Bab 22

16K 405 75
                                    

"Cik Nah,  kenapa tak inform dulu nak datang?" jantung Yusuf masih berdegup kencang, terperanjat dengan 'lawatan mengejut' wanita itu.

'Bukankah Cik Nah sekarang balik kampung dan akan tinggal di kampung selama beberapa bulan? Apa yang Cik Nah buat kat sini?' Yusuf berteka-teki sendirian.

Perlahan-lahan pintu bilik yang sedang didiami Zaliya itu ditutup rapat, lalu dia mendorong wanita yang masih kaku di hadapan pintu bilik itu menuju ke ruang tamu. 

"Mama kamu takde bagitahu ke start bulan ni Cik Nah start kerja balik? Sebelum ni pun memang Cik Nah terus datang je rumah Is kan setiap Sabtu? Cik Nah kan ada kunci" Cik Nah menjawab sambil matanya sesekali melirik ke arah pintu bilik tadi. Pelbagai persoalan membelenggu fikirannya.

"Takde pulak.." jawab Yusuf ringkas. Wajahnya beriak bimbang.

"Mama Is lupa la tu.." sedikit kehairanan dengan kejadian yang baru sahaja berlaku, dan tidak nampak sebarang tanda-tanda Yusuf akan menerangkan kepadanya, dia kembali menyoal "Is.. siapa perempuan tu?" sambil matanya kembali melirik ke arah pintu bilik tadi.

Yusuf memandang tepat ke dalam mata Cik Nah, ingin membuka mulut "Cik Nah, sebenarnya.." dia sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan seluruh situasi ini kepada wanita itu. Sekali-sekala dia menggaru kepalanya lalu menarik nafas dalam-dalam.

"Kamu jangan macam ni Is. Cik Nah tahu Cik Nah bukan siapa-siapa, tapi Cik Nah kenal mama dan papa kamu cukup lama. Mereka orang baik-baik.." sayu kedengaran suara Cik Nah ketika itu. 

"Cik Nah.." Yusuf terbata-bata, lalu menjungkitkan sedikit keningnya. Apa maksud dari ayat wanita itu?

"Sebelum Is sekeluarga pindah oversea dulu, Cik Nah pernah mengasuh kamu dari kecik sampai kamu sekolah tadika. Cik Nah dah anggap kamu macam anak Cik Nah sendiri. Cik Nah tak gamak tengok kamu buat perbuatan sumbang macam ni depan mata Cik Nah.." wajah jejaka itu nampak resah dan bersalah. Dia cukup kenal riak wajah Iskandar setiap kali dia tertangkap melakukan kesalahan. Riak wajah itu memang sejak dari kecil tidak pernah berubah.

Sebelum Cik Nah berleter sampai berbuih mulut atau sampai telinga dia bernanah, Yusuf terlebih dahulu memintas, "Cik Nah, itu wife saya,"  Yusuf merenung Cik Nah sambil menganggukkan kepalanya.

Wanita itu kelihatan tersentak dengan kenyataan Yusuf.

"Yeke? Bila kahwin? Maaf Cik Nah tak tahu.." keluh Cik Nah. Dia agak berkecil hati tidak dimaklumkan tentang pernikahan Iskandar, sedangkan dia sendiri bukan orang asing dengan keluarga itu. Cukup lama dia mengenali keluarga Iskandar, malah sejak sebelum kedua ibu bapa Iskandar berkahwin lagi.

"Dah beberapa bulan dah," bohong Yusuf lagi. Maaf Cik Nah, bohong sunat! 

Yusuf sedikit tergelak di dalam hati, agak terhibur melihat air muka Cik Nah yang kebingungan itu.

Yusuf sedikit tergelak di dalam hati, agak terhibur melihat air muka Cik Nah yang kebingungan itu

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Oh yeke.." Cik Nah hanya terdiam ketika itu, kelu lidahnya dengan berita mengejut yang baru sahaja diterimanya.

"Takpelah, Cik Nah kemas-kemas sekejap lepasni Cik Nah baliklah ye," ucap Cik Nah sambil berlalu untuk memulakan tugasnya.

Dendam BerahiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang