Bab 18

39.4K 730 170
                                    

'Assalamualaikum Liya'

'Liya sihat ke?'

'Liya dah lupakan abang eh?'

'Kenapa Liya dah lama tak datang jalan kat sini?'

'Umi selalu tanya pasal Liya taw. Kenapa kitorang call semua tak dapat?'

'Kalau Liya baca mesej ni tolong call abang atau umi balik please. Kami semua rindukan Liya'

Mesej yang diterima dari abang Airil minggu lepas hanya dipandang sepi. Berkali-kali dia membaca pesanan ini tetapi tiada satu patah kata pun yang dapat dia ungkapkan untuk membalas persoalan demi persoalan Abang Airil mengenai dirinya. Sememangnya dia merinduinya keluarga Abang Airil, terutama Umi yang benar-benar menganggapnya seperti anak kandunganya sendiri.

Namun dia tidak mahu keluarga Abang Airil tahu apa yang berlaku terhadap dirinya buat masa sekarang. Dia malu. Sedangkan emaknya yang membesarkan dirinya sudah menghalaunya dan tidak lagi sudi melihat wajahnya, inikah pula keluarga Airil yang alim dan tinggi ilmu agama itu.

************

"Apa?!!!"

"6 minggu?" Zaliya hampir pitam mendengar berita yang disampaikan oleh doktor itu. Berita itu merentap hatinya bagaikan halilintar yang menyambar bumi.

Demam berlarutan selama beberapa hari ini disangka demam biasa sahaja. Setelah beberapa kali kali hampir pitam dan didesak ibunya untuk memeriksa tubuhnya ke klinik kesihatan, dia  langsung tidak menyangka demam yang melanda ini sebenarnya membawa berita yang akan menghancurkan masa hadapannya. 

Tidak mungkin!

Tidak mungkin!

Zaliya meggelengkan kepala

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Zaliya meggelengkan kepala. Dia tidak mahu mempercayai apa yang baru didengarinya dari mulut doktor berbangsa Cina itu. Memahami kemungkinan situasi si gadis itu, doktor itu hanya memandang kedua ibu dan anak itu dengan penuh simpati.

"Zaliya apa kau dah buat ni?!" Pekikan Puan Zaleha seakan petir membelah alam.

Sepanjang perjalanan balik dari klinik, emaknya hanya mendiamkan diri sambil mengetap bibir. Sapaan pakcik teksi hanya dibiarkan bagai angin lalu, menyebabkan lelaki setengah baya tersebut turut mendiamkan diri sepanjang perjalanan menghantar dua beranak itu pulang ke rumah.

Sesampai mereka di rumah, tiada sesiapa yang dapat melindungi Zaliya dari amukan emaknya yang amat menakutkan itu. "Zaliya! Jawab soalan aku! Anak jantan mana engkau sedang kandungkan?!"

Sambil terketar-ketar, Zaliya hanya mampu menangis teresak-esak sambil merayu dengan butiran kata yang tidak jelas, "Zaliya.. Mak..Zaliya..Zaliya tak bersalah..maaf.."

"Baik! Kau degil ya?" wanita lebih separuh baya itu mencerlung ke dalam mata Zaliya dengan penuh amarah, lalu memandang sosok tubuh anaknya itu dari atas ke bawah berulang-ulang kali. "Aku nak kau keluar kau dari sini!"

Dendam BerahiNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ