Bab 26

22K 487 74
                                    

"Apa yang kau dah buat, Zaliya?" suara Yusuf rendah dan perlahan tetapi nadanya penuh bisa. Rahangnya diketap kuat.

Zaliya gugup. Dia kaku di situ.

Buat beberapa saat, Zaliya mati kata. Beban perasaannya terasa semakin berat menghadapi kemarahan dan ledakan emosi Yusuf yang sudah kerap kali dilampiaskan tanpa usul periksa terhadapnya.

Dia menarik nafas dalam-dalam lalu melangkah masuk melepasi pintu biliknya.

"Kenapa?" soal Zaliya perlahan.

Mata Zaliya tertancap pada telefon bimbitnya yang terletak di lantai, bersebelahan kaki Yusuf.

"Kenapa phone saya kat bawah?"

Tidak menjawab soalan Zaliya, Yusuf melangkah mendekati Zaliya yang terkebil-kebil memandangnya.

"Klinik Rina call.. dia tanya bila kau nak pergi gugurkan kandungan."

Jantung Zaliya hampir berhenti berdegup. Matanya mencari-cari kebenaran kata-kata Yusuf di seraut wajah yang sedari tadi tegang menatapnya, seolah-olah ingin melahapnya hidup-hidup.

"Kau nak aku bawak kau ke, Zaliya?"

Mata tajam Yusuf masih memandang tepat wajah Zaliya.

Zaliya memandang Yusuf, lalu menggeleng pantas. Air liur yang ditelan terasa pahit.

Belum sempat Zaliya membuka mulut, Yusuf sudah berlalu pergi meninggalkan Zaliya terkulat kulat.

*******

Sedar keterlanjuran emosinya yang serta-merta marah saat mendapat panggilan telefon itu, Yusuf lekas-lekas berlalu untuk meredakan panas di hatinya sebelum dia bertindak diluar kawalan.

Melihat nombor telefon yang tertera di telefon bimbit Zaliya tadi, dia cukup arif bahawa kod kawasan 09 yang tertera adalah dari bahagian pantai timur. Bermakna, keputusan yang dibuat itu adalah ketika Zaliya masih di Pahang. Sebetulnya ketika itu juga, dia sedang dalam keadaan tidak tentu arah mencari keberadaan Zaliya. Memikirkan hakikat itu, serta merta Yusuf mengeluh lega kerana dia sempat menemui Zaliya sebelum isterinya itu mengambil tindakan yang salah.

Setelah semua kekusutan ini berlaku di dalam hidupnya, amarah tanpa usul periksa hanya akan memburukkan keadaannya dengan Zaliya. Dia tidak menolak hakikat bahawa Zaliya punya hak ke atas tubuhnya sendiri, namun dia tidak menyangka Zaliya akan bertindak senekad itu.

Mengingat kembali keadaan hidup Zaliya ketika di Mentakab dulu, Yusuf hampir yakin sebenarnya Zaliya telah melalui kehidupan yang sangat terdesak sehingga memikirkan untuk mengakhiri kandungannya. Mungkin kerana itu juga Zaliya sanggup hidup bersendirian di rumah yang daif dan berpindah jauh ke negeri lain sedangkan dia tahu Zaliya tidak punya saudara mara selain ibu angkatnya yang berada di Melaka. Ada satu perkara lain yang turut membuat Yusuf semakin ralat; dia bimbang adakah Zaliya sekarang masih berkira-kira untuk menggugurkan anak mereka.

Tidak mahu membiarkan syak wasangka ini berlarutan, Yusuf membuat keputusan bersemuka dengan Zaliya untuk terus bertanya persoalan yang terbuku di hatinya.

Sesampai di bilik Zaliya, Yusuf mengetuk perlahan lalu terus masuk tanpa menunggu Zaliya menyahut kerana pintu bilik itu sudah separuh terbuka. Zaliya sedang duduk di bucu katil, seolah-olah sedang menunggunya.

Yusuf melabuhkan punggungnya di sebelah Zaliya, lalu memandang wajah teduh itu dengan serius.

"We need to talk."

Tanpa menjawab atau memandangnya, Zaliya sekadar mengangguk ringkas.

"Kau tak nak baby tu ke?"

Yusuf dapat merasakan tubuh yang sedang duduk di sisinya itu sedikit tegang dengan soalannya, lalu bergerak sedikit cuba menjarakkan tubuhnya.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now