Bab 21

15.5K 435 63
                                    

Sesudah menyelesaikan kerja yang penting dan meninggalkan pesanan kerja kepada pembantu editor baru mereka, Yusuf bergegas untuk pulang ke rumah. Hatinya kurang enak meninggalkan Zaliya dengan begitu sahaja setelah pertelingkahan mereka pagi tadi. Jam tangan dikerling ringkas.

1.30 tengahari.

"Alamak, dah lambat!" Dia terlupa sepatutnya dia memesan delivery untuk makanan tengahari sebelum pukul 12 tadi. Memikirkan Zaliya kurang gemar untuk makan sarapan, Yusuf bimbang kerana ini sudah melepasi waktu makan kebiasaan makan tengahari Zaliya. Dengan kondisi Zaliya yang susah hendak makan, dia risau ia akan memberi kesan pada kesihatan Zaliya.

*****flashhbacks*****

Semenjak dari hari pertama menjejakkan kaki ke rumah ini, Yusuf perasan Zaliya sangat kurang berselera makan. Setiap kali dia membawa balik makanan, Zaliya tidak mampu untuk menghabiskan lebih dari suku makanannya. Bila disoal apa makanan yang dia mahu, Zaliya hanya menggelengkan kepala dan berkata dia tidak kisah untuk makan apa-apa pun yang dibelikan olehnya.

Sangkanya ketika itu Zaliya hanya kepenatan selepas perjalanan mereka dari Mentakab ke Kuala Lumpur dan perlu beberapa hari untuk merehatkan tubuh dan mindanya. Namun, sesusah seminggu Zaliya semakin tidak berselera dan hanya menghabiskan masanya dengan berbaring lesu, kadang-kala memuntahkan kembali makanannya ketika menghabiskan hanya beberapa sudu makanan, Yusuf mulai resah.

Masih terngiang-ngiang pesanan doktor untuk memastikan Zaliya mendapat rehat yang cukup dan makanan yang berkhasiat. Dengan tabiat makan sebegitu, tidak mungkin Zaliya mendapat khasiat yang secukupnya, bukan?

Setelah hampir dua minggu dia try and error membeli pelbagai jenis makanan untuk dicuba oleh Zaliya, akhirnya dia menemui penyelesaian ketika kali pertama dia membeli hidangan salad dari cafe Marmalade di Bangsar. Ketika itu kebetulan dia sedang bertemu dengan client untuk projek akan datang. Client tersebut merupakan pasangan suami isteri dan si isteri sedang sarat mengandung. Di waktu itulah, terdetik di hatinya, mungkin Zaliya akan menyukai hidangan yang lebih ringkas dari makanan berat yang biasanya dia beli untuk dibawa pulang ke rumah.

Ketika dia membawa balik salad tersebut, ternyata Zaliya berselera makan dan mampu menghabiskan semangkuk besar tanpa perlu dia merayu menghabiskan makanan sepertinya kebiasaannya.

Ternyata makanan yang kurang diproses yang tidak dimasak secara terlalu kompleks dan kurang bahan perasa membuat Zaliya mampu untuk makan tanpa rasa ingin muntah.

Itu sahaja? Makanan kurang perasa? Setelah sekian lama dia pening berfikir, itu sahaja punca dari masalah selera Zaliya?

"Kenapa tak cakap kau suka makanan macam ni?"

"Saya tak pernah memilih makan.. saya tak pernah ada pilihan untuk memilih makanan.." jawapan sayu Zaliya ketika itu membuat Yusuf terdiam.

Mata Zaliya yang sedikit merah ketika menjawab persoalannya membuat Yusuf kelu.

"Sebab tu saya makan je apa yang awak bagi.." sambung Zaliya lagi. Kali ini dia memandang sekilas wajah Yusuf, sedikit kehairanan dengan Yusuf yang tiba-tiba hanya diam kaku memandangnya.

Mata Yusuf menjamah seluruh wajah Zaliya, lalu panahan matanya memandang tepat ke dalam mata Zaliya "Pernah ke.." Yusuf berdehem sedikit. "Pernah ke aku biar kau berlapar selama kau dekat sini..?"

Zaliya menggeleng.

"Then..cakap jelah apa yang kau tak suka makan. Takkan aku nak marah sebab tu.." Yusuf merasa sedikit rengsa dengan seluruh situasi ini, seoalah-olah dia seorang diktator kejam yang harus dituruti sepanjang masa.

Dia tiba-tiba teringat ketika dia menyelongkar dapur di rumah sewa Zaliya yang daif itu dahulu. Memang tiada apa-apa makanan di situ. Jadi, bagaimana sebenarnya Zaliya hidup selama beberapa bulan dia di situ?

Dendam BerahiUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum