Bab 13

59.8K 591 59
                                    

Semalam Zaliya bermimpikan lelaki itu lagi. Namun di dalam mimpinya, Yusuf lelaki yang baik, bukan Yusuf yang jahat dan suka menyeksanya. Di dalam mimpinya Yusuf memeluknya mesra dan mengusap-usap rambutnya dengan penuh kelembutan. Manakala dia sendiri, di dalam mimpi indah itu, dia menerima segala belaian Yusuf dengan penuh rasa senang.

'Alangkah indahnya kalau Yusuf benar-benar lelaki yang baik seperti itu' gumam hatinya gundah.

Itu telah mengingatkan dia kepada awal detik pertemuannya dengan lelaki itu. Mengapa Yusuf sanggup bersusah payah mendekati dirinya hanya untuk memperlakukannya seperti itu? Apakah dendam kesumat yang pernah dikatakan oleh Yusuf itu memang benar atau hanya satu rekayasa untuk menganiayainya? Mungkinkah Yusuf berdendam kerana dia jual mahal? Zaliya benar-benar enggan percaya Khairil sejahat yang diperkatakan Yusuf.

Satu hal yang membuat Zaliya tersiksa adalah kerana sejahat mana perbuatan Yusuf terhadapnya atau sekuat mana dia cuba untuk menenggelamkan ingatannya, peristiwa hitam itu tetap menari di tubir matanya saban hari. Hampir setiap hari dia menangis memikirkan nasib dirinya. Meskipun semenjak kecil dia menjadi bahan hinaan dan ejekan kerana statusnya, namun tidak pernah dia merasa dirinya sehina sekarang.

Sedari kecil lagi ibunya telah mendidiknya dengan sabar dan redha. Dahulu dia mampu untuk memekakkan telinga dengan sindiran demi sindiran yang dia dapati, namun kali ini keyakinannya semakin goyah. Dugaan yang menimpanya hampir membuat jiwanya pincang dan hancur berkecai. Sedikit sebanyak dia telah terlanjur menyalahkan takdir yang menentukan perjalanan hidupnya yang penuh liku dan berduri tajam.

Sedang dia sendiri? Dia tidak pernah sesekali menjadi manusia yang menyakiti hati orang lain, apatah lagi berbuat kejahatan yang ditegah. Namun apa yang dia dapati sebagai balasan adalah layanan demi layanan yang menggores jiwa.

Fikirnya, kalaulah dia dilahirkan dengan mengenali ibubapa kandungnya atau dilahirkan di dalam keluarga terhormat, pasti nasibnya tidak sebegini buruk bukan?

Perlahan-lahan air matanya mula banjir di birai matanya, hampir jatuh membasahi pipinya.

"Zaliya!"

Terkejut dengan sergahan emaknya, Zaliya cepat-cepat menyapu air matanya lalu dia cuba untuk tersenyum sambil memalingkan wajah ke arah wanita separuh baya itu.

"Ye, mak?" Jawab Zaliya ringkas.

"Kamu ni kenapa asyik termenung sana, termenung sini sejak balik ni?"

"Tak ada apalah mak.." Zaliya cuba untuk berdalih.

Tidak berpuas hati, emaknya itu tetap cuba mengorek cerita, "cuba cerita sikit, kamu ada masalah ke?"

"Tak adalah mak, Liya okay je," ujar Zaliya sambil terbatuk kecil.

Kepalanya yang sedikit pusing itu dipicitnya perlahan. Kerap pula dia demam sejak kebelakangan ini. Ini pasti disebabkan tekanan yang melampau. Zaliya cukup bimbang akan menyusahkan ibunya jika dia sakit-sakit, sedangkan emaknya sendiri tidaklah berapa sihat ditelan usia.

"Liya, emak membesarkan kamu dari kamu ni sebesar tapak tangan mak tahu. Selok belok perangai kamu, air muka kamu, semua mak tahu. Tak usahlah nak sembunyi.. mak tahu kamu ada masalah," pujuk wanita itu penuh kasih.

Dia susah hati melihat keadaan anak gadisnya yang saban hari bermuram durja semenjak kepulangannya ke kampung untuk kembali tinggal bersamanya.

"Liya.." Kali ini Zaliya mati kata, hanya bungkam menyembunyikan rasa.

Zaliya teringat peristiwa lebih sebulan lepas ketika dia mula-mula pulang ke kampung. Persoalan demi persoalan dari ibunya membuat dia mati kata.

"Kamu ni kenapa Liya balik tak bagitahu mak dulu? Boleh mak masak sedap-sedap sikit" bebel Puan Zaleha.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now