delima.."

Delima Malek. Gadis terakhir yang dia date on dan off sejak dua tahun lepas.

"Is, you know I love you kan.." kali ini sayu suara Delima, meraih simpati dari Yusuf yang kelihatan semakin dingin terhadapnya.

"Kenapa you buat I terkontang-kanting macam ni?" soalnya lagi apabila Yusuf tidak memberi sebarang reaksi kepada soalannya.

Yusuf mula rengsa, tiada mood untuk melayan ulah Delima. "You know why kan? I told you, I needed time.."

"Dah 8 bulan I bagi you masa. Masa arwah adik you meninggal, you mintak space to clear your head and I respect that. I tak kacau you pun walaupun I rindu.." pujuk Delima, intonasinya direndahkan sedikit. Dia tahu teman lelakinya itu cukup tidak suka didesak oleh sesiapa pun.

"I know you are sad, but she's gone. Now is the time to move on, Is.." pujuk Delima lagi. Dia berhati-hati menyebut isu sensitif itu sambil mengamati wajah Iskandar yang sedikit berubah.

"I dah moved on," ujar Yusuf Iskandar ringkas, tetapi wajahnya kelat.

Ya, dia memang meletakkan ke tepi dahulu dendamnya terhadap mereka yang berbuat aniaya kepada adiknya. Kerana itulah dia langsung tidak menyebut soal Khairil atau Nina kepada Zaliya. Meskipun hatinya meronta ingin tahu apa sebenarnya telah berlaku di antara mereka bertiga, namun dia tidak mahu menyoal Zaliya mengenai perkara itu buat masa sekarang. Sekiranya dia berkeras mendesak Zaliya, dia tahu itu akan memberi kesan buruk kepada emosi dan kesihatan Zaliya yang rapuh ketika ini. Tetapi itu tidak bermakna dia akan melepaskan sahaja Zaliya sekiranya memang Zaliya bersalah dalam hal yang melibatkan nyawa arwah adiknya.

"Then, kenapa you still elak dari jumpa I?" kali ini suara Delima semakin sayu, seakan-akan berjauh hati.

Yusuf mengeluh, lalu menatap tepat ke dalam mata gadis itu. "Delima, please.."

"You memang dah tak nak I ke?" wajah gadis itu merah menahan tangis dengan sikap acuh tak acuh Yusuf Iskandar terhadapnya.

Yusuf mengurut sedikit dahinya, buntu dengan situasi yang memerangkapnya kini.

"Delima, you know I can't commit kan?" ujar Yusuf perlahan, cuba membuat gadis itu faham dengan apa yang dirasainya.

"Why? You ada someone else ke?" hati Delima dipagut bimbang.

Kali ini Yusuf tunduk, tidak tahu harus menerangkan bagaimana.

Melihat gerak-geri Yusuf, si gadis mulai resah.

"Is it true?" soalnya lagi sambil cuba merenung ke dalam mata Yusuf Iskandar yang seakan-akan cuba mengelak memandangnya.

Melihat Delima yang seakan terdesak, Yusuf memutuskan untuk berterus terang sahaja. "Yes.." ujarnya ringkas.

Pecah air mata gadis itu. Hatinya lebur mendengar pengakuan yang menghiris hatinya. Yusuf turut terdiam.

"How could you, Is? I gave you everything.." bercucuran air mata Delima, sudah tidak mempedulikan pandangan mata orang sekeliling yang berada di cafe itu. Apa yang ditakutinya ternyata benar-benar berlaku. Yusuf Iskandar berlaku tidak jujur kepadanya. Dia sudah diganti dengan yang lain.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now