Bab 12 (Mature Content)

101K 625 56
                                    


"Kau pergi mana Liya 2 minggu takde dengar khabar berita," soal Yasmin sebaik dia mendapati kelibat Zaliya sedang duduk bersimpuh di hujung katil bilik bujang yang mereka kongsi bersama.

Teragak-agak, Zaliya perlahan menjawab, "aku balik kampung, ada emergency"

"La! Balik kampung ke? Tapi agak-agak la, aku call tak angkat, WhatsApp tak reply. Read pun tak!" Yasmin kini menarik muncungnya.

Rasa bersalah semakin merajai hati Zaliya. Bukan dia sengaja mahu membohongi rakannya itu, tetapi dia memang tidak boleh berlaku jujur dengan Yasmin mengenangkan apa yang telah berlaku.

"Sorry sangat... aku tak sempat.." Zaliya kini menekur lantai, menyembunyikan rasa bersalah serta kebohongannya.

"Liya, kau ada problem ke?" soal Yasmin sebaik melihat perubahan riak wajah Zaliya yang semakin keruh, sedikit sebanyak merasa bersalah kerana agak mendesak sebentar tadi.

Zaliya yang sedar akan kekekokan yang sedang berlaku, hanya mengeluh perlahan.

"Takda apalah, urusan family," ujarnya ringkas sambil menyambung melipat pakaiannya.

"Eh kenapa kau kemas barang ni Liya?" Yasmin garu kepala kehairanan.

Dia baru perasan Zaliya sedang menghadap bagasi besar dengan pakaian yang sudah hampir penuh di dalamnya.

"Aku nak balik kampung, Min," ujar Zaliya sambil memandang wajah rakannya itu.

"Eh bukan kau baru balik ke?" Soal Yasmin lagi

"Aku.. kali ni aku balik terus Min.." Wajah sayu itu menggambarkan keadaan jiwanya.

"Serius ke?" Yasmin tampaknya masih belum percaya dengan apa yang baru didengarinya. Setahu dia, Zaliya langsung tiada masalah di sini. Entah-entah..

"Mak kau sakit ke?" Tebak Yasmin ketika melihat Zaliya hanya mengangguk menjawab persoalannya tadi.

"Teruk ke?"

"Hmm.. biasalah orang tua, tapi dia dah takde orang lain. Aku satu-satunya anak dia. Kalau apa-apa jadi, macam mana?" Jawab Zaliya sambil tangannya lincah melipat saki baki pakaiannya yang belum dimasukkan ke dalam bagasi besar miliknya.

'Maafkan aku Min sebab dah tipu kau, tapi aku terpaksa. Maafkan Liya mak sebab guna nama mak..' hati Liya terus bertitah-titah sendiri dengan penuh rasa kesal dan bersalah kerana telah berlaku tidak jujur.

"Yelah.. takpelah Liya. Kirim salam mak kau ye?" Yasmin turut merasa terkesan dengan perkhabaran dari sahabatnya itu. Namun apakan daya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yasmin hanya terdiam sahaja ketika itu, memendam segala rasa.

"Kau nak aku hantarkan ke stesen bas ke nanti?" Soal Yasmin memecah kesunyian.

"Tak susahkan kau ke?"

"Apa susah? Bukan jauh pun. Aku pun takde pape hal malam ni," Yasmin terus memujuk.

Zaliya merasa terharu dengan kebaikan Yasmin. Sahabatnya ini memang baik orangnya. Dialah satu-satunya orang yang ambil peduli tentang dirinya sejak dia datang bekerja di Selangor. Disebabkan itu, dia merasa sangat bersalah kerana terpaksa berbohong dan menyembunyikan banyak perkara dari pengetahuan Yasmin. Dalam diam, jatuh jua air matanya sebutir dua membasahi pipinya.

"Hey! hey! kenapa nangis ni?" Yasmin terkejut melihat perubahan emosi Zaliya yang mendadak.

"Hey! hey! kenapa nangis ni?" Yasmin terkejut melihat perubahan emosi Zaliya yang mendadak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dendam BerahiWhere stories live. Discover now