Bab 20

16.8K 489 61
                                    

"Saya tahu saya dah tak ada pilihan lain buat masa sekarang, selain menjadi isteri awak. Tapi saya ada permintaan.." kata-kata Zaliya yang tersusun rapi dengan nada yang rendah tetapi tegas itu membuat Yusuf kaget. Sejak beberapa minggu lepas, ini kali pertama Zaliya berbicara dengannya lebih dari satu ayat.

"..err, lepas saya dah bersalin nanti.. ermm saya nak buat haluan saya sendiri.." Zaliya menyambung kata-katanya yang tadi tergantung.

Jika bukan disebabkan oleh permintaan Zaliya yang mengejutkan itu, pasti Yusuf sudah tertawa riang mendengar butir bicara si gadis yang akhirnya sudi menuturkan bicara dari hatinya buat Yusuf.

Haluan sendiri?

Minda si jejaka seakan mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Zaliya, tetapi hatinya cuba untuk menidakkan buah fikirannya.

"Huh?" Yusuf hanya terpinga-pinga ketika itu.

"Saya nak awak lepaskan saya. Nanti. Lepas bersalin," pinta Zaliya berterus-terang.

Akad nikah mereka akan berlangsung kurang dari seminggu lagi, dan sekarang Zaliya sudah membangkitkan soal perpisahan?

Jiwa Yusuf ketika itu seolah-olah diinjak-injak dan diadun dengan seribu satu perasaan yang bercampur-baur dan tidak dapat lagi dia tafsirkan dengan kata-kata.

"Apa?! Apa yang menyebabkan kau rasa kau ada pilihan tu???" mata Yusuf mencerlung, pandangannya tajam menikam ke dalam mata Zaliya seperti ingin melahap bakal isterinya itu hidup-hidup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa?! Apa yang menyebabkan kau rasa kau ada pilihan tu???" mata Yusuf mencerlung, pandangannya tajam menikam ke dalam mata Zaliya seperti ingin melahap bakal isterinya itu hidup-hidup.

Zaliya gugup. Tetapi dia tidak mahu tewas. Diangkat pandangannya menentang sepasang mata tajam penuh api yang membara.

"Saya tak nak hidup macam ni," tegas Zaliya lagi. Hatinya berdegup kencang, namun dia cuba melawan ketakutan yang cuba membelenggu dirinya.

"Macam ni? Apa maksud kau macam ni?!" soal Yusuf lagi, cuba mencabar Zaliya.

Dia tidak akan membiarkan Zaliya merendah-rendahkan harga dirinya dengan permintaan enteng sebegitu.

"Kita kahwin nanti pun.. sebab.. sebab terpaksa. Saya tahu nanti pun awak akan ada pasangan hidup pilihan awak sendiri. Sekarang awak terpaksa kahwin dengan saya sebab saya mengandungkan anak awak.." Zaliya sedaya upaya untuk tidak nampak lemah di mata Yusuf, tetapi dia mulai meragui dirinya sendiri dan bicaranya semakin tergagap-gagap, pincang rentak.

Mendengar panjang lebar ulas Zaliya, Yusuf tersenyum sinis. Dia menyipitkan matanya lalu menapak mendekati Zaliya yang kelihatan seperti anak kecil yang ketakutan, "so.. kau nak bebas lepas dah bersalin? Dan nak lepaskan budak tu?" soal Yusuf perlahan namun dengan nada berbisa. Wajahnya didekatkan dengan wajah Zaliya.

"Saya.. bukan macam tu, saya.." kali ini Zaliya benar-benar tewas, dia tidak akan mampu melawan bicara dengan Yusuf, apatah lagi melawan. Jarak wajah mereka yang hanya sejengkal membuat dia semakin gugup.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now