Bab 10

54K 679 75
                                    

Ketika Zaliya membuka matanya, pandangannya tertancap pada t-shirt oversized milik Yusuf yang terletak pada tubuhnya.

Yusuf ketika itu sedang duduk di katil, bersebelahannya, sambil bersila dan menghadap laptop. Wajahnya kelihatan begitu serius.

Zaliya merasa denyutan di kepalanya sudah hilang sedikit, tetapi sengal-sengal di tubuhnya masih kuat terasa. Nampaknya demamnya belum kebah sepenuhnya.

Seolah-olah merasakan gerakan
Zaliya, Yusuf menoleh dan tersenyum "Tadi aku cari baju t-shirt kau, tapi takde yang bersih pulak. Nanti la aku pergi hantar dobi"

Seketika kemudian, Yusuf meletakkan laptop itu ke sisinya, lalu mencapai satu mangkuk dari meja di sisi katil.

"Nah, ni sup. Habiskan" ujar Yusuf.

Dengan perlahan dia berusaha mengangkat sudu sup itu, tetapi Yusuf terlebih dahulu menghentikannya, "Aku suap," gumamnya sambil mengambil sudu itu dari tangan Zaliya.

Wajah Zaliya memerah canggung, tapi ketika Yusuf mengarahkan
sudu itu ke mulutnya, dia tetap membuka mulutnya sedikit. Dengan tenang Yusuf menyuap Zaliya. Setelah selesai, dia meletakkan mangkuk kosong itu kembali ke meja tadi.

"Ada sikit makanan kat bibir," tanpa disangka Yusuf mendekatkan wajahnya, lalu menjilat sudut bibir Zaliya dengan lembut, "now dah bersih," Yusuf terkekeh melihat wajah Zaliya yang merah padam.

"Te...terima kasih" gumam Zaliya tergagap-gagap.

Tiba-tiba saja Yusuf meraih bahu Zaliya dan mencium bibirnya, ciuman yang sangat dalam dan hangat, seperti ingin melumat bibir Zaliya sampai habis.

Ciuman itu berlangsung sangat lama, sehingga nafas mereka termengah-mengah ketika Yusuf melepaskan Zaliya.

Dengan separuh hati Yusuf menjarakkan sedikit tubuhnya.

'Dia masih demam' gumam Yusuf di dalam hati. Keinginannya membuak-buak tetapi dia tidak ingin memaksa kehendaknya ke atas Zaliya, tambahan dengan keadaan gadia itu masih lemah

Zaliya yang terdiam di sisi hanya termangu sendirian, sesekali dia mencuri pandang Yusuf dari ekor matanya. Semalam Yusuf bermalam di sini untuk menjaganya. Ternyata di balik sifat kejam dan angkuhnya, masih ada sisi baik terselindung di dalam jiwanya.

'Tetapi bukankah dia berjanji dia akan melepaskan aku?' Zaliya bertanya sendirian.

'Adakah dia akan mungkir janji lagi?'

'Kalau dia mungkir janji, apa yang perlu aku buat untuk melepaskan diri?'

Setelah lebih sepuluh minit Zaliya berfikir keras dan membuat spekulasi sendiri, akhirnya dia diselaputi rasa mengantuk yang menebal sehingga ditelan lelap.

Paginya Zaliya terbangun
dengan keadaan demam
yang lebih parah, seolah-olah pertahanan tubuhnya sedang
berperang melawan virus
yang sedang menyerang.

Yusuf sedang mengenakan jaket kulit hitamnya, tetapi dia segera menghampiri Zaliya yang mengerang kerana suhu tubuhnya semakin meningkat.

Dengan cemas, dia meletakkan tangannya di dahi Zaliya, "Eh panasnya!" dengan cepat
dia meraih handphonenya
dan menekan nombor Dr. Cindy, dijelaskannya secara terperinci tentang keadaan Zaliya, lalu diletakkannya termometer mengikut arahan dari rakannya itu.

"39.3 degree Celsius!," Yusuf menjerit tanpa sedar. "Cindy, panasnya badan dia. Kenapa ubat yang kau bagi semalam macam tak berkesan?!"

Sebenarnya ketika sepanjang hari Zaliya tidur dan tidak sedarkan diri semalam, dia meminta Dr. Cindy datang untuk memeriksa keadaan Zaliya. Disebabkan dahulu dia agak rapat dengan Dr. Cindy, wanita itu juga cukup kenal dengan sifat kasanova Yusuf yang kental. Oleh sebab itu Yusuf percayakan Dr. Cindy untuk datang memeriksa keadaan Zaliya. Pada Pandangan Dr. Cindy, gadis ini pasti teman wanita terbaru Yusuf dan dia sendiri pun tidak bertanya lebih dari sepatutnya.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now