Bab 1

105K 622 20
                                    

Sudah masuk dua bulan Iskandar berulang-alik dari Ampang ke British Malaysian Institute, memerhatikan tingkah laku lelaki yang sudah berbulan dicarinya. Yang dia tahu, Khairil menuntut di kolej sama dengan kolej adiknya, juga merupakan anak kepada anak pengetua sekolah agama di Bangi.

"Anak ustazah konon!" kemarahan Iskandar menyala-nyala.

Motosikal Kawasaki Z250 milik Khairil diperhatikannya. Disimpan baik-baik nombor plate itu di ingatannya. Sekarang dia perlu merancang dengan teliti pembalasan dendamnya, biar Khairil rasakan apa yang sudah dirasakannya.

Dia masih teringat senyuman manis adiknya ketika memperkenalkan Khairil kepadanya. Walaupun diperkenalkan sebagai seniornya, tapi dia yakin lelaki itu lebih dari sekadar teman biasa. Sangkanya Khairil lelaki yang baik. Berkaca mata dan tampak pendiam, memandang adiknya dengan penuh kekaguman, Iskandar pernah meyakini bahawa lelaki itu menyayangi adiknya.

Dihentak-hentak tangannya di stering kereta, menyesali kebodohannya. Sepatutnya dia menghalang hubungan mereka, adiknya masih muda, baru 20 tahun. Setitis demi setitis air matanya menuruni membasahi pipinya, rasa bersalah semakin menebal.

"Adik, maafkan abang.." air mata lelakinya tidak berdaya ditahan lagi.

******

"Awak ni cantiklah"

"Kenapa susah sangat nak senyum? Saya ni customer awak tahu?" jejaka itu berpura-pura merajuk.

Bosan dengan telatah pelanggannya yang tidak faham bahasa ini, Zaliya menghela nafasnya perlahan "Minta maaf Encik, tapi saya ada banyak lagi pelanggan. Sila ke tepi ya, terima kasih" sudah dua bulan dia bekerja di sini, belum pernah dia berjumpa customer yang sedegil ini. Kalau ada yang mengajak untuk berborak mesra bukanlah perkara luar biasa. Tapi lelaki ini memang luar biasa degilnya.

Yusuf berlalu pergi, wajahnya kecewa. Sapaannya tidak dilayan lagi. Masuk ni sudah sebulan dia cuba untuk bertegur sapa dengan gadis itu.

Zaliya.

Hanya itu sahaja maklumat yang diperolehi dari gadis itu, itupun kerana terpampang di tag namanya.

"Kenapa awak kat sini?" soal Zaliya perlahan apabila lelaki tadi mendekatinya ketika dia sedang menunggu bas. Shift nya sudah habis, badannya penat. Perkara yang terakhir yang dia mahu lalui adalah berurusan dengan orang yang tidak faham bahasa.

"Salah ke kalau saya jatuh cinta?" Pertanyaan Yusuf membuat Zaliya mati kutu.

"Ya, salah! Errr..maaf, tapi saya tak kenal Encik. Kalau Encik ganggu saya lagi, saya terpaksa buat report polis" suaranya perlahan tetapi tegas.

"Amboi garang! Nama saya Yusuf, awak Zaliya kan?" Yusuf tersenyum sahaja melihat riak wajah yang serius itu.

"Kalau saya tahu dekat McD ni ada staff secantik dan secomel awak, dari dulu lagi saya datang jogging kat sini tiap-tiap hari" ujar sang jejaka sambil memandang gadis yang sedang memandangnya penuh waspada.

"Marilah saya hantar awak balik" pelawanya sambil tersenyum.

"Takpe, saya boleh balik sendiri" Zaliya berpura-pura melihat kiri kanan, mencari kelibat bas yang belum kunjung tiba.

"Tapi dah nak dekat malam ni, tak elok tunggu bas sorang-sorang. Awak tu perempuan"

"Apa awak nak takut? Saya rumah dekat area sini jelah. Tu, dekat Seksyen 4. Sebab tu saya selalu datang jogging tiap-tiap minggu kat sini. Kalau nak, saya boleh jogging tiap-tiap hari, datang jalan kaki pun boleh. Saya boleh bagi alamat penuh saya kalau awak tak percaya saya" kata-kata Yusuf dibiarkan bagai angin lalu, malas melayan.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now